Bab 41

2.3K 103 6
                                    

Tarique Razeen mundar-mandir di beranda homestay yang sempat di tempah oleh Zulkepli Hilal kerana masalah tadi, kenapa dia seakan terasa pelik dengan lelaki ini? Seakan ada sesuatu yang di simpan oleh lelaki itu, sehingga semuanya seakan berjalan dengan lancar.

"Malam ni kita akan pergi ke suatu tempat, lepas maghrib kita ke sana!" Lamunannya dihentikan oleh Encik Talha yang baru sahaja datang, lelaki itu hanya tayang wajah sekupang. Betul-betul musykil.

Tak sempat dia bertanya, lelaki tua itu sudah berlalu meninggalkan mereka semua. Lelaki ini satu lagi, ada yang disorokkan tetapi apa dia?.

Sekarang ini dia tak mampu lagi berfikir dengan jernih, pemikirannya lebih kepada gerangan bernama Maura tadi. Ditambah mendengar cerita Umi Siti Fatimah tadi buatkan dia langsung putus asa.

Tak sabar dia menunggu apa yang sedang di sembunyikan oleh daddy nya. Dengan segala kesabaran dia menunggu, sehingga akhirnya waktu itu tiba, sekali lagi dia kerut kening bila rumah pengantin tadi jadi tujuan namun, tekaannya salah, kereta mereka berhenti di sebelah rumah pengantin tadi, rumah itu terlihat kelam dengan suasana kampung.

Dan, Kereta Myvi kuning yang terparking elok di depan rumah itu membuatkan dia makin berdebar-debar, nombor plat itu juga sama, apakah?.

Dia renung lagi rumah itu mencari kebenaran, perlahan kaki dia bawa ikuti langkah Encik Talha dan Puan Zahirah, sesekali dia perhatikan Zulkepli Hilal yang santai dan lincah bergerak di depannya.

Tak biasa lelaki itu akan mendahuluinya, mesti ada sesuatu ini. Cepat-cepat dia ikuti langkah Hilal yang sudah mara seperti dia yang sedang menjadi hero dalam cerita ini.

"Assalamualaikum....." Zulkepli Hilal beri salam.

"Waalaikumussalam....." Mak Su Esah buka pintu bersama tanda tanya, di intai mereka semua.

"Ya?"

"Ezel ada mak cik?" Zuheily Haisha yang berada di belakang Tihani Roses mengembangkan senyumannya.

"Eh, kamu ni bos Ezel kan? Cik Ely?". Mak Su Esah keluar dari balik pintu lantas maju.

"Ya! Saya! Saya ada hal nak jumpa Ezel mak cik..."

"Boleh boleh! Mari masuk" pintu dia buka selebar mungkin, ruang tamu yang kelam bertambah baik bila lampu utama di buka.

"Mari duduk, maaflah sempit sikit! Tak tahu kamu nak datang bawa family!"

"Tak apa mak cik..."

"Kejap ya, Mak cik panggil Ezel...." Hilang sahaja kelibat Mak Su Esah, Tarique Razeen terus mendekati Zulkepli Hilal yang ada di penjuru ruang, lelaki itu hanya diam di sebelah Puan Sri Zahlia.

"Apa semua ni?" Lihat renungan mengejek Hilal buatkan dia ingin bangun meluru ke arah dia dan menghadiahkan dia tumbukan padu sahaja.

"Stay at your place, Tariq!" Peringatan keras dari Encik Talha buatkan Tarique genggam peninju.

"Tu, bos hang datang tu!" Muncul kelibat Ezylin yang bertelekung bersama wajah berkerut dan tidak percaya.

"Ely? Kenapa hang bawa diorang mai?" Ezylin berdiri di hadapan Zuheily dengan gelisah.

"Ezel, aku rasa ....."

"Aku tak rasa Mai akan setuju!" Wajahnya tegas dan garang.

"Aku tahu! Tapi sampai bila? Lagipun...." Zuheily mendekati Ezylin sebelum membisikkan sesuatu, lantas anak mata Ezylin naik mencari wajah Zulkepli Hilal yang juga merenungnya.

"Aku rasa kita yang kena biarkan diorang selesaikan semua dulu! Okey?" Ezylin nampak ragu, tak sempat dia memberi apa-apa bantahan, Maisara Maleena muncul di ambang pintu dengan wajah letih.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now