Bab 30

2.2K 93 9
                                    

Pov Tarique Razeen.

Tarique Razeen tekan pedal minyak sekuat hati, hatinya gundah gulana, sepanjang perjalanan wajah sendu Miyya Medeena bermain di fikiran, makin hari makin dia tak mampu memadam rasa rindu dihati. Memang niatnya datang ke situ untuk melepaskan rindu yang kian menyeksakan.

"Tariq, kenapa dengan awak ni? awak sengaja pergunakan saya ke? sengaja nak sakitkan hati Deena dengan pergunakan saya? macam tu?" Siti Fatimah renung wajah Tarique yang masih fokus pada pemanduan.

"Tariq! awak dengar tak? awak tak boleh pergunakan saya macam ni! macam mana kalau Mommy awak tahu? Mommy akan marah tau! awak ingat tak hari yang kita pergi kedai Bakeri tu? Mommy marah sebab awak abaikan saya! saya tak bagi tahu awak sebab saya tak nak keruhkan lagi keadaan!" Siti Fatimah cuba tusuk jarum pada lelaki yang jelas suami kawannya sendiri.

"Tar....."

"Diam bodoh! diam! sekali lagi kau bising aku tinggal kau dekat sini!" Tarique mencerlung tajam pada Siti Fatimah yang menunduk kerana takut.

"Kau tahu tak? disebabkan kau aku hilang Miyya Medeena aku? kau jangan nak buat cerita bodoh lah! bila masa Mommy marah aku? abaikan kau? bapak tak malu eh muka kau! aku tak pernah lagi dengar Mommy aku burukkan orang! dan, aku tahu Mommy tak akan nak cakap macam tu melainkan kau sendiri yang syok sendiri!"

"jangan ingat aku tak tahu niat kau Fatimah!" seraya itu Tarique Razeen tekan brek dengan kuat. Tersembam wajah Fatimah tepat di dashboard kereta, dia menjerit kecil seraya memegang kepalanya yang terhantuk.

"Turun!" Arah Tarique tak dapat kawal emosinya.

Otaknya sekarang dipenuhi dengan Miyya Medeena, pulang dari Indonesia tempoh hari buatkan dia rasa semakin jauh dengan isterinya itu, keadaan memaksa dia untuk tidak pedulikan si isteri dan sakit hati yang kian mendesak. Kerana itu dia abaikan sahaja wanita itu hingga akhirnya dia hilang ke mana perginya wanita itu.

Orang yang dia upah juga seakan kehilangan jejak isterinya, seperti ada yang menyembunyikan keberadaannya sekarang, sangat jauh untuk dia jangkau, semua itu memaksa dia untuk terus datang memantau keadaan isterinya sendiri.

"Tariq, saya tahu saya salah tapi tolong jangan suruh saya turun dekat sini! Saya perempuan Tariq! Tempat ni sunyi! Tak ada teksi! Saya mohon Tariq!" Sudah mahu menangis wanita itu bila Tarique Razeen cerlung ke arahnya.

Keberaniannya tercuit, bukan takut amarah lelaki itu, tetapi takut di tinggalkan sendirian di tempat sunyi begini. Kawasan yang penuh dengan warga asing tinggal di situ walaupun sunyi.

"Kalau kau nak balik dengan aku, kau duduk diam!" Sementelah itu, dia tekan kembali pedal minyak, sepanjang perjalanan hanya ditemani kesunyian. Siti Fatimah genggam kuat tangannya, rasa sakit hati dan malu mula menggoncang iman.

Pov Tarique Razeen end.

Pov Siti Fatimah.

Rasa teruja dan gembira menghiasi hari dia kini, sepanjang hari dia tersenyum, moodnya membaik, tak sangka hari ini lelaki yang sejak akhir-akhir ini dia incar mula luluh padanya.

'Eyma, hari ni kita keluar kejap! Ada hal I nak bincang dengan you...'

Dia perhatikan penampilannya dalam cermin tandas sebelum bertemu dengan lelaki idamannya iaitu Tarique Razeen. Tak sangka hari ini akhirnya datang.

"Akhirnya aku dah berada dalam hati suami kau, Deena! Aku tak berdendam aku cuma nak apa yang kau ada je! Boleh kan? Kitakan kawan jadi kau tak marahkan, lelaki yang dulu jadi milik kau kini berubah jadi milik aku? Aku puas hati Deena! Aku puas... hihihi...." Dia sempat berbisik pada dirinya dalam pantulan cermin setelah itu dia bentukkan senyuman sinis.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now