Tarique Razeen pusing tubuh kiri kanan, tidak tidur lena dia bila fikirannya tertumpu pada Miyya Medeena yang sedang beradu di atas lantai kerana egonya sebagai seorang suami.
Bermacam-macam cara dia lakukan tadi untuk buatkan si isteri menyesal dan kembali ke tempat tidur mereka dengan meminta maaf padanya namun, dia salah bila wanita itu langsung tidak terusik dengan caranya.
'apa lagi aku nak buat?'
'apa lagi cara aku nak dia tidur balik dekat atas?'
'Tariq! Kenapa kau ego sangat? Kalau pun kau sakit hati dengan pendirian dia nak berpisah dengan kau, jangan sampai begitu'
Melihat kebisuan Miyya Medeena buatkan dia makin tercabar, wanita itu seakan tiada hati ataupun berhati batu, degil! Jika itu caranya maka, dia juga balas dengan cara tidak punya hati, senang dua-dua tiada rasa.
Setelah dia naikkan suhu penghawa dingin tadi, dia terus berlalu keluar menghantar Puteri Salsabila balik, niat di hati ingin memberi ruang supaya wanita itu berfikir dengan jelas akan kesalahannya tetapi dia yang kembali hampa bila wanita itu masih tidur di bawah dengan nyenyak.
Dan, sampai sekarang dia masih lagi tidak boleh tidur kerana memikirkan keadaan si isteri, sesekali dia bergerak perlahan ingin melihat keadaan Miyya Medeena, terusik hatinya melihat wanita itu tertidur pulas bersama dengkuran halus, letih sungguh gamaknya.
Lama-kelamaan kerana asyik terfikir akan si isteri akhirnya jam tiga setengah pagi dia lelapkan mata, dia terjaga bila azan subuh berkumandang, cepat-cepat dia kumpul nyawa, kaki di bawa turun dari katil, sengaja dia capai tuala lalu berjalan ke arah bilik air yang berhadapan dengan tempat tidur Miyya semalam namun, langkah itu terhenti bila sosok si isteri tiada. Makin gelisah dia dibuatnya.
"Mana dia pergi?" Tanpa mencuci muka dia letakkan kembali tuala lantas mengorak langkah keluar dari bilik.
Dapur jadi tujuannya, tetapi sekali lagi dia pelik, dapur kosong tiada sesiapa di sana. Pintu bilik tetamu yang dihuni oleh Puan Zahirah dipandang seketika.
"Tak kan dia tidur dengan mommy? Kan ada daddy dalam sana? Tak mungkinlah!" Kembali putar tubuh dia ingin kembali ke bilik.
Klik.
Kakinya terhenti bila kedengaran pintu utama terbuka, dia menunggu dalam kegelapan, sosok Miyya Medeena yang lemah dan letih sedang berjalan perlahan menuju dapur, di tangan dia ada beberapa plastik.
Bila sosok itu menghilang di telan dinding, dia bawa langkah ke sana, diperhati setiap gerak geri wanita itu, hati kembali berdenyut sakit bila tangan yang meletakkan bungkusan nasi lemak ke dalam pinggan terlihat menggeletar seperti terkena Parkinson, di tambah tampalan plastik yang ada di mana-mana membuatkan dia rasa dia adalah lelaki paling tak berguna dalam dunia ini.
Sekali lagi mata dia naik mencari wajah pucat Miyya, naik rasa kasihannya.
"Pergi mana awal-awal pagi ni?" Dia berdiri megah di ambang pintu bersama renungan sedia menikam mangsanya.
"Beli sarapan...." Miyya jawab walaupun kedengaran tidak jelas.
"Siapa izinkan?" Kali ini Miyya Medeena membalas renungannya tetapi renungan itu lemah dan lelah.
"Barang dapur tak ada, mommy daddy ada, tak kan saya nak biar mommy daddy balik dengan perut kosong? Saya minta maaf sebab tak minta izin....." Suara khas orang putus asa. Suara itu juga terdengar tidak ada semangat.
Tiba-tiba hatinya jadi sejuk bila wanita itu ucapkan kata maaf, dia menapak mendekati Miyya Medeena yang sedang menyusun kuih muih dalam pinggan.
"Lain kali biar I yang beli, bahaya you keluar seorang diri pagi-pagi macam ni, walaupun kedai tu dekat bawah je!" Tak tahu kenapa, hatinya kembali hangat.
![](https://img.wattpad.com/cover/374164716-288-k677934.jpg)
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...