Bab 52

1.2K 56 8
                                    

Miyya Medeena hantar renungan tajam pada Tarique Razeen yang kalut menyalakan api lilin di atas sebuah kek berukuran sederhana, senyuman lelaki itu menggetarkan hatinya yang sudah lama dia tidak siram dengan kasih sayang.

"Apa semua ni?" Pertanyaan Miyya membuatkan Tarique perlahankan aktivitinya. Perlahan dia hela nafas panjang.

"Maaf, abang nak sambut hari pertemuan pertama kita hari ni......" Sekali lagi Miyya terkedu.

'hari pertemuan pertama?'

"Sayang mungkin dah lupa tarikh kita mula-mula berkenalan dulu tapi abang tahu sayang tak lupa cara perkenalan kita kan....." Sayu sahaja suaranya, kedengaran sedikit sindiran.

"Saya tak ingat! Saya kan hilang ingatan...." Miyya alihkan matanya pada tempat lain tidak mahu lelaki itu nampak getaran di matanya.

"Hahahhahah....." Ketawa Tarique buatkan Miyya kembali pandang wajah yang tenang sakan gelak, berkerut dahinya.

"Apa yang lawak?" Miyya buat-buat tidak faham.

"Tak ada yang lawak, cuma lakonan sayang sedikit kekok dari sebelum sebelum ni...." Makin tak percaya Miyya tatkala ini, wajah Tarique yang kembali serius dia renung minta jawapan.

"Jangan pura-pura lagi! Sayang berlakon macam mana sekali pun abang tak akan pernah lepaskan sayang...."

"Pura-pura? Berlakon? Apa yang awak cakap ni...."

Tarique kembali menarik senyuman sinis. Rasa ingin sahaja dia cium bibir mungil yang sedang menahan marah di hadapannya ini. Geram kerana wanita itu masih tidak dapat menangkap maksudnya.

"Sayang jangan ingat dengan pura-pura amnesia, sayang boleh main-main dengan abang? Tak! Makin sayang berlakon makin abang akan ikut main....." Lelaki itu hantar renungan menggoda padanya buatkan dia terus terhenti untuk membalas.

"Mak Aji...."

"Nope!" Laju tangannya membawa smartphonenya ke hadapan wanita itu, gambar dia sedang bersembang dengan Mak Aji tadi terpampang jelas si situ.

'aku dah agak dah! Mesti dia intai CCTV! Eeyyyy!'

"Baguslah kalau tahu! Cepat uruskan borang cerai kita! Lagi cepat lagi bagus!." Miyya paling wajah pada permandangan luar cermin dari tingkat atas hotel yang suaminya tempah, bilik VVVVIP yang bercantum dengan kelengkapan keluarga dan ruang makan itu terlihat cantik sekali, ada pintu yang tertutup rapat dan dia tahu mesti ruang tidur di sana.

"Macam abang cakap tadi, abang akan kembalikan kata 'KITA' balik dalam hubungan ni sampai sesiapa sahaja di antara kita berdua takut kehilangan pasangan......abang tak akan biarkan sayang pergi lagi, sesiapa sahaja! Mommy! Daddy! Hilal atau Fatimah sekali pun tak akan mampu leraikan ikatan ini....."

"Tolong jangan egois, Syed Tarique Razeen!" Baru kali ini nama penuhnya di sebut. Berdebar pula rasanya tetapi pantas dia tepis.

"Ya saya sayang.....kenapa?"

"Jangan main-main lah! Saya tak nak hidup dengan awak lagi! Hidup dengan awak ibarat saya lemparkan diri dalam penjara awak yang seperti neraka tu!" Miyya terus hilang sabar yang dia pendam selama ini.

"Saya dah tak nak libatkan awak dalam hidup saya! Kalau boleh saya nak awak pergi jauh dari hidup saya! Jangan ganggu saya lagi! Saya benci awak! Saya benci lelaki nama Syed Tarique Razeen!" Miyya menjerit kecil sambil mata terpejam, Tarique tarik senyuman tipis.

"Baiklah!"

Deg!.

Terhenti ombak yang sedang melanda dirinya, kini di ganti dengan debaran yang menyesakkan, terketar-ketar tangannya yang berada di bawah meja cuba mencerna apa yang bakal lelaki ini katakan.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now