Tarique Razeen lempar baju kemeja yang tadi dia pakai ke atas tilam dengan kuat, dadanya turun naik menahan kekesalan, kenapa dia bodoh sangat rancang benda merapu macam ni? Niat ingin sakitkan hati si isteri, eh malah dia yang sakit hati.
"Kenapa kau hina dia Tariq! Kenapa?"
Rambut yang sudah serabut di kacau tadi, di ramas pula, rasa bersalah, sedih dan marah bercampur sekali membuatkan dia betul-betul menyesal.
Seminggu dia hilangkan diri kerana ingin menunjuk bahawa dia sedang marah besar pada Miyya Medeena, semua panggilan dan mesej wanita itu dia sengaja abaikan walaupun hatinya membuak-buak ingin membalasnya. Sempat dia sekat si isteri kerana ingin membalas setiap mesej, setelah itu dia buka kembali selatannya, dengan berbuat begitu barulah dia akan rasa lega.
Dia dapat menahan rindunya selama seminggu ini kerana dia boleh melihat setiap gerakan si isteri melalui CCTV yang ada sedangkan si isteri hanya mampu mencium bau bajunya. Kerana itu juga dia pulang ke rumah, kasihan pada si isteri, bukan dia tak lihat betapa rindunya dia pada dirinya.
Tetapi tak sangka pergaduhan pula yang berlaku, semua berpunca daripada rancangan bodoh dia, kalau tahu wanita itu akan marah begini dia tak akan guna rancangan Siti Fatimah ini.
Teringat di mana dia secara tidak sengaja terjumpa kawan isterinya tadi sewaktu pulang dari melakukan perjumpaan dengan pelabur asing tadi. Sudah berhari-hari dia mengelak dari berhubungan dengan perempuan itu tetapi hari ini dia terpaksa juga.
"Awak tak ajak Deena sekali ke pergi rumah mommy awak?"
"Tak! I dengan dia tengah bergaduh!"
"Bergaduh? Kenapa? Dia buat salah apa lagi?" Main tuduh sahaja.
"Tak ada apa-apa pun, saja nak gaduh dengan dia!" Malas sebenarnya, dia dapat rasakan wanita ini ada hati pada dia.
"Pelik!" Wanita itu nampak ragu tetapi Tarique pilih abaikan.
"Haa, awak kenapa tak balas mesej saya?" Setelah tiada topik yang ingin dibincangkan, dia ambil kesempatan untuk bertanya tentang ini.
"I busy, family I ada buat family day, lepas tu I kena pergi meeting pula sebab tu tak sempat nak main phone sangat."
"Owh, faham....sekarang ni Deena masih marah dengan awak ke?" Siti Fatimah seakan tidak puas dengan jawapan tadi, dia nampak ingin mengorek lagi.
"Tak marah cuma merajuk, dia tak nak cakap dengan I! I pun tak tahu macam mana cara nak bagi dia tunjuk sikap sebenar dia, macam-macam I buat tapi dia tetap sama, tenang, macam tak ada apa-apa...."
"Ye ke? Tak tahu lah dengan dia, dia tu kadang kita boleh baca fikiran dia kadang tak, sebab tu kita tak tahu apa yang dia sedang buat...." Siti Fatimah masih bersikap seolah-olah mengambil berat.
"Ke awak nak saya tolong buat dia marah awak? Supaya awak ada alasan kenapa buat dia macam tu....."
Tarique Razeen keraguan, wajah wanita yang kelihatan galak di hadapannya cuba dia selami. Kemudian, dia tarik nafas dan membetulkan duduknya.
"Apa yang boleh you tolong?"
"Kita buat dia jealous, awak sembur perfume wanita pada baju awak dan letak sikit kesan lipstik dekat leher baju awak kemudian awak balik, tengok macam mana reaksi dia...." Tarique picit dagu seperti berfikir sebentar.
"Kalau awak nak, awak boleh pakai perfume saya, dan lipstik saya....nah...." Sebotol minyak wangi dan sebatang lipstik dihulurkan tetapi Tarique tidak menerimanya.
"It's okey! I ada semua ni, tak apalah I kena balik dulu, I kena ke rumah mommy I! Terima kasih sebab tolong I! Sebagai tanda terima kasih I belanja you hari ni! Bye!"
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...