Setahun kemudian......
"Miyya, kenduri Zaza hang pergi dak?".
"Kenduri dia bila eh? Aku lupa lah, tapi rasanya aku dah minta cuti hari tu.....sat aku tengok balik jadual aku!" Miyya belek telefon bimbit baru yang dia beli selepas bersalin dulu.
"Haa....aku cuti, kan dia kata nak minta kita tolong rewang kan? Dia dah book aku untuk masak lauk pengantin!"
"Amboi, siap booking dah minah tu!" Dengar ketawa mereka bergema.
"Mimi, hang meniaga bila?"
"Esok! Rini memang aku cuti, Rabu! Pasar malam!" Syamimi jawab walaupun mulutnya penuh dengan nasi.
"Weyh, sapa lagi ada nanti?" Miyya Medeena bertanya sambil suapkan kerabu Maggi dalam mulutnya.
"Bibah kata dia nak sponsor cucuq udang! Ikha kata dia nak buat aiskrim Malaysia!".
"Ramai juga noh!"
"Jue pun ada"
"Kakak dia menikah memang la dia ada! Mung laaaa...." Ezylin tepuk bahu Syamimi yang ketawa.
"Weyh, hang ni! Baru lepas beranak ja, habis sayur ulam hang tibai! Sakit sat lagi aku tak tau la....." Miyya hanya hadiahkan senyuman minta di bantai.
"Weyh, anak hang tu sapa jaga? Hang kerja ni...."
"Kak Irah! Dia tolong jaga, aku bayar dekat dia....anak aku bukan minum susu badan, susu aku tak dak, aku duk bagi susu Dugro tu! Yang tu ja mampu!" Miyya tayang wajah sedih, sengaja sahaja.
"Alah, tak pa! Asalkan depa dua sihat sudah! Ni anak perempuan hang tu, okey dak lagi?" Syamimi rapatkan badan pada Miyya yang masih sibuk dengan makanannya.
"Alhamdulillah, sihat dah cuma tu lah, jantung dia lemah, nak operate kecil lagi.... Dia duk macam tu lah, tak boleh penat nanti dia pengsan....." Tiba-tiba hatinya sebak mengenangkan nasib si anak bongsunya.
"Jantung dia kenapa? Lemah ka berlubang?"
"Lemah! Dia kena banyak berehat, tak boleh banyak terkejut atau pun buat kerja berat, aku pun dah runsing nak buat apa....." Miyya letakkan kembali bekas makanannya. Seleranya mendadak hilang.
"Habis tu, yang hang cakap operate tu untuk apa?".
"Aku pun tak pasti, cuma doktor kata nak buat scan detail lepas tu baru boleh cari solusi dia....tapi tu pun kena tunggu besar sikit dalam setahun macam tu...." Ezylin usap belakang dia, berikan semangat.
"Kesian dia kan, kecil-kecil dah kena tanggung semua tu! Tapi tak apa! Aku tahu dia kuat macam hang, mesti dia boleh hadap semua ni! Aku gerenti punya!" Syamimi cuba mengembalikan senyuman Miyya yang tadi menghilang.
"Insyaallah, aku tahu anak aku kuat!" Miyya cuba kuatkan hati yang tadi mula bergelora.
Ingatkan dia akan kembali bahagia seperti dulu di saat dia belum berkahwin tetapi siapa sangka, ujian-nya masih berterusan dengan kesihatan anak-anaknya. Tetapi dia tidak salahkan takdir, dia cuba terima dengan redha.
"Anak hang berapa bulan dah?"
"4! Nak masuk 5!"
"Tak pa, kita doa banyak-banyak!"
"Amin...."
"Weyh, jom pergi rumah Zaza, aku nak tengok apa yang patut, esok lusa ja kenduri dia.....kesian dia sorang-sorang pula tu...."
"Boleh juga aku nak balik rumah kejap tengok anak aku!" Miyya turut kemas semua yang ada di atas meja.
"Jom...." Mereka masing-masing bersurai dengan menaiki motor.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...