Tarique Razeen termenung sendirian sambil memegang erat bingkai gambar Miyya Medeena, sejak pulang dari Indonesia semalam, langsung tiada khabar berita tentang wanita itu.
'Doktor dekat sana cakap diorang dah balik dua hari lepas.....'
'Puan Miyya pun tak ada datang ambil barang dia, mungkin dia dah bawa keluar sebelum kami punggah barang semalam.....'
Terngiang-ngiang ucapan anak buahnya dan Syakirah di benaknya, kerana jadual yang padat membuatkan dia tidak sempat untuk memberi arahan pada anak buahnya yang lain untuk terus ikuti perkembangan isterinya.
Apa-apa tentang kesihatan Encik Muaz juga dia tidak dapat berita, orang suruhannya juga sedang memantau ke mana isterinya pergi.
'hari ni Puan pergi kerja macam biasa tetapi nampaknya Puan dah tidak melakukan tiga kerja dalam sehari.....'.
Selepas kepergian Miyya Medeena dari pejabatnya tempoh hari, dia memang berniat ingin mengejar isterinya namun, bila dia fikirkan balik, dia tegarkan hati untuk abaikan dulu, walaupun sekarang dia sudah kantoi dengan Siti Fatimah, dia pasti wanita itu akan bertindak jauh lebih dashyat, dia inginkan Miyya yang mengamuk dan menghina dia agar dia bisa lihat kemarahan wanita itu.
Tetapi, sangkaannya semua meleset teruk bila dia langsung tidak dapat apa-apa berita, malah ke mana isterinya pergi juga dia tidak tahu, memang bodoh sebab biarkan Miyya pergi begitu sahaja.
Tok!.
Tok!.
Kedengaran ketukan pada pintu membuyarkan lamunannya, perlahan dia pusing kerusi dan membetulkan duduknya. Bila dia sudah tenang, barulah dia keluarkan arahan.
"Masuk!".
Seraya itu, Syakirah masuk bersama sebuah file di tangannya, sejurus itu diikuti oleh Siti Fatimah yang tersenyum manis padanya. Sejak seminggu yang lepas wanita ini berkerja di syarikatnya atas permintaan Puan Zahirah yang memberi alasan untuk balas budinya.
"Tuan, hari ni kita ada meeting dengan Zuhal Corp, yang baru dua minggu lepas menandatangani perjanjian dengan syarikat kita....". File berwarna hitam itu dihulur kepadanya.
"Zuhal Corp? Dato' ke yang approved?" Syakirah angguk dengan laju setelah itu, Tarique Razeen pula yang angguk.
"Mereka bergerak dalam bidang cat dan pembekal peralatan kenderaan atas air, Dato' ada bagi tahu yang syarikat ni memang terkenal dalam dunia bisnes kerana mutu dan kualiti dia setaraf luar negara...." Syakirah selak beberapa halaman untuk menunjukkan butiran syarikat itu.
"Apa nama pengarah dia?" Sambil itu tangan laju menyelak helaian kertas yang ada.
"Zulkepli Hilal kalau tak silap saya, tuan!" Nampak seperti sedang berfikir sebelum lelaki itu beralih pada Siti Fatimah yang sedang menunggu di belakang sekretaris dia.
"You nak apa, Eyma?" Fatimah tersedar dari lamunannya, dia ukir senyum ramah, Syakirah yang melihat dia kerling seperti memberi kod agar percakapan mereka tidak didengari oleh orang lain.
Syakirah mula menjeling kerana tahu niat wanita itu.
"Saya keluar dulu, Tuan!" Syakirah tunduk sedikit sebelum mundur setapak.
"Stop! Stand here!" Tanpa lihat Syakirah, Tarique Razeen kembali pandang wajah Siti Fatimah yang sedikit merah mungkin geram.
"Kalau you nak cakap just cakap, Eyma! I banyak kerja nak bincang dengan sekretaris I!" Dia tayang wajah tidak suka.
"Saya just nak beri awak bekal ni, saya buat pagi tadi, mesti awak belum makan kan? Ni, saya letak dekat sini, saya tak tahulah awak suka atau tak, saya masak simple je, hehehe...." Siti Fatimah letakkan satu bekal berwarna ungu diatas meja dia bersama senyuman suka.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...