Bab 47

1.2K 74 8
                                    

Tarique Razeen kembali raih tangan Miyya Medeena menuju ke lobi utama, genggaman tangan itu terasa sangat erat seakan tidak mahu melepaskan, kereta BMW miliknya sudah terparking elok di situ.

"kita nak ke mana?" Tanya Miyya bila kaki semakin menapak dekat dengan kereta yang sudah lama dia tidak naiki.

"sayang akan tahu nanti....." Miyya kembali tutup mulutnya, seribu kali dia tanya tetap tak mampu memberi jawapan yang dia inginkan.

Baru sahaja dia ingin melangkahkan kakinya ke dalam kereta, laungan namanya kedengaran nyaring memanggil dirinya, pantas dia cari gerangan yang memanggil, seketika jari-jemarinya tergenggam erat, tubuh sedikit menggeletar namun, dia kawal.

Nafas yang mendesak dia buang dengan kasar, cuba di atur ombak-ombak yang semakin menderu-deru, kali ini dia larikan pandangan pada beberapa staf yang melihatnya, sekali lagi dia kawal kemarahannya.

"Deena....." Tanpa sempat dia duga tangannya diraih terus oleh gerangan itu.

"Don't dare you touch my wife...." Amaran keras Tarique Razeen buatkan gerangan itu makin berdebar.

"Deena, aku minta maaf.....aku tak ada niat nak buat semua ni.....aku tak patut sebarkan cerita ni dekat suami kau, tapi apa yang aku cakap semua kenyataan! Syafiq tu...."

"Syafiq apa? Haaa? Apa lagi Fatimah? Kau nak cerita apa lagi yang aku tak tahu? Dari A sampai Z aku tahu.. aku tak sangka aku ada kawan sekeji kau...." Miyya luah rasa kecewanya.

"Kau tak tahu cerita sebenar Deena....."

"Cerita apa? Cerita apa lagi Fatimah?"

"Syafiq tu memang penagih dadah....kau tak tahu kan?"

"Hahahahha......." Gelakkan Miyya bergema di lobi.

"Setahun Fatimah! Setahun aku tinggal dekat kampung kau! Aku tinggal dengan Ezylin! Sebelah rumah mak saudara kau sendiri! Dan, bila aku tahu cerita sebenar, aku gelakkan diri aku sendiri sebab bodoh percayakan kawan macam kau! Kawan makan kawan!" Tepat ke batang hidung Fatimah yang mengetap bibirnya.

"Kau nak tahu siapa yang cerita semua ni? Kau nak tahu tak? Okey, aku bagi tahu kau ......Mak cik Zaiton! Umi kau yang ceritakan semua dari A sampai Z! Dan semua tu terbukti bila aku sendiri bersua muka dengan Syafiq!" Miyya Medeena kini berdiri teguh di hadapan wanita yang ayu bertudung namun, wajahnya terlihat galak.

"Agaknya kalau aku dengan Syafiq tu berkahwin dulu, silap haribulan aku ni duduk dalam kubur dah kut.... Kan? Ye lah kan, semua lelaki kau nak, semua lelaki yang nak dekat aku kau buruk-burukkan aku! Jangan ingat aku tak tahu Eyma!" Tak tahu dari mana datangnya keberanian itu.

Setelah sekian lama dia pendam rasa amarah itu dan hari ini dia jumpa pula dengan tempat yang sesuai untuk dia lepaskan marahnya, memang dia tak tinggal diam lah.

"Deena, aku tak macam tu, aku ni cuma tak nak kau perbodohkan lelaki je! Kau dah buat dekat Syafiq... tak mustahil kau akan buat dekat Tariq juga kan?" Siti Fatimah tak mengalah, dia juga kena menang hari ini.

"Ya! Memang aku suka perbodohkan lelaki, ya! Betul! Aku suka perbodohkan lelaki supaya Tuhan boleh tunjuk rupa sial kau tu macam mana!!" Miyya tak biarkan lagi maruahnya di pijak.

"Kau tuduh aku nak kikis harta suami aku sedangkan aku layak! Sebab aku isteri dia! Kau? Kau tu hanya naik takhta bila mulut sial kau ni sebarkan fitnah ke sana ke mari, itu sahaja modal kau!!!"

"Deena, kau jaga mulut kau eh, aku tak macam tu!"

"Tak macam apa? Aku sahaja yang tahu perangai sebenar kau! Sebab apa? Sebab masa sekolah aku pernah kena sepak dengan cikgu disiplin hanya sebab nak tolong kau, kau tak ingat?" Siti Fatimah terkedu, terketar-ketar bibirnya seperti ketakutan.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now