Bab 3

1K 44 5
                                    

"sorry, Eyma aku lambat tadi aku pergi interview...." Tercungap-cungap nafasnya akibat dari larian maraton yang dia lakukan tadi.

"Wait! Kau nak kerja balik? Why? Bukan husband kau tak bagi kau kerja ke?" Siti Fatimah kerling seorang lelaki yang membelakangi mereka, lelaki itu nampak tenang dari biasa.

"A'ah, aku rasa aku kena kerja, tak kan aku nak harap suami aku seratus peratus, dia pun ada tanggungan lain....lagi pun bosan lah duduk rumah sorang-sorang" Miyya Medeena senyum menutup luka di hati.

"Owh, habis tu husband kau bagi?" Siti Fatimah mengaduk air minumannya dengan straw tanpa pandang wajah kawannya itu.

"Bagi....semalam aku dah bincang dengan dia...." Miyya Medeena panggil seorang pelayan lalu memesan air.

"Owh, tak apalah....dah tu kau minta kerja apa?"

"Aku hantar resume aku dah dekat beberapa company, aku tunggu diorang panggil...." Dia sedut air yang baru sahaja sampai tadi.

"Habis tu tadi yang kau interview tu kerja apa?"

"Kedai bakery, aku try je, kalau dapat Alhamdulillah, ye lah aku mana ada sijil diploma ke degree ke macam kau, aku dah berhenti kerja lama aku tu, memang susah lah nak dapat lagi, sebab tu aku cuba je mana kerja yang ada, aku nak buat standby je takutlah suami aku nak pakai duit aku boleh guna duit tu bantu dia...." Tanpa sedar ada hati yang sedang menyesal dibelakangnya.

"Owh, kalau macam tu tak apa lah...." Siti Fatimah angguk dengan riak sedikit kecewa.

Kemudian, masing-masing diam menikmati minuman mereka, Miyya Medeena memikirkan ke mana lagi dia perlu mencari kerja sedangkan Siti Fatimah mencari topik untuk dibahaskan dengan kawannya itu.

"Hmmm....haa weyh aku nak tanya macam mana dengan Syafiq? Lepas kau putus dengan dia, Syuha cakap dia makin teruk, jadi penagih dadah tegar...." Sengaja dia ungkit kisah lama itu untuk buatkan Miyya salah tingkah, namun wanita itu nampak biasa-biasa sahaja.

"Tak tahu lah weh, aku dah lama tak balik kampung, lepas aku putus tunang dengan dia, aku terus ke Kuala Lumpur....dia pun aku tak jumpa dah...." Miyya Medeena geleng kepala seakan tidak mahu ambil tahu.

"Tapi kau tahu tak dia jadi macam tu sebab kau putus dengan dia? Kau tahu kan dia tu dah macam orang gila ke sana ke mari jalan kaki dengan tak pakai kasutnya...." Intonasi Siti Fatimah sedikit meninggi namun, langsung tak menggugat hati Miyya Medeena.

"Kau tak faham Eyma, kau sendiri dah lama tak balik, mana kau tahu dia sampai jadi gila? Kau tengok ke? Aku sendiri tak tahu keadaan dia walaupun sepupu aku sekampung dengan dia, tak ada pula Ezylin bagi tahu dia berkeliaran dalam keadaan macam kau kata tu....."

"Mana aku tahu? Weyh, aku duduk sekampung kot dengan dia, walaupun aku jarang balik tapi orang kampung aku selalu cakap dekat umi aku....kau! Kau yang tak tahu keadaan dia sebab kau kampung lain Deena..." Miyya Medeena pandang dia dengan tatapan sayu.

"Tak apalah Eyma, aku kena gerak dah ni, kau jaga diri ya? Lain kali kita jumpa lagi tau, bye, assalamualaikum" Setelah itu dia hilang dalam kesibukan orang yang berpusu-pusu ke sana ke mari.

Siti Fatimah mula berubah tempat, meja bertentangan dengannya jadi tujuan, lelaki yang asyik mendengar dari tadi kini membuka pelitup muka, wajahnya tegas dan dingin.

"See? Dia mengelak untuk jawab soalan saya, awak rasa dia akan mengaku? Semua orang kampung kenal dia, dia punca Syafiq kawan sekelas kami tu jadi penagih dadah tegar....hanya sebab dia jumpa awak yang lebih kaya dan menarik dari Syafiq yang hanya anak ketua kampung tu..... So, saya rasa saya tak perlu susah-susah nak terangkan pada awak kan?" Lelaki itu angguk, sudah di duga siapa gerangannya, semestinya suami Miyya Medeena, Tarique Razeen.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now