Bab 46

2.2K 92 5
                                    

Mahu tak mahu sudah sebulan Miyya Medeena mengadap wajah yang sama setiap hari, walaupun rasa geram tetapi melihat layanan Tarique Razeen pada Tajul Malique dan Theera Maura buatkan dia rasa semakin lega. Rasa tidak puas hati yang sebelum ini kian memudar apabila melihat senyuman anak-anaknya yang seronok di usik oleh papanya.

"Anak papa nak makan ni? Meh, dekat papa....aaaaaa" Tarique leka bermain dengan anak-anaknya sehingga tidak perasan akan kemunculan senyuman manis dari Miyya Medeena.

Lebih dari lima minit barulah dia perasan akan si isteri yang merenung mereka di ambang pintu dapur. Dia hadiahkan senyuman paling menawan pada isterinya, kerana rasa malu Miyya kalihkan pandangan ke arah lain.

Bila rasa malu itu makin menyebar, dia terus pusingkan badan masuk ke dapur, Mak Aji yang sedang membasuh sayur dia hampiri.

"Mak Aji, hari ni menu apa?" Tanya Miyya sambil tangan sibuk mengusik sayur kailan yang masih ada di dalam sinki.

"Tuan kata hari ni tak payah masak sebab dia nak bawa Puan keluar katanya, ni saya nak masak untuk kembar makan tengahari ni....." Terhenti tangan Miyya, wajah tua Mak Aji dia cari.

"Bawa saya keluar?"

"Ya! Puan tak tahu ke?" Mak Aji pun nampak terkejut dan Miyya menggeleng laju.

"Lah, nak buat kejutan kot.....sebab Tuan minta saya jagakan kembar kejap.....mesti dia nak bawa Puan pergi ke tempat yang istimewa.....hihihi...." Miyya sambut dengan ketawa yang kurang senang.

"Mungkin......" Miyya simpan rasa tidak sukanya, tidak mahu menunjukkan rasa itu takut akan mengecewakan lelaki itu.

Tak tahu kenapa tetapi rasa di hati makin terasa jauh dengan suaminya, rasa cinta itu masih ada tetapi sudah layu, hanya tinggal akar yang masih terkubur. Kerana ini juga dia lebih memilih untuk berpisah takut nanti Tarique Razeen hanya akan hidup dalam halusinasi sendiri sahaja.

"Mak Aji..... Si kembar dah habis makan, nanti tengahari, tolong bagi diorang makan ya? Saya nak bawa isteri saya keluar sekejap....." Tak tahu kenapa, sejak sebulan ini lelaki itu selalu bersikap damai dan tenang.

Kadang-kadang dia rasa lelaki itu selalu mengelak bila dia mengungkit tentang masalah mereka yang sebenarnya, kadang-kadang lelaki itu nampak menyorokkan sesuatu, sungguh dia pening bila memikirkannya.

"Keluar? Pergi mana?..." Miyya terus tanya kerana tak tahan lagi dengan perubahan lelaki ini yang menjadi hangat.

"Kita keluar sekejap.....abang ada satu tempat nak bawa sayang...." Tangan Miyya Medeena dia capai lalu di tarik masuk ke dalam bilik mereka.

"Tariq....kita..."

"Cepat, ni sayang pakai baju ni ya? Abang dah mandi tadi.... Abang tunggu sayang dekat luar ya?" Sekilas dahi Miyya dikucup bersama senyuman manis.

Miyya Medeena hanya pandang sepi langkah suaminya, kembali dia pandang baju bermotif bunga kecil berwarna kuning cair itu dia keluarkan keluhan berat.

Mahu tidak mahu dia tetap ikut arahan si suami, setengah jam kemudian dia keluar dari bilik dengan memakai baju miliknya sendiri. Dia tak mahu memakai pakaian yang dibeli oleh suaminya sendiri, trauma masa lalu masih terbuku di hati.

"Ekhemm...." Miyya berdehem sedikit setelah tiba dekat dengan Tarique Razeen yang sibuk dengan tabletnya, angkat wajah lelaki itu nampak terkedu namun, dia tak hiraukan sengaja dia larikan mata seakan mencari sesuatu.

"Mana Maliq dengan Maura?" Dia alihkan semua perhatian dengan mencari keberadaan anaknya.

"Dah tidur....." Kendur sahaja suaranya, Miyya tahu lelaki itu masih tidak lepaskan pandangan dari sosoknya namun, dia tidak mahu fikirkan, kerana budi dia menderita hingga kini.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now