Tarique Razeen tiba tepat setelah ambulans yang membawa Miyya tiba di jabatan kecemasan, laju dia turun dan berlari ke arah sosok Miyya yang sedang didorong masuk dengan cepat.
"Encik! Encik tak boleh masuk! Encik tunggu ke luar dulu....." Jururawat menghalang dia dari terus menerpa masuk, kerana pintu di hadapannya sudah tertutup dia tak mampu lagi melihat keadaan Miyya.
"Ya Allah....engkau selamatkanlah isteriku......". Tak kuasa dia tahan air mata, akhirnya dia lepaskan juga sesak di dada sambil memegang wajahnya.
"Bertahanlah sayang....." Hatinya bergumam sendiri.
Sejam lebih dia tunggu dan setelah itu pintu tadi terbuka dan seorang jururawat menghampiri dia.
"Encik ni suami kepada Patient Miyya Medeena ke?" Tarique angguk lemah.
"Okey Encik macam ni, sekarang isteri Encik sudah di bawa ke bilik pembedahan setengah jam yang lalu, di minta Encik menunggu di depan bilik bedah ya? Dan, sebelum itu, doktor nak jumpa Encik...." Seraya itu seorang doktor lelaki keluar mendekati mereka bersama file di tangan.
"Doktor Ragavan, ini suami patient tadi...." Jururawat bernama Fatihah itu mundur sedikit.
"Sorry Encik, maaf sebab I tergesa-gesa ni, sebab your wife kritikal, darah dia banyak hilang dan tembakan itu tepat ke arah leher yang menjadi salur utama pernafasan, menyebabkan bengkak dan menyukarkan patient untuk bernafas, sebab tu I dan doktor lain decided bawa dia terus ke bilik bedah untuk keluarkan peluru segera, saya perlukan tanda tangan Encik dan meminta Encik untuk setuju dengan usulan pakar bedah untuk segera menidurkan patient kalau keadaan dia tak stabil....."
"Tidurkan patient? Apa risikonya doktor?" Tarique makin berdebar-debar.
"Risiko apabila sudah di tidurkan adalah kematian! Jika, patient mampu melewati tahap kritikal maka dia akan sedar tapi bila patient gagal maka, kami tak mampu lagi buat apa-apa.....".
Luruh semua keegoannya dan juga keberaniannya sebagai seorang lelaki ketika ini, usulan-usulan itu satu pun tak mampu dia lakukan, semuanya membahayakan nyawa si isteri.
"We need faster.... Kalau tak patient boleh mati kerana pembengkakan yang maximum.... Bahkan, patient juga kehilangan banyak darah....itu...."
"Baik! Baik! Lakukan yang terbaik untuk selamatkan isteri saya.... apa-apapun! Janji dia selamat doktor...." Tarique tak mampu lagi berfikir dalam keadaan serabut begini, yang dia mampu lakukan adalah pasrah.
Semua ahli keluarga menunggu dengan penuh harapan untuk Miyya Medeena terus terselamat dari ambang kematian, Bahkan, Tarique terus menerus melakukan solat hajat dan taubat. Doanya hanya satu.
Kesembuhan Miyya Medeena.
"Ya Allah, izinkan aku menjaganya lagi, aku masih belum mampu kehilangan dia....." Rintihan demi rintihan dia ajukan sehingga akhirnya pintu dewan bedah terbuka lebar, sebuah katil yang menempatkan Miyya Medeena di sorong keluar lantas, tanpa menunggu mereka terus berlari menuju bilik yang tidak jauh dari bilik bedah tadi.
Tarique Razeen cuba mengejar tetapi masih sahaja tidak sempat, pengawal yang menjaga melarang mereka masuk sebelum mendapat kebenaran dari doktor.
"Macam mana ni?" Tarique mundar-mandir kerana hatinya yang tidak keruan, berkali-kali dia raup rambutnya ke belakang. Kerana ketakutan yang amat sangat dia mendongak niat untuk menghilangkan debaran di dada namun, makin berdebar bila terbaca nama bilik yang tertulis di hadapannya ini.
Ruang ICU.
Lemas lututnya, sempat Hilal sambut tubuh lembik Tarique, lelaki itu sudah kehilangan jiwanya, teresak-esak dia bila teringat dia bakal kehilangan isterinya lagi, kali ini mungkin buat selamanya.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...