"Hil, aunty Zahirah call mama tadi, dia cakap kamu dah jumpa dengan anak dia, betul ke?" Zulkepli Hilal yang sedang mengadap laptop di atas ribanya, pandang Puan Sri Zahlia yang baru labuh kan punggung di sebelahnya.
"Hmmmm....pagi tadi!"
"Alhamdulillah, jumpa pun korang berdua....." Keadaan kembali sunyi setelah itu, Hilal yang tenggelam dalam dunia kerjanya dan Puan Sri Zahlia yang mencari akal untuk mengusik si anak sulungnya.
"Aunty Zahirah ada ajak kita ke pesta sambutan hari ulang tahun syarikat suami dia, dia minta sangat kita pergi....nak tak?"
"Hil, busy mama, banyak kerja yang Hil kena buat, minggu depan Hil dah nak ke US!" Dingin.
Lelaki ini sememangnya tersangat dingin dan mendominasi. Tiada yang boleh di bandingkan dengan lelaki yang sudah mencecah 35 tahun itu, setelah arwah Tengku Hail meninggal, semua aset dan peninggalan papanya dia yang ambil alih seawal umur 24 tahun. Walaupun, dia sering kali terlibat dengan beberapa kerabat raja yang lain dalam beberapa majlis tetapi dia lebih suka sembunyikan identitinya sebagai kerabat dekat keturunan Raja kerana dia bukan pentaksub pangkat dan kebesaran.
"Tapi diorang buat dekat Marina Island tau...." Mendadak jarinya yang lincah bermain di atas papan kekunci tadi terhenti.
Puan Sri Zahlia kuntum senyuman dalam diam, sengaja sebenarnya dia ingin lihat reaksi anaknya itu.
"tapi kalau Hil tak nak pergi, tak apa lah......mama ajak Ely je lah.....sekali dengan Hier dengan Sara......" Puan Sri Zahlia ura-ura ingin berlalu pergi.
"kalau mama nak pergi, Hil okey je.....lagipun tak ada siapa yang nak bawa mama ke sana kan? Hil boleh bincang projek baru dengan uncle Talha...." Puan Sri Zahlia tahan senyumannya bila anak lelakinya itu seakan gelabah sedikit.
"Eh, tak apa lah.....kan Hil busy....mama pergi dengan Ely je, lagi pun tunang Ely pun pergi juga... boleh minta tolong dia bawakan kami...."
"Mama......boleh tak jangan membantah? Hil risaukan mama, Hil tak boleh biar mama ke sana tanpa pengawasan...." Hilal nampak tidak putus asa.
"Tak apa, Hil boleh tolong mama hired kan body guard untuk mama kan? Jadi, tak susahkan Hil nanti....." Puan Sri Zahlia tak habis-habis lagi mengusik duda anak dua ini.
"Che Puan Sri Zahlia binti Abu Bakar......" tegas dan dingin.
Puan Sri Zahlia lepaskan ketawa besar apabila melihat wajah bengis Hilal tapi yang jadi tawaan nya adalah wajah merah yang bersemu di sosoknya seperti sedang malu sahaja. Bila renungan tajam Hilal tepat ke arahnya dia segera berlari menghilang bersama ketawa besarnya tadi.
"Suka bilang loh.....!" kedengaran jeritan sakat dari mamanya, seketika dia mengulum senyuman.
Tiba-tiba wajah garang gadis itu menyerbu masuk bersama rasa bahagia yang sukar di gambarkan. Walaupun gadis itu sukar menunjukkan sikap ramah setiap kali bersua muka dengannya tetap sahaja dia jatuh cinta, gadis itu sangat sesuai dengan seleranya.
"I akan pastikan kita berjumpa lagi nanti!". Bisik dia perlahan.
' Marina Island? hmmmmm.....dekat dah tu.....' tiba-tiba tanpa sedar senyuman wujud di bibirnya buatkan Puan Sri Zahlia tersenyum di sebalik langsir tingkat atas.
"mama harap dia jodoh kamu, Zulkepli Hilal."
****************
Sepanjang perjalanan ke Perak, Tarique Razeen terlihat sedikit bersemangat namun, tidak terlalu bersemangat, semua ingatannya tertuju ke mana isterinya pergi dan bersembunyi. Sudah hampir setahun dua bulan dia langsung tak dapat jejaki ke mana Miyya Medeena pergi.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...