Tarique Razeen menunggu gilirannya disuap dengan sabar, sampai gilirannya terus dia nganga luas, Miyya Medeena nampak terkedu, mahu tak mahu saja dia ingin suapkan. Sesekali dia pandang bubur si baby yang tiada rasa, arghh lantaklah nak sangat kan. Okey, bubur ayam yang dia buat tak nak makan, nak juga yang anak-anak punya, haaaa ambil.
"Aaaaaa...ngap......" Lelaki itu tersengih-sengih macam kerang busuk di hadapannya, namun yang membuatkan hati Miyya luluh, lelaki itu nampak bahagia.
Ulang-ulang dia suap anak dan suaminya, hingga entah bila mereka masuk dan bila mereka datang pun tak tahu, muncul Puan Zahirah dan Encik Talha dari balik pintu dapur, terkejut bukan kepalang Miyya ketika itu.
"Mo...mommy...." Pertama kali setelah keluar dari hospital tempoh hari dia kembali bersua muka dengan mak mentuanya.
"Eh, mommy! Daddy! Bila sampai...." Tersengih-sengih Tarique bangun dari duduknya lalu mendekati Puan Zahirah, dia hulurkan tangan untuk bersalam kemudian dia beralih pada Encik Talha yang tersenyum.
"Deena......"seru Puan Zahirah lembut, Miyya letakkan mangkuk bubur tadi lalu menghulurkan tangan untuk bersalam, begitu juga dia lakukan pada Encik Talha.
"Deena sihat?" Miyya angguk menampakkan kekok.
"Makan apa tu?" Puan Zahirah mendekati dua orang cucunya yang asyik dengan mainan mereka dan mulut yang penuh dengan kesan bubur.
"Bubur mommy......"
"Aik? Tar makan bubur baby ke?" Tarique angguk lagi.
"Eh, kenapa dengan muka kamu tu Tar?" Terkejut dia bila lihat wajah membiru anak lelakinya, tadi sungguh dia tak perasan kerana fokus pada Miyya.
"Gaduh dengan member tadi...."
"Haa?!!" Puan Zahirah ingin bertanya lagi namun, isyarat dari Tarique menghentikan niatnya, kembali pandang Maliq dan Maura, dia pandang pula Miyya yang hanya diam dengan wajah santai.
"Deena, hari ni mommy nak bawa Maliq dengan Maura ke rumah mommy, mama long nak tengok anak Tar .... Deena ikut Mommy ke sana eh?...." Miyya nampak ragu-ragu, Maura dan Malique dia kerling sekejap.
"Boleh ya Deena? Jom, lah....lagipun hari tu Deena tak sempat jumpa keluarga belah daddy kan?" Miyya diam lagi.
Bila perkataan keluarga di sebut, hatinya jadi sebak tiba-tiba, wajah Encik Muaz terus bermain di mata, tak tahu kenapa berat hatinya ingin mengiyakan, rasa sakit di hati seakan direndam dalam lautan yang tenang sehingga dia tak mampu menolak.
"Boleh ya? Malam ni mama long datang....Jom kita pergi sana ye?" Tak tahu dari mana datangnya keikhlasan dia angguk dengan perlahan.
"terima kasih sayang..." terasa tubuhnya dirangkul oleh Puan Zahirah, dia hanya balas dengan senyuman kecil.
'Ya, Allah.... harus apa lagi aku? Memaafkan? Aku sudah memaafkan..... Melupakan? Sungguh menyeksakan, melupakan apa yang pernah mereka lakukan pada aku sangat tidak wajar.....namun, apakah aku punya pilihan? Tinggal atau pergi?'.
*******************
Miyya Medeena memandang sepi pusara Encik Muaz dengan mata kabur, air mata yang bertakung tidak mengizinkan dia melihat dengan jelas pusara itu, hancur lumat ketika mengingatkan semua yang pernah lelaki tua ini lalui.
Teringat dia bila terpandang wajah sayu Encik Muaz ketika menunggu giliran sewaktu temujanji di IJN sebelum dia di sahkan meninggal.
Wajah itu terlihat tenang namun, ada kerisauan di situ, bukan dia tidak perasan abahnya itu seringkali mencuri lihat gerak-gerinya yang cuba menghubungi suaminya yang langsung tidak peduli.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romans🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...