Bab 14

1K 63 8
                                    

Tarique Razeen mengorak langkah longlai menuju apartment milik mereka, hatinya seakan berat kerana takut perbuatannya akan membuatkan Miyya Medeena sedih, memang dia tidak kasari wanita itu secara fizikal tetapi perbuatan dia selalu berjaya sakitkan mental wanita itu.

"Kau kena kawal amarah kau, Tariq! Ingat kepulangan kau untuk berbaik bukan berdebat!"

Masuk sahaja ke dalam ruang yang terlihat suram dia sudah mengeluh, bagaimana dia ingin berhadapan dengan wanita itu? Sedangkan hatinya seakan gugup.

Tetapi dia cekalkan hati demi kebahagiaan rumah tangganya. Dia bawa langkah masuk ke bilik, kosong!. Namun, bunyi air dari bilik air membuatkan dia tarik nafas lega, sementara menunggu dia keluar kembali ingin ke sofa.

Tetapi gerakan kakinya seakan terhenti bila telefon milik Miyya Medeena yang ada di atas almari kecil di tepi pintu yang tersambung dengan wayar pengecas berdering nyaring, nama ayah mentuanya naik, lalu laju tangan dia capai telefon itu.

Ragu-ragu juga dia ingin jawab, akhirnya dia biarkan sahaja panggilan itu berakhir, dua kali telefonnya berbunyi memaksa Tarique yang sudah berada di tengah-tengah ruang tamu itu kembali bangun mendekati.

Panggilan tamat.

Tin.

'Miyya, dah tidur ke? Abah ada benda nak cakap ni.... Tadi doktor Rafiq dah call abah, dia nak pastikan abah dah bersedia ke belum untuk jalankan pembedahan tu, dia kata kalau dah bersedia, minta waris datang bayar deposit pembedahan jantung tu...'

'abah harap kamu dah ada lah duit tu, abah masih nak bersama dengan anak-anak abah, tapi kalau tak ada, tak apalah, cuma tu lah abah takut hidup abah tak lama lah, abah belum puas bermanja dengan anak-anak abah ni.....'

Baru sahaja dia ingin balas, telefon kembali berdering, terus dia sambut panggilan itu dengan hati yang membara.

'Assalamualaikum anak abah....'

'waalaikumussalam.....' dingin.

'eh, Tariq! Kamu sihat nak? Lama abah tak dengar khabar kamu.....'

'kenapa? Abah ingat Tariq dah mati ke? Hmmm supaya senang abah nak suruh anak kesayangan abah tu bolot harta Tariq? Macam tu?'.

' Astaghfirullahalazim.... Tariq kenapa cakap macam tu? Abah tak ada niat macam tu, abah cuma nak anak-anak abah bahagia sahaja.....'

'bahagia? Abah nak anak-anak abah bahagia? Sedangkan rumah tangga kami dah hampir hancur sebab penyakit abah! Abah ingat kami bahagia ke? Hah? Setiap hari kami bergaduh hanya sebab duit!'

Bila tiada balasan di sebelah sana dia ambil kesempatan untuk terus memperingati mentuanya itu.

'abah, abah tahu tak, setiap hari isteri saya kena berkerja keras sebab nak selamatkan orang tua yang dah nak mati macam abah, abah tahu tak? Hmmm? Kenapa abah tak mati je? Biarkan kami bahagia tanpa gangguan dari abah, ni dengan bil ubat abah lagi, bil pembedahannya lagi, belum lagi tu, anak bongsu abah yang tengah belajar tu, semua harapkan duit dari kami! Abah ingat kami tak ada masalah sendiri ke?'...

'macam ni lah eh abah, apa kata kalau abah tak payah buat pembedahan tu, lagi pun usia abah pun dah tak lama, sia-sia je kalau buat pembedahan kan? Sia-sia je duit yang kami.....'

Tiba-tiba telefon di tangannya direntap dari belakang, terpana dia seketika, sehingga akhirnya pipinya terasa berpijar dek kerana telapak halus yang mungil hinggap di pipinya.

Pang!.

Berdesing telinga, seketika dunianya terhenti, tak percaya dengan apa yang sedang dia lalui.

'abah nanti Miyya call abah balik ya?'.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now