Sudah beberapa hari semenjak berlakunya pertengkaran tempoh hari, sudah jarang Tarique Razeen pulang ke rumah, dia dibuat seperti tidak wujud sahaja, setiap hari hanya sepi yang menemaninya.
Rumah yang makin sepi menjadi makin sepi bila dia juga sering pulang lewat kerana berkerja lebih masa untuk menanggung kos perubatan Encik Muaz dan duit belanja Maisara di kolejnya.
Sedar tidak sedar sudah sebulan berlalu, hari yang dia lewati sangatlah sulit, berbekalkan roti Gardenia sebungkus sehari dan air mineral sebotol sehari membuatkan kudratnya makin berkurangan, nasi hanya seminggu sekali kalau ada rezeki lebih dua kali. Bahkan, setiap pagi dia perlu bangun awal hanya kerana takut terlepas bas yang akan dia naiki. Walaupun begitu, dia langsung tidak pernah bercerita pada sesiapa pun.
"Kau kuat Miyya! Yakin!" Itulah ayatnya setiap kali dia ingin mengalah.
Tipulah kalau dia tidak penat, dia penat tetapi dia masih bertahan kerana ada keluarga yang bersamanya walaupun jauh di sudut hati dia rindu pada si suami.
Bukan dia tidak menghantar atau bertanya khabar Tarique Razeen namun, semua mesejnya langsung tidak di balas. Hanya sahaja rindunya terubat apabila melihat status Whatsapp milik Tihani, adik iparnya.
"Abang.....mana abang pergi? Saya rindu...." Gambar yang sempat dia screen shot di WhatsApp status Tihani tadi dia usap, suaminya tersenyum bahagia walaupun di situ adanya Puteri Salsabila.
"Abang....abang nak tahu tak, saya jealous tau tengok abang dengan Puteri tapi saya sedar diri, saya orang biasa yang tak setaraf dengan abang.... Kalau pun abang dengan dia, saya dah kena sedar mana tempat saya....." Tersengguk-sengguk dia menahan tangisan, betul-betul dia pasrah dengan jalan hidupnya.
"Saya tak ada niat pun nak pergunakan abang, niat saya hanyalah tak nak abah syak masalah kita, saya guna nama abang supaya abah percaya yang abang masih lagi ambil berat tentang diorang....tapi saya tak guna duit abang....saya akan usaha sendiri cari duit, kan saya dah janji tak pakai duit abang dah...." Bisikkan penuh syahdu, baju milik Tarique Razeen yang masih belum di basuh di ambil lalu dicium menghilangkan rindu.
Setengah jam dia baring kan tubuh bersama baju itu, tersedar dia belum menunaikan solat isya' dia bangun lalu masuk ke dalam bilik air untuk berwuduk. Keluar sahaja dia terpampang melihat tubuh Tarique Razeen yang sedang baring kan tubuh sambil sebelah tangan diletakkan di atas wajah.
Terus lega hati Miyya Medeena, walaupun lelaki itu langsung tidak menyapanya dia ambil langkah pertama untuk menyapa.
"A...abang ...baru balik ke? Nak makan?" Terlupa terus niat dia tadi, perlahan dia hampiri suaminya. Lengan yang ada di atas perut dia sentuh perlahan.
Plak.
Terkejut dia apabila tangannya di tepis kuat, seketika dia ketap bibir menahan sebak di dada. Namun, sedih tidak menjadi bila hidungnya ditusuk bau yang sangat wangi semerbak. Dia kerutkan dahi, ini bukan minyak wangi lelaki tetapi perempuan. Mata naik meneliti setiap inci tubuh Tarique sehingga akhirnya mata jatuh pada bekas gincu yang terlihat jelas di dada kiri lelaki itu, walaupun samar tetapi masih dapat di lihat dengan jelas apabila dari dekat.
Jiwa meronta, hati gelisah dan amarah naik setakuk.
"Abang.....bangun....bangun...." Dia paksa lelaki itu untuk duduk kan diri, dia perlu bersemuka dengan lelaki itu, tak sanggup dia ditipu lagi.
Tarique Razeen pun kalut bangun apabila ditarik, direnung datar wajah Miyya Medeena yang makin merah, walaupun marah wajah itu tetap comel apabila berkerut-kerut dahinya, renungan mata wanita itu meredakan rindu yang membara.
"Abang tukar perfume?" Walaupun pertanyaan itu kedengaran lembut tetapi wajahnya tidak mengambarkan suaranya namun, Tarique tersenyum dalam hati. Itu yang dia inginkan.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...