Bab 16

1.7K 78 6
                                    

Pov Tarique Razeen.

Melihat wajah pucat dan tidak bermaya Miyya Medeena, hatinya dicarik rasa sakit. Wanita yang selalu ceria dan tersenyum sudah tiada meninggalkan seorang wanita yang bertungkus-lumus mengumpulkan duit untuk membayar hutang yang dia minta agar ikatan suci mereka terlerai.

"Kenapa awak bersungguh-sungguh nak berpisah, Deena? Awak tahu tak betapa hancurnya saya sekarang? Sanggupkah awak membatalkan ikatan suci ni? Tiada jalan lain kah untuk kita terus bersama?"

Dari jauh dia tenung wajah Miyya Medeena yang kelelahan, bukan dia tidak tahu semua aktiviti wanita itu sejak kebelakangan ini, dia menghantar orang untuk tahu semua aktiviti Miyya, tetapi hati ini ingin dia lihat dengan mata kepalanya sendiri, keadaan Miyya yang sudah tidak terurus.

Tubuh yang chubby sudah hilang di telan tubuh yang semakin mengecil di sebalik baju besar yang dia pakai. Betapa tekadnya wanita itu.

"Awak sakit kah sayang? Sampai seri awak pun dah hilang......" Hati berdenyut sakit melihat sosok di hadapannya.

Melihat Miyya Medeena yang sudah menghilang di balik pintu kaca milik sebuah kedai roti, dia tarik nafas, keberanian dia terhakis untuk berhadapan dengan wanita itu, baru sahaja dia ingin pergi, wanita yang menjadi punca rumahtangga dia retak datang menyapa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Kerana malas ingin melayan, dia ambil keputusan untuk pergi, malas dia ingin berurusan dengan wanita itu lagi, rasa bersalah mula menghimpit, besar kah kesalahan isterinya? Sedangkan wanita itu mengikis duit suaminya sendiri, apa yang salahnya? Lagipun sepanjang sebulan perkahwinan mereka, wanita itu tidak pernah meminta baju atau pun kasut mahal, yang di minta hanya menolong dia langsaikan bil perubatan si ayahnya, itu sahaja.

"Maafkan abang, sayang.... macam mana lagi abang nak buat untuk satukan kita?." Pening kepalanya memikirkan cara untuk kembali seperti dahulu bila keadaan sudah tidak sama seperti dahulu lagi.

Miyya Medeena bawa langkah perlahan menyelusuri kaki jalan yang hanya dilimpahkan dengan cahaya lampu jalan, sungguh penat hari ini, nasib hari ini giliran dia cuti dari bertugas sebagai jurujual di 7E.  Dapatlah dia rehatkan tubuhnya yang kian penat.

Sampai di hadapan pintu, dia buka pintu lalu melangkah masuk tanpa perasan akan beberapa pasang kasut yang terletak elok di situ, baru sahaja dia ingin menuju biliknya, kaki dia mati dan dunianya seakan runtuh.

Wanita elegan di hadapannya sedang tatap dia dengan sendu, wanita itu perlahan tutup pintu bilik kemudian kembali pusing ke arahnya.

"Mo.....mommy....." Terkebil-kebil dia cuba menutup gelisah di hati, tersedar dari dunia lamunannya, dia hampiri Puan Zahirah dan menyalami tangan wanita itu.

"Pergi mana? Nak dekat maghrib baru balik...." Dia bertanya seraya kaki berlalu meninggalkan Miyya yang gelisah mencari jawapan. Dia berhenti tepat di hadapan  televisyen lalu duduk di sana sambil berpeluk tubuh.

"Dee...Deena baru balik kerja mommy...." Jawab Miyya Medeena jujur, tidak mahu lagi menanggung kegugupan ini seorang diri.

"Kerja? Deena kerja?" Wanita itu bagaikan terkejut dengan jawapannya.

"Ya, mommy Deena kerja dah sekarang, abang Tariq tak bagitahu mommy eh?" Miyya Medeena berusaha ramah dengan wanita yang pernah menyayanginya seperti anak sendiri, tetapi sejak pergaduhan mereka suami isteri, wanita ini terlihat seperti menjauhkan diri dan dingin padanya.

"Tak pun! Kenapa Deena nak kerja? Kan suami Deena kaya, Deena boleh guna duit Tariq sesuka hati, Deena pun boleh bela Deena dengan keluarga Deena guna duit anak mommy..... Lagipun sekarang Tariq masih bayarkan bil ubat abah Deena kan? Tak apalah guna je lah, Tariq pun mesti tak kisah kan kalau Deena guna duit dia? tak gitu Deena?" Miyya angguk mengiyakan.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now