Dia yang rancang, dia yang merajuk, redflag betul Tarique Razeen ni, kini bertambah lagi seminggu dia tinggalkan Miyya Medeena seorang diri yang terkontang-kanting pergi dan balik, tidur seorang dan habiskan masa di rumah seorang diri.
Tin.
Mata kerling pada mesej yang dihantar oleh Miyya Medeena padanya kemudian dia kembali tatap komputer di hadapannya, sengaja tidak mahu membalas mesej itu tetapi tidak lama, hati mula memberontak ingin melihat isi pesanan itu.
'awak, boleh tak kalau saya nak minta duit nafkah saya untuk bulan ni?'
Baca mesej itu buatkan hatinya makin panas, duit! Duit! Duit!, bukannya bertanya khabar apakah dia sihat tak pun sudah makan? Tetapi duit juga yang di tanya.
'kalau I cakap I tak nak bagi macam mana?'
'awak, janganlah macam ni, saya perlukan duit sekarang, kalau boleh pinjam pun jadilah........'
'no!'
'awak please.......'
'merajuk lah......'
'silakan!'
Terus mesej itu berhenti, tiada lagi tanda-tanda wanita itu akan membalasnya, dia tidak hiraukan walaupun hatinya meronta kerana ingin tahu apa yang sebenarnya Miyya Medeena inginkan.
"Apa lagi yang awak nak buat Deena? Orang miskin memang tak pernah jumpa duit ke?"
Dia lepaskan keluhan yang entah ke berapa kali, tak tahulah apa lagi yang sedang menguji dirinya, dia sayang tetapi lebih memilih ego. Smartphone dia capai kembali lalu dia membuka aplikasi yang menyambung dengan CCTV di rumahnya.
Mungkin di saat sekarang Isterinya tidak ada di rumah kerana berkerja tetapi niatnya lain, dia ingin ulang kembali aktiviti Miyya yang tertangkap oleh kamera semalam dan kelmarin.
Namun, dahinya mula berkerut bila terpandang sosok si isteri sedang masuk melulu ke arah bilik mereka, kerana tidak sedap hati dia ikuti langkah si isteri.
Buat apa dia di sana waktu-waktu begini. Serentak mata membutang, rahang bergerak-gerak dan buku lima terbentuk melihat objek yang di ambil oleh isterinya dari atas meja solek, cepat-cepat dia bangun dan berlari keluar secepat mungkin.
Miyya Medeena pandang layar telefon lamanya, panggilan dari Maisara Maleena tadi buatkan dia semakin buntu, kenapa di saat begini pihak kolej Maisara melakukan aktiviti luar yang memerlukan kos pembiayaan yang sangat tinggi. Dari mana dia ingin cekau duit sebanyak itu.
"Mana aku nak dapat duit lima ratus tu? Dalam bank pun seribu je, nanti bil abah lagi, macam mana ni? Aku baru je start kerja, gaji mana nak cukup, dengan duit transport lagi, tak kan aku kena makan roti je? Kesian baby....." Bermacam-macam jenis keluhan dia keluarkan.
"Try minta dekat Tariq lah, duit nafkah aku sebulan dia janji seribu lebih hari tu, tapi macam mana? Dia pun dah benci aku....." Ragu-ragu rasa di hati. Macam-macam yang terbelenggu di hati.
Ditelan mati emak diluah mati bapak.
"Cuba je lah dulu, kalau dia tak bagi aku buat-buat merajuk, tapi kalau dia tak termakan juga, kena pasrah lah...."
Dia mulakan perbualan mesej dengan suaminya dulu, dan tembakan dia benar apabila lelaki itu seakan tidak mahu menolong dia lagi.
"Huft, kan dah kata.....mana lagi aku nak dapat duit ni?" Termenung dia seketika, muncung mulutnya berfikir.
'kolej Mai tak bagi student dia bekerja takut nanti tak sempat belajar......'
Sebab ni lah dia janji untuk tanggung kos pembelajaran adiknya, Maisara Maleena. Pada mulanya adik perempuannya itu berniat ingin berkerja sambil belajar tetapi bila di beri amaran oleh pihak kolej buatkan, dia yang berjanji akan membantu.
![](https://img.wattpad.com/cover/374164716-288-k677934.jpg)
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...