Bab Extra 1

1.7K 90 6
                                    

Tarique Razeen tarik senyuman misteri secara sorok-sorok apabila mendengar cerita wanita muda dihadapannya yang mengungkit tentang seorang lelaki yang bernama Syafiq.

'jadi, memang betul mimpi tu petunjuk?'.

'Baik! Jom kita main-main sikit....'.

"You ada bukti tak? I tak suka orang tuduh-tuduh isteri I tanpa bukti....." Tarique Razeen sandarkan tubuh pada kerusi empuk di dalam sebuah cafe sambil merenung tajam wanita yang terlihat sedang mencari sesuatu dalam beg tangannya.

"Ada! Ni!" Wanita itu hulurkan smartphone miliknya, lalu Tarique ambil dan dia renung gambar itu, tiba-tiba hatinya ketawa besar dalam diam.

Gambar itu gambar yang sama pernah dia tengok dalam mimpinya, tak sangka, dia rasa seperti dikembalikan ke masa lalu sahaja. Kerana dia rasa seperti ingin bermain-main sedikit dengan wanita yang terlihat galak itu, dia pantas mengeluarkan smartphone lalu sepantas kilat dia menangkap gambar yang sedang diperlihatkan, kelam kabut wanita itu merampas kembali.

"Apa awak buat?" Laju si wanita merebut kembali smartphonenya dan terus di masukkan ke dalam beg tangannya.

"I nak bukti untuk tanya pada isteri I, so tak salahkan kalau I ambil gambar untuk tunjuk pada my wife?". Tarique Razeen tarik senyuman sinis.

"Dia bukan tahu pun, lepas dia tinggalkan tunang dia, dia dah tak kisah pasal kawan-kawan dia dekat kampung tu, tambah-tambah bekas tunang dia ni.....". Tarique angguk kepala tanda faham.

"Okey, then apa lagi yang you nak bagi tahu I?" Tarique kembali masukkan smartphonenya ke dalam kocek seluar.

"Saya cuma nak awak hati-hati sahaja supaya dia tak buat benda yang sama macam dia buat pada bekas tunang dia tu, awak tahu kan keluarga dia miskin, mestilah diorang seronok dapat menantu kaya macam awak, semua kos perubatan abah dia tu, mesti awak yang kena bayar...." Tanpa bersalah sedikit pun di hati, wanita ini sanggup memburuk-burukkan kawan sendiri.

"Ye ke? Tapi I rasa biasa-biasa je, Deena isteri I, so dia ada hak! Dia nak kikis ke nak habiskan ke semua dia boleh buat .... Jadi, tak ada sebab I nak berkira dengan dia ...... Lagipun, dia cinta hati I, setakat perubatan abah dia tu, berapalah sangat..... Keperluan dia? Eh, itu memang tanggungjawab I, jadi tak ada sebab I nak berkira dengan dia....." Tarique provokasi minah di hadapannya yang kelihatan gusar mungkin kerana dia fikir hasutan dia tidak berkesan padanya.

"Bu....bukan macam tu, awak salah faham ni, saya cuma tak nak dia ambil kesempatan atas kebaikan awak je, saya kenal dia lebih dari awak tau.....saya cuma kesian dekat awak kalau dia buat benda yang sama macam dia buat pada Syafiq...." Wanita itu tayang wajah sendu seakan bersimpati dengan dia.

"Tambah-tambah dia tahu awak sayang dia sangat-sangat, lagilah dia boleh buat apa yang dia nak buat, senang-senang je dia nak pijak awak....." Sekali lagi wanita itu kelihatan gusar.

"Okey, Okey.....tak apa macam ni lah, I akan tanya dia sendiri betul ke semua ni, Okey? apa-apa I akan beritahu you balik, dan terima kasih sebab bagi tahu dekat I.....just I nak bagi tahu yang I akan sentiasa percayakan isteri I lebih dari orang luar......Okey?" Tarique tayang giginya yang putih sebelum kembali ke riak santai.

"Okey lah, I pergi dulu, bye.... Eh, by thé way nama you apa?"

"Nama saya Siti Fatimah.....". Tarique tarik senyuman sinis seketika.

"Owh, Okey....thanks..." Setelah itu dia terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.

Masuk ke dalam kereta dia ketawa sekuat hati kerana merasa lucu dengan situasi dan wajah tidak puas hati Siti Fatimah tadi.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now