Tarique Razeen curi pandang wajah lembut Miyya Medeena yang sedang membetulkan jaket yang dipakai oleh ayah mentuanya, Encik Muaz, hatinya terusik riak wajah itu tetapi ada tembok ego diantaranya.
Dia alihkan pandangan pada Maisara Maleena yang berdiri tidak jauh darinya namun, pandangan wanita itu tepat ke arah Miyya dan abahnya. Tiba-tiba datang satu idea untuk luahkan rasa sakit di hati.
"Leena dah habis belajar ke?" Sengaja dia bertanya untuk mencari titik pergaduhan.
"Belum abang, Leena tengah cuti semester, Leena jaga abah dulu sekarang...." Dua wanita ini memang di didik berlemah lembut bila berhadapan dengan orang.
Itu jugalah tarikan yang dia suka pada seorang Miyya Medeena, lembut dan suka mengalah tetapi tertanya-tanya juga sampai bila wanita ini akan bersikap begitu, disebabkan ini juga dia sangat ingin menguji kesabaran mereka.
"Owh, bila sambung balik?"
"Minggu depan....." Maisara Maleena hantar tatapan seperti mengharap membuatkan dia makin galak ingin mengenakan gadis itu.
Segera dia seluk poket mengeluarkan dompet, di buka lalu mengeluarkan sekeping not lima puluh, dia seakan berkira-kira ingin berikan, lama dia memegang duit itu kemudian, dia simpan kembali dan menarik sekeping not dua puluh ringgit lantas dihulurkan pada Maisara Maleena yang menatapnya pelik namun, dia tetap sambut huluran itu dengan sedikit anggukan.
"Te...terima kasih...." Maisara ucap dengan rendah hati, kemudian dia berpaling pada kakaknya yang hanya merenung mereka berdua.
"Cukup tak?"
"Cu...cukup!" Maisara Maleena ragu-ragu mengatakan hal itu, walaupun sebenarnya dia ingin katakan bahawa mana cukup untuk bertahan dengan dua puluh ringgit tetapi dia urungkan niat kerana tak mahu membesarkan masalah.
"Baguslah kalau cukup" Tarique Razeen nampak sedikit kecewa, dia simpan kembali dompetnya seraya memeluk tubuhnya.
"Lepas ni Leena belajar rajin-rajin, kerja bagus-bagus, cari duit sendiri jangan mengharapkan duit orang, kena belajar sedar diri dari awal, Leena bukan datang dari keluarga senang, dan jangan belajar menipu untuk dapatkan kesenangan, kena ingat harta orang hak orang jadi jangan suka-suka guna hak orang, dan jangan tinggalkan orang yang sayang kita hanya sebab kita nak cari yang kaya! Ingat orang lain juga ada perasaan!" Dia hadiahkan senyuman manis ada adik iparnya, Maisara kerutkan dahi tanda pelik.
"Tak apa lah abah, saya rasa kami kena balik dah ni, dah lewat esok saya kerja pula..." Dia dekati Encik Muaz lalu menyalami tangan tua itu dengan ala kadar.
"Terima kasih Tariq tolong abah, abah tak tahu lagi nak balas macam mana, abah cuma harap Miyya layan kamu dengan baik, terima kasih sangat-sangat...." Tarique Razeen angguk mengiyakan, setelah itu terus dia beransur ke arah keretanya.
Miyya Medeena tatap sayu suaminya yang sudah berlalu, dia beralih pada si ayah, dia salami tangan itu dengan hati yang lara, berat hatinya ingin meninggalkan orang tua itu namun, dia harus sedar statusnya tidak mengizinkan dia.
"Abah, miyya balik dulu ya? Nanti ada masa Miyya datang lagi ya? Pasal bil ubat tu abah jangan risau, abang Tariq akan bayar nanti, nanti ubat tu akan terus dihantar ke rumah tau...." Encik Muaz angguk, dia pandang wajah anak sulungnya, dia dapat rasakan ada sesuatu yang sedang anak terkuat dia ini sembunyikan namun, dia pilih untuk diamkan dahulu.
"Jaga diri baik-baik ya? Dengar cakap Tariq tau, jangan lawan dia, taat dekat Tariq ye? Kalau dia tak bagi datang sini jangan berkelahi ya? Abah tak apa, abah Okey....jangan risau lah...." Encik Muaz hadiahkan senyuman.
Miyya Medeena hantar pandangan suram pada si abah, tak sanggup dia lukakan hati tua yang banyak mengajar erti kehidupan pada dia, tak nak Encik Muaz tahu matanya sedang memanas dia kalih pandangan pada Maisara Maleena.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romansa🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...