Bab 32

1.2K 74 8
                                    

Tarique Razeen garu kepala yang tidak gatal, email tentang peringatan mesyuarat tergempar yang akan di adakan di Paris esok membuatkan dia terus menerus mengeluh, jauh di sudut hatinya ingin membawa Miyya Medeena sekali kerana itu adalah impian isterinya dulu sewaktu mula-mula mereka berkahwin. Tetapi keadaan memaksa mereka agar terus berjauhan dan desakan dari Puan Zahirah buatkan dia makin kusut.

"kamu nak ke Paris tu bawa sekali Fatimah, dia tu pun perlu tahu skop kerja dekat sana macam mana walaupun dia masih praktikal, mana tahu nanti dia boleh handle syarikat besar lain....." 

Tak tahu macam mana reaksi dia ketika itu, diluar jangkaan dia, tak sangka Mommy ada pemikiran begitu. Nasib ada Tihani yang menyokongnya dari belakang walaupun sindirannya pedas yang amat.

"Eh, kenapa pula Mommy? dia tak ada kena mengena dengan kita My! Dia orang luar, apa kata orang kalau perempuan ni ikut angah? Angah suami orang! Dia ni pula kawan baik kak Deena! Mommy kenapa nak dia ikut angah? Mommy nak dia jadi menantu Mommy ke? Kalau macam tu Hani suruh kak Deena tuntut cerai dekat angah nak?". Dia jeling Siti Fatimah yang asyik menunduk.

"Bukan macam tu Hani, Mommy cuma nak tolong Eyma je, dia tu masih belajar macam kamu dulu, tak ingat? kalau dia dapat markah tinggi tak susah lah nanti dia nak dapat kerja dekat luar sana....." Puan Zahirah juga keliru dengan pemikirannya kini.

"dapat kerja? Mommy dia boleh usaha sendiri! sebab dia datang dari keluarga sederhana, masih lagi mampu nak makan, nak beli kereta...... lainlah kak Deena, kak Deena tu bijak tau mommy cuma malangnya dia datang dari keluarga susah sampai angah sanggup tinggalkan dia sebab perempuan ni!" Tihani langsung tidak bertoleransi dengan Fatimah yang tayang wajah sedih.

"Kalau betul lah angah nak dekat perempuan ni, Hani akan carikan lelaki kaya dan penuh kasih sayang untuk Kak Deena, because what? sebab kak Deena layak dapat lelaki lebih baik dari angah.....". Tepat kena batang hidung Tarique yang terkedu.

"Eh, ke situ pula, mommy pun tak nak angah dengan Deena berpisah! dia menantu mommy..." Puan Zahirah jeling anak bongsunya.

"habis tu kenapa nak perempuan ni pergi dengan angah? mommy tak takut daddy tahu?"

"mommy......cuma nak dia belajar je, bukan niat mommy nak suruh dia pergi berdua, sebab Aron pun akan turut serta jadi, mommy nak kamu pergi juga teman suami kamu....." Puan Zahirah mengeluh, anak perempuannya salah sangka dengan niatnya.

"Hani tahu Aron kena ke sana juga tapi Hani tetap tak nak angah pergi dengan perempuan ni... kesian kak Deena, macam mana kalau dia tahu perempuan ni pergi sekali? Walaupun bukan sebagai tetamu? mommy tak terfikir macam mana perasaan dia bila tahu mommy suruh kawan dia dampingi suami dia ke meeting besar macam tu? sedangkan dia tak pernah pergi? Apatah lagi perasaan kak Deena bila tahu mommy ajak dia ni join kita sekali masa kita ke Bali hari tu? cis, konon nak bercuti tapi asyik terserempak je dengan kita, macam mengikut kita sahaja! licik betul!". 

Terkunci rapat mulut Puan Zahirah ketika itu, langsung tak terlintas semua itu. Apa yang dikatakan adalah benar belaka, macam mana kalau Medeena tahu? mesti hatinya terluka. Keadaan tiba-tiba hening, masing-masing dalam pemikiran sendiri.

"aunty tak apalah, Eyma tak kisah, cuma untuk report je, Eyma boleh minta tolong Hani ambilkan gambar....." Siti Fatimah ukir senyuman paksa. Wajah Tihani yang masih mencerlung ke arahnya dia pandang tenang, hanya dalam hati tahu macam mana sumpah seranah bermaharaja lela.

"tak apalah mommy, Tar kena pergi dulu, daddy nak jumpa Tar....." Tarique bangun mendekati Puan Zahirah dan menyalami tangan itu, tidak tunggu dia terus berlalu keluar dari rumah besar itu, makin teruk nanti, silap-silap dia yang mengamuk.

"Apa motif kau Siti Fatimah? kau sengaja nak bagi abang aku bergaduh dengan isteri dia ke?" Tak hiraukan renungan Puan Zahirah dia terus serang wanita itu.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now