Bab 49

1.9K 88 10
                                    

Siti Fatimah memasuki dapur dengan senyap-senyap menuju Mak Aji yang sedang menyiapkan sarapan. Perlahan dia ambil alih kuali yang berisi nasi goreng, semua nampak sudah siap menanti api di matikan sahaja. Mak Aji pandang pelik Fatimah yang tersengih-sengih.

"Mak Aji mari Eyma tolong masukan dalam pinggan ya?"

Kerana malas fikir banyak Mak Aji biarkan sahaja wanita itu melakukannya, sewaktu itu muncul Puan Zahirah, Encik Talha dan Tarique di ambang pintu, lambat-lambat Fatimah masukkan nasi itu ke dalam pinggan besar, sengaja.

"wah, Eyma masak nasi goreng...?" Puan Zahirah mengusik buatkan Mak Aji pandang pelik majikannya kemudian, dia beralih pandang Fatimah yang tersengih seperti mengiyakan, terus hatinya mencebik menyampah.

Cari wajah Tarique, dua lelaki tadi juga pandang dia mungkin ingin kepastian, faham maksud itu dia lirik Fatimah yang masih malu diusik, setelah itu dia angkat kening seakan mengejek, maka, fahamlah dua orang itu dengan isyarat itu.

Tarique Razeen yang sudah tidak berselera kembali menarik kerusi lalu duduk kan dirinya, lihat sahaja lelaki itu labuh kan punggung cepat-cepat dia ambil pinggan lalu menyedok nasi ke dalam pinggan dan sorongkan pada Tarique.

"makan lah.... nah aunty. Uncle...." pelawa Fatimah penuh gembira.

semakin gembira bila lelaki itu dengan cepat menghabiskan nasi tadi, rasanya dia seakan selangkah lebih dekat dengan keluarga ini. Hari ini dia akan cuba lagi untuk ambil hati keluarga ini walaupun Tarique Razeen nampak tak suka.

"Mak Aji, kejap lagi tolong lapkan badan Deena, hari ni saya ada meeting penting mungkin tak balik tengahari ni, mommy pun nak keluarkan?" Puan Zahirah angguk tanda betul.

"Baik Tuan, saya akan uruskan Puan Deena nanti...." Mak Aji angguk tanda arahan dia terima dengan hati yang terbuka.

Setelah Tarique pergi, Mak Aji minta diri untuk melihat Miyya Medeena di dalam bilik, perlahan dia tutup pintu, melangkah mendekati majikannya itu dia terbuntang, terus tangan naik menekup mulut, renungan Miyya membuatkan dia seram sejuk bercampur teruja, baru sahaja dia ingin pusingkan tubuh tangannya direntap perlahan, terhenti langkahnya.

"M....Mak Aji....." panggilan Miyya makin buatkan Mak Aji yakin majikannya itu sememangnya sudah sedar sepenuhnya.

"Puan Deena...." terus dia meluru memeluk wanita yang terbaring itu, tersangat rindu dia pada wanita ini.

"Mak Aji tolong saya....." Mak Aji tepis air mata yang mengalir laju sembari menatap lekat majikannya.

"Ya, Puan?"

"tolong ambilkan telefon saya..... dan saya minta Mak Aji perhatikan anak-anak saya....." Mak Aji tatap pelik Miyya Medeena namun, dia tetap lakukan apa yang di minta.

"dan Mak Aji tolong rahsiakan dulu tentang saya..... saya tahu ada perempuan tu dalam rumah saya.....saya dengar semua yang suami saya ceritakan selama ini, cuma saya juga tahu niat dia dalam rumah ni.....jadi, hari ini saya ingin singkirkan dia, saya tak nak lagi tanggung derita...." luahan panjang Miyya membuatkan Mak Aji menyokong penuh.

"Dan, tolong rahsiakan pada semua orang yang saya ingat Mak Aji, ada sesuatu saya nak minta tolong Mak Aji lagi tapi lepas semua ni selesai, Okey?". Renungan dia seakan difahami oleh Mak Aji, perlahan wanita tua itu mengangguk.

"Baik! Puan kena sihat kembali seperti dulu ye?...." Miyya Medeena angguk perlahan, kemudian dia kembali pejamkan matanya cuba mengumpulkan keberanian.

***************************

Tarique Razeen picit pelipis nya perlahan, makin hari makin dia buntu dengan nasib dirinya, baru sahaja dia ingin bahagia dengan isterinya, takdir lain pula yang datang menutup jalan bahagia mereka. 

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now