Miyya Medeena meringkuk seraya tubuhnya diselimuti selimut tebal, tangisannya sudah mereda cuma tersisa air mata yang masih mengalir di celahan mata, walaupun sepanjang bersama dengan suaminya, lelaki itu langsung tidak menyakiti dirinya, malah bisikkan kata-kata cinta dan sayang sentiasa dituturkan.
Tapi kenapa dia menangis?, ya seperti lelaki itu katakan, dia akan memijak maruahnya, duit yang ada di atas selimut yang dilemparkan oleh Tarique Razeen sebelum berlalu keluar tadi benar-benar mencabik hatinya.
Terngiang-ngiang kata suaminya tadi.
"Ini untuk upah you sebab layan I tadi, cukup kot untuk layanan you pada I? Sama harga dengan maruah you...."
Kata-kata itu cukup membuatkan hatinya bernanah, jiwanya meronta-ronta, tidak di sangka dia mengambil tindakan mudah dengan mengahwini lelaki kaya berakhir dengan derita, kalau dia bisa menilik masa depan, sumpah secinta mana pun dia pada lelaki bernama Tarique Razeen, dia akan buat sejauh mungkin rasa itu.
"Miyya menyesal abah, maafkan Miyya, Miyya janji, Miyya tak akan minta tolong dia lagi.....maafkan Miyya abah....." Bisikkan itu hanya dia yang mendengarnya, hanya dia yang menelan rasa pahit dari seorang lelaki bergelar suami.
Sedangkan Tarique Razeen gusar melihat keadaan isterinya yang masih terbaring di atas katil dalam keadaan sedih, pilu hatinya, tidak tahu kenapa dia sanggup memperlakukan isterinya dengan kata-kata kesat, menghina maruah wanita itu seenaknya tanpa belas kasihan.
"Apa aku dah buat ni? Ya Allah, kenapa keras sangat hati ni nak berlembut dengan dia?...." Rambut yang memang kusut sudah di ramas-ramas kerana frustasi.
Rakaman video dari kamera CCTV yang dia pasang di bilik tidurnya menjadi tumpuan, wanita itu terlihat sudah tenang diulit mimpi, perlahan dia menapak mendekati bilik mereka, perlahan dia panjat katil, wajah tenang Miyya Medeena mencuri perhatian.
"Maafkan saya sayang...." Sehingga akhirnya dia juga turut terlelap bersama.
Dia tersedar kembali bila jam smartphone nya berdering nyaring, perlahan dia capai telefon lalu melihat ke arah jam.
7.00 pagi.
Pejam mata mencari nyawa, barulah dia pusing melihat ke arah tempat tidur di sebelahnya, mata terbuka luas bila kelibat isterinya tidak ada di sisinya, mendadak dia bangun menyelak selimut lalu berjalan ke luar ke dapur. Waktu begini selalunya wanita itu akan ada di sana.
Sekali lagi dia kerut dahi bila di sana juga kelibat Miyya Medeena tiada, hati semakin gelisah, baru sahaja dia ingin putar badan matanya terpandang nota yang dilekat pada tudung saji, laju dia menapak ke situ.
'selamat pagi abang, Deena minta izin keluar awal pagi hari ni, Deena dah start kerja, Deena ada belikan nasi lemak dengan kuih sedikit, air pun Deena dah buat, kalau sudi jamah lah, Deena mungkin balik lewat hari ini....terima kasih.'
Terketar-ketar tangan dia, tak tahu marah atau pun takut yang pasti hatinya seakan terhiris kerana rasa menyesal yang bersangatan. Menyesal kerana memperlakukan wanita itu dengan kasar dan buruk.
"Sayang....maafkan abang...."
Kerana isterinya sudah tidak ada di rumah, dia ambil keputusan untuk keluar segera, pergi kerja dan hilangkan rasa bersalah itu, laju dia kembali ke bilik, lebaran duit yang dia berikan semalam tersusun elok di atas meja solek, rasa menyesal mula menguasai diri.
Makin sakit hatinya bila berlama-lama di situ, lekas dia mempersiapkan diri, kerana kalut ingin keluar dia lupa menjamah makanan yang dibeli oleh Miyya tadi.
***********
Miyya Medeena dengan cekap mempelajari semua pekerjaan yang ditunjuk oleh seniornya kini, dia sudah bisa melakukan sebahagian kerja yang dia buat dengan lancar walaupun ada kekoknya.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...