Maisara Maleena termenung melihat kaca-kaca yang bertaburan di atas lantai kemudian, kembali dia renung wajah bengis seorang wanita berumur di hadapannya, walaupun umur wanita itu sudah mencecah angka 60 tahun tetapi wajahnya masih terkesan elegan dan mahal.
"Bawa keluar semua! Bawa! Aku tak nak makan! Aku dah cakap berapa kali baru sorang semua nak faham? Haa!!! Hil bawa diorang semua keluar! Now!".
Maisara Maleena pejam mata, termasuk kali ni tiga kali sudah dia habiskan tenaganya memasak bubur ikan yang diminta. Namun, semua berakhir di atas lantai.
Bila dia fikirkan balik kenapa orang kaya sesuka hati sahaja membuang-buang makanan sedangkan mereka yang kekurangan ini cukup payah mendapatkan makanan.
"Ma....jangan macam ni! Hari ni dah masuk berapa hari dah mama tak makan? Mama minum air tapi makan tak! Macam mana nak sihat? Mama tak kesian ke dekat kitorang? Kitorang risaukan mama tau! Abang ni kena postponed meeting dia sebab perangai mama...." Zuheily Haisha bos kepada Ezylin bersuara mungkin dia juga tidak tahan dengan perangai Mamanya.
"Ely! Kamu diam! Kamu tak tahu apa perasaan mama! Mama kehilangan papa, orang faham mama! Anak-anak mama mana faham mama! Mama tak nak dengar apa-apa lagi! Pergi bawa keluar semua ni! And leave me alone!.".
"Bik! Mai! Kemas dulu lepas tu pergi masak yang baru, dan bawakan ubat Puan Sri mari sini....mama tetap kena makan! Tak kira macam mana sekali pun! Jangan nak degil sangat!" Zuheily hantar tatapan sayu pada mereka berdua, dengan cepat Maisara bersihkan lantai serta serpihan kaca.
"Tak payah bawa lagi dah! Aku tak nak makan!" Puan Sri Zahlia jeling anak-anaknya yang sedang runsing memikirkan sikap Mama mereka, sempat dia kerling wajah Zuheily dan seorang lelaki yang hanya diam dari tadi, wajah lelaki itu terlihat tenang dan garang. Jambang yang menutupi wajah lelaki itu membuatkan dia ngeri.
"Keluar!" Suara dingin lelaki itu buatkan Maisara Maleena terus angkat kaki keluar dari bilik itu, terasa seram sangat, baru sehari kerja sudah begini, patutlah pembantu yang sebelum ini lari tanpa khabar, cerita Bibik Anum tadi buatkan dia mula rasa goyah.
'Jangan mengalah Mai! Ingat tujuan kau datang sini! Duit! Duit tu penting! Lantaklah apa orang nak fikir! Diorang tak akan faham apa yang kita lalui! So, kau kena kuat hadap juga!'
Tarique Razeen tenung wajah sembab Miyya Medeena yang sedang menyusun kek di hadapannya, apa yang Tiara sedang katakan langsung dia tidak dengar. Yang ada hanya rasa rindu yang sudah sedikit terubat dengan hadirnya wajah itu di hadapannya kini.
"Pak ngah kenapa Mak ngah buat-buat tak kenal Tiara? Tiara rindu Mak ngah, ke tu bukan Mak ngah? Orang lain? Tapi kenapa kakak ni muka macam Mak ngah?...." Tersedar Tarique dari lamunannya, wajah Tiara yang sebek dia pandang seketika.
"Auch......" Dengar suara Miyya Medeena mengeluh sakit dia turut alihkan pandangan pada gerangan yang sedang menekup dahinya sambil bangun lantas mendapatkan seorang lagi pekerja lain yang ketawa melihat gelagat isterinya.
"Yang kau pergi tanduk peti tu kenapa? Apa kehel nye....." Seraya itu mereka ketawa gembira tanpa hiraukan dirinya di situ.
"Mari aku tengok! Kepala tu! Haa! Kan dah berdarah! Eeeyyy aku laaa...." Miyya Medeena hanya tersengih, rambut depan dia tarik untuk menutup kesan goresan yang baru dia dapatkan tadi.
Setelah itu dia kembali mengisi tempat kosong dengan baki kek yang ada, dia langsung tak hiraukan suaminya yang sedang menatapnya dan Siti Fatimah yang cuba raih perhatian.
"Tariq....awak tak nak beli roti ke? Tadi Mommy kata nak beli roti kan?" Lengan kekar Tarique dia sentuh dengan harapan lelaki itu akan luluh.
Semua itu dilihat jelas oleh Miyya Medeena tapi dia pilih buat-buat tak tahu sahaja, hatinya cukup penat dengan sikap kawan yang dia pernah anggap sebagai orang terdekatnya dulu.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...