Miyya Medeena ukir senyuman kecil, mata sudah berkaca-kaca tetapi dia tahan seketika, tidak mahu terlihat lemah walaupun pada hakikatnya hati dia sudah di lapah-lapah menjadi beberapa bahagian kecil dan ada sebahagiannya mungkin sudah hancur.
"Ya, mungkin..... sebab tu kot Deena kikis duit Tariq.... sebab di ajar begitu....." Berkecai berderai hatinya kini mengakui perkara yang langsung tidak dia sangka.
"Tapi jangan risau.... Dee tak ambil apa-apa pun barang milik Tariq, cincin, gelang dan rantai ada dalam laci tepi katil....."
"Duit I?"
"Dee tengah berusaha....Dee janji Dee akan bayar secepatnya...." Sudah musnah segalanya, kini dia letakkan semua nasib hidupnya pada takdir.
"Termasuk duit hantaran dan mas kahwin?" Miyya Medeena pejam mata, kejam! Itu sahaja perkataan yang sesuai dengan sikap Tarique Razeen yang terkini.
"Tariq, nak berapa semuanya? Deena cuba kumpulkan secepat mungkin....." Miyya cari wajah Tarique yang menatap nanar dirinya.
Bila pandangan mereka bertemu, seperti magnet yang salah arah, Tarique alih pandangan ke arah lain, tangan masih mencekak pinggang seakan berfikir.
"Baik, Deena! I nak you bayar semua balik 25 ribu! Kerana you pernah bahagiakan I dulu, I cuma nak you bayar mas kahwin yang I beri pada you sahaja! Mas kahwin you 13 ribu kan? So, you bayar tu sahaja! Lain kali kalau jumpa mommy berterima kasihlah pada mommy sebab tanggung kos resepsi perkahwinan kita!" Ada getaran dalam setiap ayat, Miyya bawa pandangan pada kaki suaminya, tatapan nya begitu sayu.
"Terima kasih....Dee ucapkan terima kasih pada Tariq sebab masih ada belas kasihan pada Dee....." Seraya itu dia pusing tubuhnya perlahan-lahan kembali menyusun beberapa barang lain, kerana sudah banyak baju lain yang dia bawa keluar dahulu membuatkan dia mampu bawa sendiri semua yang tersisa.
Lama sunyi menemani mereka berdua, Tarique Razeen cuba mengawal rasa sebak dan tangisannya, mata mula memerah menahan air mata dari berembun, penumbuk dibentukkan walaupun tangan itu berada di dalam poketnya. Tubuh Miyya Medeena yang semakin susut dan tidak terurus benar-benar mengusik jiwanya.
Dia teliti mencari alasan agar dia boleh menahan wanita kesayangan dia ini dari terus tekad ingin keluar dari rumah yang telah banyak kenangan manis pahit mereka. Tiba-tiba matanya jatuh pada kaki putih Miyya yang bertampal plaster dan ada tempat yang sudah melecet namun tidak bertampal. Luka itu terlihat mengilukan.
"You memang dah bertekad untuk keluar dari hidup I ke? Cinta kita dah layu ke di hati you?" Soalannya menghentikan tindakannya Miyya Medeena, walaupun wanita itu tidak mengalihkan pandangan pada dia tetapi dia tahu wanita itu juga mesti berfikiran sama seperti dia.
"Cinta kita sudah berakhir kerana nawaitu Dee...".
Sebak hati Tarique dengan ayat itu. Dia mengangguk cuba buang sebak itu sejauh mungkin. Di kemam bibir takut terlepas jeritan kesakitan.
"Jadi I ambil keputusan yang betul kan?" Tiada jawapan dari Miyya Medeena.
"Sekarang I yakin sejak wujudnya nawaitu you, I tahu 'KITA' dah tak ada dalam hubungan yang menanti musnah ini....." Tarique pusing tubuh untuk tutup kesayuan di hati, dia kawal sedaya upaya untuk kuat.
"Kalau macam tu! Jangan lupa janji you! You datang sini hanya bawa baju-baju buruk you maka, I nak you keluar pun hanya dengan baju-baju buruk tu! Dan, dalam beberapa hari ke depan I nak you dengan family you dah keluar dari rumah tu! Pastikan family you tak ambil benda yang bukan hak you! I akan failkan penceraian kita secepat mungkin!".
"Tariq....boleh Dee minta sesuatu?" Lihat Tarique hanya diam seolah-olah menanti ayat seterusnya, dia nyatakan hasrat di hati.
"Dee minta Tariq tak mungkir janji untuk bantu abah....pembedahan tu minggu depan... Dee minta jasa baik Tariq...." Setelah dia habiskan ayatnya, lelaki itu terus berlalu pergi tanpa menoleh lagi, dengan hati yang sayu dia hantar langkah itu.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...