Tarique Razeen mundar mandir ke kiri dan ke kanan, berkali-kali dia semak kembali semua info yang dia dapat dari anak buahnya yang baru sahaja dia upah untuk mencari tempat persembunyian isterinya.
Bergerak-gerak rahangnya membaca semua mesej dari anak buahnya serta report kesihatan yang selalu Miyya Medeena lakukan di klinik kesihatan Kuala Lumpur.
"Sayang, mana awak pergi? Kenapa tak bagi tahu abang awak pregnant? Sampai hati awak biarkan abang terus-menerus seksa awak, sedangkan waktu tu awak bawa zuriat abang...." Tak tahu kali ke berapa dia mengeluh atas kesalahannya.
"Kenapalah abang sanggup buat awak macam tu? Abang dah mengaku salah sekarang, tolonglah pulang ke pangkuan abang, abang rindu sangat-sangat!" Juga tak tahu berapa kali sudah dia berkata begitu yang pasti nampak kekesalan di wajah itu.
Termasuk hari ini kehilangan Miyya Medeena sudah masuk ke bulan kedua bermakna usia kandungan Miyya Medeena sudah memasuki 7 bulan. Makin tak tentu arah dia ketika ini dan paling dia terkejut anaknya dinyatakan kembar, lagi serabut dia memikirkan hal itu.
Baju bayi yang dia beli kelmarin di pandang sepi, kerana berimaginasi sendiri, dia membeli baju itu tanpa sedari bahawa bayi itu mungkin tidak lahir di depan matanya bahkan, azan sekali pun rasanya dia tidak berkesempatan.
"Baliklah sayang.....abang rindu.....".
Baru sahaja air mata ingin melurut jatuh panggilan dari nombor asing yang sejak kebelakangan ini menemaninya muncul lagi. Lantas butang hijau ditekan.
'Hello!'
'Bos, kami dah cuba jejaki CCTV dekat beberapa tol tapi langsung tiada pertunjukan sebarang pergerakan dari Puan Deena!'
'kau dah siasat mana dia duduk lepas keluar dari rumah sewa tu?'.
'dia tinggal di hotel bos! Tapi pihak hotel tak mahu terima apa-apa suapan dari kita! Diorang macam ada sembunyikan sesuatu! Tapi kami tak mampu nak terus sogok diorang kerana pihak HR hotel tak mahu bocorkan rahsia pada kita!'.
'hotel? hotel mana?'
'Everglow Hill'.
Terus terangkat keningnya, seakan kebetulan sahaja, apa-apa sahaja mesti ada kaitan dengan sepupu jauh mama long dia, makin tertanya-tanya dia siapa sebenarnya Hilal itu?. Begitu hebat sehinggakan apa-apa sogokan tidak memberi apa-apa kesan pada mereka.
'dan bila kali terakhir diorang ada dekat sana?'.
'hari boss pergi Paris!'.
'hari saya pergi Paris?'.
Bergelegar pertanyaan dalam benaknya, tak mungkin semua ini dirancang, jika iya ini satu rancangan, Everglow Hill tak ada di hari syarikatnya ada pertemuan di sana ketika itu.
'selain tu ada apa-apa info yang kau dapat tak berkaitan Deena?'
'tak ada bos, setakat ni saya hanya dapat info tu je tapi bos, seingat saya Puan Deena selalu balik naik grab kereta myvi warna kuning, mula-mula saya ingat itu cuma grab biasa tapi acap kali saya perasan grab yang pick up dia tu kereta yang sama.....'.
'kau dah siasat pemandu tu?'
'dah bos tapi saya rasa pemandu tu ada kaitan dengan isteri bos sebab semua pasal dia juga hilang bak di telan bumi......'
'maksud kau pemandu grab tu ada kaitan dengan kehilangan Deena?'
"Ya! sebab saya dah check informasi tentang dia di grab tapi nombor plat kereta dia tak pernah di daftarkan dalam aplikasi mereka.....'
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...