Bab 54

1.3K 66 6
                                    

Miyya Medeena hantar senyuman manis pada Maisara Maleena yang sedang tersenyum canggung di sebelah adik iparnya, Zulkepli Hilal yang tersenyum lebar. Dari riak wajah adiknya dia tahu, wanita itu seakan kekok berada dalam situasi ini. Setelah apa yang terjadi sebelum ini dia memilih damai kerana anak-anaknya.

'aku doakan kau bahagia....'.

'abah mesti bangga dengan kau.....'.

Sedangkan Maisara Maleena yang sedang duduk di pelamin seakan mati kutu bila tangannya di genggam erat oleh lelaki di sebelahnya yang kini sudah sah menjadi suaminya seakan mereka adalah pasangan yang sedang hangat bercinta. Melihat kegembiraan di wajah lelaki yang tua lebih dari 15 tahun darinya itu membuatkan dia makin di landa kerisauan.

Mana tidaknya, dia baru berusia 20 tahun sedangkan lelaki itu berusia 35 tahun, mahu tidak otaknya berfikiran negatif. Perlahan dia dekatkan bibirnya ke arah lelaki yang asyik bergambar. Sempat dia hadiahkan senyuman pada kamera-kamera yang terus menerus mengambil gambar mereka.

"Pssst, bos! Jangan lupa ye janji kita?" Maisara mula bertanya kerana takut.

"Janji? Janji apa?" Hilal buat-buat senyum ke arah kamera yang datang dari segala arah.

"Janji kita! Kan kita kahwin sebab anak-anak bos....jadi, tak ada malam per.....".

"Nanti kita bincang balik, sekarang fokus dekat kamera dulu, perkahwinan kita satu dunia tengok ni..... Ingat! Sekarang awak dah jadi salah satu kerabat diraja.... Pasal tu nanti kita bincang lain....." Kata-kata itu mampu membuatkan Maisara Maleena telan air liur, kembali mengadap ke arah kamera dia tarik senyuman palsu.

Zulkepli Hilal tersenyum dalam hati melihat kelakuan isteri kecilnya, makin bahagia dia rasakan ketika ini, mendapat isteri sederhana seperti gadis ini berjaya membuatkan impiannya selama ini tercapai, bukan kerana dia dapat pucuk muda seperti usikan para kerabat.

Kenapa? Bukankah dia pernah berkahwin dulu? Ya! Wanita idaman yang dia sangat inginkan adalah wanita yang sederhana, arwah isterinya dahulu lebih kepada wanita berkerjaya sehinggakan semua kelengkapan dirinya di siapkan oleh pembantu sedangkan impiannya dia ingin semua itu dilakukan oleh isterinya sendiri namun, dia tidak pernah menyalahkan takdir, dia terima Maira Dalinda seadanya.

Bila dia redha dan lebih mendahului isterinya, takdir tak pernah menghampakan dia walaupun dulu sempat dia jatuh kerana perginya isteri tercinta setelah anak kembarnya lahir, kini takdir menggantikannya dengan gadis impian yang dia kagumi.

Tetapi bukan bermaksud dia seperti mengambil kesempatan terhadap kelebihan Maisara tapi jujur hatinya sudah terlanjur jatuh cinta sejak tahu niat gadis ini, jadi dia tekad untuk mengikat gadis ini dengan alasan anak-anaknya walaupun sempat di tolak oleh Maisara.

Janji-janji yang dia taburkan untuk mendapat kepercayaan gadis itu semuanya hanya alasan untuk dia ikat gadis galak itu, cinta selepas kahwin mungkin lebih menyeronokkan bukan?, janji yang paling ditakuti gadis itu semestinya sesuatu yang menyakitkan tapi madu baginya.

'maaflah Leena, I tak janji boleh tunaikan janji tu ke tak...hehehe'.

Semua orang gembira di hari pernikahan kerabat diraja itu, Tarique Razeen juga turun mengatakan rasa bersyukurnya setelah kejadian tempoh hari, dia mula berdamai dengan hatinya yang masih tidak mampu terima dengan apa yang sudah dia dan Miyya Medeena lalui namun, semua ini cukup memberinya pelajaran.

Hari ini dia kembali melihat senyuman tulus isterinya yang sudah menghilang setelah perlakuan dia yang kejam, walaupun senyuman itu akan terhenti bila mengadap dia, dia tetap bersyukur kerana wanita itu tetap berada di sisinya hingga ke hari ini.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now