Rambut yang kasar di ramas kuat, tak sangka dia sanggup mengkasari isterinya hanya kerana diabaikan dan di tinggalkan sendiri tadi. Mesti terluka wanita itu.
"Apa aku buat ni? Mesti dia marah dengan aku!"
Mata dia pejam rapat-rapat, air liur jangan ditanya, berpuluh-puluh kali ditelannya, rasa menyesal kerana menyakiti wanita kesayangan dia.
Seharian dia tak tahu apa yang dilalui oleh si isteri, kerana marah yang melampau dia sanggup berkasar dengan wanita itu. Banyak lagi sebenarnya yang dia tak tahu tentang wanita itu, perkenalan mereka begitu singkat, dalam masa tiga bulan berkenalan sudah ingin melangkah ke jinjang pelamin.
"Tahu dia salah! Tapi bukan lesen untuk kau kasari dia! Dia juga tahu dia salah, dia dah minta maaf! Kenapa kau ego sangat ni!" Di ketuk kepalanya sendiri.
Kemudian, dia sandarkan kepala pada sofa, mengingati kejadian tadi sungguh membuatkan dia menyesal, rasa ingin tumbuk sahaja dirinya sendiri.
Sedang asyik termenung, tiba-tiba satu mesej menganggu lamunannya, perlahan dia capai smartphone dia, nombor Siti Fatimah naik. Dibuka mesej itu.
Gambar seorang lelaki yang selekeh dari atas ke bawah ditatap, dia belek gambar itu, lelaki itu terlihat kurus dan cengkung, tidak berseri dan di tangannya terdapat satu beg plastik, terlihat seperti penagih dadah.
'see, macam mana your wife buat dekat kawan sekampung saya, kesian ibu ayah dia, sebab perangai tamak isteri awak, anak diorang jadi mangsa'.
Amarah tadi yang kian surut kini naik kembali, rasa marah dan kecewa membuak-buak di hati, ingin sekali dia jumpa lelaki itu dan bertanya terus padanya.
Klik.
Bunyi pintu terbuka menarik perhatiannya, laju tangan keluar dari aplikasi WhatsApp itu, dia buat-buat buka emailnya. Hujung mata melirik pada sosok yang berdiri di hadapan pintu sambil menatapnya, mula rasa ingin balas dendam pada wanita itu.
"Abang....nak makan?" Perlahan Miyya menghampiri dia namun, ego tinggi melambung, dia hanya fikir ingin sakitkan hati wanita itu sahaja.
"Tak nak!" Miyya Medeena angguk lalu dia berlalu ke dapur meninggalkan dia yang masih mencari cara untuk sakitkan hati si isteri.
Miyya Medeena membuka peti sejuk mencari sesuatu untuk di masak, hari ini dia masih belum sempat menjamah makanan berat, dari pagi dia hanya menjamah sebungkus roti coklat kerana sibuk ke hulu ke hilir mencari peluang pekerjaan.
Dia kemam bibir bila isi peti sejuk itu hanya tinggal beberapa barang yang tidak lengkap untuk satu masakan.
"Lupalah pula, bulan ni tak beli barang basah lagi..." Dia tutup kembali peti sejuk, beralih dia pada kabinet dapur, dibuka satu persatu, sama tiada apa yang tinggal.
Tutup kembali dia dekati meja makan, tudung saji di angkat, kosong. Dia lepaskan keluhan kecil, perutnya sudah berkeroncong minta di isi, mahu tidak mahu dia terpaksa bertanya pada suaminya.
"Ajak abang makan lah....." Dia keluar dari dapur, baru sahaja kaki ingin menapak ke sofa, kelibat suaminya sudah tidak ada, lantas dia bawa kaki ke bilik mereka, terlihat suaminya yang sudah baring sambil berselimut malah, membelakangi tempat tidurnya.
Perlahan dia panjat katil, dia bersimpuh di belakang lelaki itu sambil menatap lekat rangka besar suaminya. Dia kuatkan hati menerima semua hinaan yang bakal dia dengar nanti.
"Abang....." Tangannya naik meraba belakang suaminya, bila tiada sahutan dia goncang sedikit bahu itu untuk menyedarkan lelaki itu, automatik lelaki itu menarik selimut rapat ke dada seperti meringkuk.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...