Tarique Razeen menghantar renungan tajam kepada lelaki maskulin di hadapannya, wajah lelaki ini kini memang minta di tumbuk dan di bakar hidup-hidup sahaja, ditambah lelaki itu seakan santai seperti tahu niat kedatangan dia ke sini.
"Yes! Memang tu niat aku! Bebaskan Miyya Medeena dari lelaki pengecut macam kau! Sebab apa? Sebab kau tak layak!"
"Zulkepli Hilal!" Meninggi suara Tarique ketika ini, seakan terasa maruah dirinya di pijak tanpa restu.
"Ya?" Sengaja nampaknya lelaki itu ingin naikkan kemarahannya seraya itu sebuah senyuman licik timbul disebalik jambang tipis milik Hilal.
"Aku tak ada masa nak main-main dengan kau! Aku cuma nak tahu, apa niat kau nak sangat tolong Deena? Kau nak dekat isteri aku ke? Sampai kau sanggup bantu diorang lari dari aku? Kau tahu tak aku macam orang gila cari diorang? Aku tahu aku salah buat Deena macam tu, tapi sumpah aku tak tahu jalan cerita...." Tarique Razeen mula membebel tanpa sedari Zulkepli Hilal ketika itu berada dalam dunianya.
'Sara dah tidur?'
'jangan lupa makan, I dah belikan makanan untuk you!'
'masak? Wah, tak apa you makan yang I beli then masakan you I makan nanti....'
'masakan kampung? Lagi I suka! Dah lama rasanya I tak makan masakan kampung.....'
'mama ada?'
'okey, I tak kacau you dah.....(Cry).'
Kemudian, mata naik melihat ke arah Tarique yang masih mengomel di hadapannya sambil membuka mukadimah yang seharusnya dia sendiri hadam, muncul satu idea di benaknya.
'you, I rasakan I nak pinjam nama kakak you sekejap'
'jangan risau, I nak pinjam kejap je....'
Perlahan dia letakkan smartphone miliknya, dia silang kan tangan ke dada sambil mengangguk seperti seorang anak yang di bebel oleh maknya, dia masih berlagak tenang.
"Tak salahkan kalau aku ambil berat tentang Miyya? Lagipun dia pun bakal jadi janda kan....." Hilal kembangkan senyuman nakal.
"Janda berpengalaman...." Usik Hilal lagi, Tarique hantar renungan tajam padanya bersama peninju yang siap terbentuk di atas meja.
"Kau!"
"Relax bro, kan kau dah ceraikan dia so, tak salah rasanya aku jaga dia, kau kan tak nak perempuan kaki kikis so, aku rasa nak ambil lah, sebab harta aku banyak, makan tak luak, lagipun ada orang jaga anak kembar aku, kan anak dia pun kembar.....eloklah tu....jadi, kawan anak-anak aku...."
Lagi-lagi Tarique kepal kan tangannya, mencerlung dia tatap wajah Hilal yang bersahaja, kerana marah yang sangat dia terus layangkan tinjunya namun, dia salah sasaran, Hilal sudah bersedia, kini bertukar wajah, penumbuk Hilal sampai ke wajahnya.
Buk!.
"Erghh!!!" Erangan Tarique Razeen nampak betapa kuatnya pukulan tadi.
"Itu untuk lelaki tak guna macam kau!"
Buk!.
"Ni untuk hati Miyya yang kau sakiti dan anak-anak kau!"
Buk!.
"Ni untuk kesayangan aku!" Terlentang Tarique di atas lantai menahan rasa sakit yang mendarat di wajahnya, meringis sakit kerana pukulan itu. Tangan naik mengusap bibir yang mula mengeluarkan darah, kembali merenung si Hilal yang berdiri gah sambil bercekak pinggang.
"kesayangan? siapa kesayangan kau, haaa?!!" tak tahu ketakutan yang sedang dia rasakan sekarang, takut perasaan kawan kecilnya ini ada rasa pada si isteri.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romans🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...