Tarique bawa langkah longlai masuk ke perkarangan rumah Mommy, dari luar dia dengar suara-suara ahli keluarganya yang sedang bersuka ria bercerita sana sini, perlahan juga dia menapak masuk.
Bila Tarique masuk sahaja, semua gelak ketawa tadi seakan lenyap sekejap, dia tak peduli, dia kembali bawa kaki terus ke bilik dia di tingkat atas.
Tak sempat Tarique Razeen panjat tangga, suara Taufique Reyhan kedengaran memanggil, dia tak pandang tapi kakinya berhenti rapat di hadapan tangga, dia cuba berlagak tenang walaupun pada hakikatnya hatinya sudah hancur lebur.
"Angah, pergi mana? Mari duduk dengan kami ni, Mommy cadang nak buat family day...." Tersentak Tarique Razeen.
Puan Zahirah nak buat hari keluarga di saat-saat macam ni? Di saat Miyya Medeena hilang tak dapat di kesan?. Dia panggung wajah mencari wajah Puan Zahirah yang juga tenung dirinya, Perlahan dia merapat dengan wajah membahang.
"Mommy nak buat family day? Masa-masa macam ni? Mommy, Deena hilang tau! Isteri angah hilang! Mommy masih boleh fikir nak pergi bercuti?" Tak sedar suara sudah sedikit melantun.
"Sabar angah, duduk dulu......" Taufique Reyhan tarik dia untuk duduk di sebelahnya, wajah garang Tihani Rose buatkan dia makin geram.
Adiknya itu sejak kehilangan Miyya Medeena, sikapnya berubah galak 360 darjah, setiap kali dia akan di persalahkan dan setiap kali itulah dia tak mampu bersuara.
"Mommy tahu Deena hilang, sebab tu mommy nak ajak kita bercuti dekat kawasan dia, kita bercuti dekat tambun atau kuala Kangsar, mana tahu kita jumpa mereka, kita tak tahu mana diorang pergi kan? Tak salah kalau kita cuba....mommy pun risau mana Deena pergi, mommy jadi takut bila tengok berita sekarang, banyak sangat jumpa mayat tepi jalan......" Kerisauan Puan Zahirah buatkan Tarique makin rasa bersalah.
Perlahan amarahnya kian mengendur, semua kejutan tadi buatkan dia ingin mengalah sahaja, dia sedar egonya terlalu tinggi bila dia letak duit diatas segala-galanya, dia ingat dengan duit dia mampu buat semua wanita di luar sana akan patuh dan takut kehilangannya tapi nampaknya dia salah dalam menilai dan tak salah dalam memilih cuma sahaja egonya yang meninggi.
Tak mampu lagi dia tahan, rasa yang dia pendam membakar seluruh kekuatannya, wajah Puan Zahirah dia curi pandang.
"Mommy.....boleh tak kalau kita tangguhkan dulu? Angah.....angah tak kuat....." Akhirnya setelah bertahan sepanjang perjalanan tadi, dia pilih untuk luahkan apa isi hatinya.
"Angah, kenapa ni?....kenapa macam ni?" Puan Zahirah nampak bimbang bila Tarique sudah tersengguk-sengguk menahan hiba.
Tanpa banyak bicara, tangan kekar yang terketar-ketar itu menghulurkan kertas tadi, dia letak betul-betul di atas meja buatkan mereka semua makin tertanya-tanya.
Kerana geram dengan dia, adiknya Tihani rebut kasar kertas itu lalu membukanya, seketika dia terpegun, mata turut membesar, amarah naik ke ubun-ubun.
"Kau memang tak guna angah! Kau tak guna! Kalau aku tahu dari dulu memang aku bunuh kau! Memang patut pun kak Deena blah! Sebab kau lelaki tak guna! Jadi, suami pun tak guna, jadi bapak pun tak guna! Elok lah kak Deena lari bawa anak dia! Baru padan muka kau!" Kertas tadi dia lemparkan biar melayang ke udara.
"Kenapa ni Hani? Apa semua ni? Mommy tak faham....." Puan Zahirah pandang silih berganti kedua anaknya. Seorang menunduk seorang dengan kemarahan kemudian beralih pada kertas yang sudah kembali berlipat.
"Kak Deena mengandung! Dan anak mommy ni punca....!"
"Ya Allah........" Tertunduk lesu Puan Zahirah, kenapalah besar sangat dugaan anak-anaknya?.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...