Dua minggu kemudian.
"Tuan....." Semua pekerja bongkok kan tubuh bila tubuh tinggi lampai itu melangkah masuk ke ruangan mereka, wajah dingin dan tidak bersahabat itu membuatkan sesiapa sahaja takut untuk melihat.
BAM!.
Pakat terkejut semua pekerja yang ada, masing-masing padang sesama sendiri, makin hari makin galak lelaki itu. Sejak pulang dari Paris seminggu yang lepas bos lelaki mereka itu sentiasa di selubungi oleh kemarahan dan kedinginan.
"Weyh, aku makin takutlah...."
"Jangan cakap kau! Aku pun takut....."
"Dah, jom sambung buat kerja nanti tak pasal-pasal kena buang kerja..."
Setelah itu semua bersurai melakukan kerja masing-masing.
Siti Fatimah yang baru sampai, pelik melihat keadaan ruang bahagian pejabat HR kelam kabut ke sana ke mari, sehinggakan kehadiran dia langsung tidak di hiraukan. Mata di bawa pada jam yang ada pada dinding pejabat.
Baru 8 pagi.
Sepatutnya semua masih santai kerana waktu kerja akan bermula pada jam 8.30 pagi.
"Ken! Kau ambil dari bulan 10 tahun lepas sampai bulan lepas, cepat! Aku nak kena filter balik report kewangan ni...." Staf yang paling garang iaitu kak Ella juga turut kelam kabut ke sana ke mari.
Buk.
Tubuhnya tertolak sedikit ke tepi ketika ada tubuh yang meluru masuk dengan tergesa gesa, makin bertambah perasaan ingin tahu di kala ini.
Buk.
Kertas tebal yang dibawa tadi, di letakkan di atas meja yang selalu penuh dengan longgokan kerja, bertambah pula kerja di situ.
"Weyh, faster! Tuan Tariq dah mengamuk tu! Aku baru turun dari sana, aku tak tahulah kalau kita lambat aku rasa meletup office ni nanti...." Amira salah satu assistant manager juga turut tayang wajah takut.
"Oiii, kau berdiri dekat situ kenapa? Cepat ni pergi print ni! Aku nak hantar dekat PA Syakirah nanti!" Halina wanita yang pernah menyerangnya di pantri tempoh hari menjeling dia dengan tajam.
"Semua sebab perempuan sial macam kau! Kalau kau tak datang dalam hidup Puan Deena, mesti semua ni tak berlaku!" Sempat dia maki Siti Fatimah yang masih terkaku.
"Ye dowh, elok-elok Puan Deena tu ada disebabkan perempuan bodoh penganggu rumah tangga macam kau ni habis Puan Deena kami tu lari! Sial Jai kau ni!" Sambil tangan bergerak mulut turut bergerak.
"Kesian Puan Deena! Wanita baik hati macam dia memang tak layak hadap semua ni....nak nangis aku....".
Siti Fatimah masih diam tak berkutik, ditelan air liur berkali-kali, rasa tersekat di kerongkong, semua cacian itu buatkan dia rasa dunianya seakan hancur, acah-acah tersakiti pula.
"Oiiii.....kau tercegat apa lagi? Kau jangan mimpilah nak mengelat! Tuan Tariq sendiri dah keluarkan arahan yang kau tak di izinkan ke sana ke mari dalam bangunan ni! Kau ingat kau dah naik takhta bila Puan Deena dah tak ada? Kau silap! Sebelum kau nak buat semua tu, kau hadap kami dulu!" Ella cekak pinggang sambil mencerlung pandang dia.
Mendadak dia makin terkesima. Tarique Razeen tak benarkan dia merayau merata termasuk pejabatnya?. Apa salah dia?.
Tak hiraukan pandangan maut dari atasannya Ella, dia pusing tubuh bawa menuju lift, jeritan nyaring Ella dia buat-buat tak dengar. Kaki dia bawa ke tingkat 16.
Tin.
Terbuka sahaja pintu lift terus dia meluru keluar, masuk ke ruangan yang penuh dengan pekerja milik Tarique Razeen, pintu pengarah yang tertutup rapat dia dekati.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...