Bab 31

2.5K 114 9
                                    

"allhamduillah.....rezeki Allah...." Miyya Medeena ucap syukur bila lihat permohonan KWSP yang dia mohon tempoh hari sudah diterima, meski Maisara Sudha beritahu yang dia berjaya pujuk anak majikannya untuk keluar dan mereka sudah dapat habuannya, dia tetap perlu bersedia untuk masa akan datang.

"Weyh, hang dah bersedia ka? Aku dah pack barang semua, malam ni kita gerak terus ke Perak....." Ezylin yang baru sahaja keluar dari bilik menutup perlahan pintu biliknya.

"Dah! Aku dah siap semua dah, baju Mai pun aku dah lipat, aku tunggu dia balik ja....." Miyya labuh kan punggung di sofa hotel begitu juga Ezylin.

"Weyh, kita duduk sini bayar mesti mahal dekat empat jari dah kita duduk sini....." Miyya memindai keadaan sekeliling.

"Jangan risau! Hotel ni milik bos aku, aku dah beritahu dia tujuan kita dan aku pun minta cuti dari dia sebab nak tolong hangpa dulu, dia kasi aku duduk sini sebab hangpa lah, so pasal bayaran semua jangan risau dia dah bagi tahu pihak dia, dah sekarang ni hang jangan fikir banyak sangat, sian baby...".

"Ezel, hang rasa Tariq akan tahu tak kita balik ke sana? Aku risau lah, aku dah penat sangat hadap dia, dendam dia tu... Macam mana nanti aku nak bagi duit tu eh?....aku pening dah fikir...." Dia lepaskan keluhan berat.

"Aku rasa better hang transfer sebelum kita bertolak, sebab aku takut dia dapat detect kedudukan hang, hang tahu tak, aku rasa dia ada hired orang untuk ikut hang, banyak kali juga aku nampak orang yang mencurigakan selalu ada kat kawasan kita!"

"Ye ke? Habis tu apa kita nak buat eh? Aku bukan apa, aku takut dia tuntut hak penjagaan anak sahaja, even hak tu hak aku tapi dia mampu....." Tak tahulah rasanya kalau anak yang dia kandung sembilan bulan di pisahkan darinya hanya kerana dendam si ayah.

"Macam mana kalau dia tuntut anak aku dan tak bagi aku jumpa anak aku?" Miyya makin gusar.

"Ish, jangan macam tu! Aku pun tak nak anak buah aku kena ambil dengan orang! Memang aku bom rumah dia! Hmmmm...." Ezylin juga turun berfikir.

"Aku rasa aku nak ikut cadangan bos aku tu...."

"Cadangan? Apa?"

"Bos aku cakap, dia suruh hang transfer guna kaedah GIRO! kaedah ni dia ambil masa tiga hari, jadi bila hang guna kaedah ni, suami hang tak akan dapat detect mana hang pergi, sebab dia akan terima duit tu selepas tiga hari dan akaun tu kena personal, takut nanti orang lain detect dulu dan bagi tahu dia.....".

"Lagipun Mai bagi tahu, boss dia sedia tolong kita untuk keluar dari KL ni dengan aman tanpa pengetahuan sesiapa!" Ezylin pandang tepat ke arah Miyya Medeena yang terkebil-kebil, mungkin berfikir.

Miyya Medeena seakan berat hati ingin menerima bantuan itu, rasa sakit dikhianati masih lagi membelenggu hidupnya.

"Hang risau ka?" Ezylin sentuh tangan Miyya sebelum beralih ke sebelah sepupunya.

"Huft, tipu lah kalau aku kata aku tak risau, apa yang berlaku dekat aku sekarang semua buat aku serik, aku tak tak tahu macam mana nak hadap semua ni kalau tak ada hang dengan Mai! Dengan meninggalnya abah aku, buatkan aku makin benci pada suami aku!....." Mendadak suasana bertukar sendu, Miyya tak kuat menahan tangis mengenangkan pemergian abahnya disaat dia memohon dan merendahkan harga diri pada suami sendiri yang ketika itu lansung tiada rasa simpati.

"Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam ni! Aku tak sangka! Aku ingat dia akan tunaikan janji dia untuk tolong bayarkan kos pembedahan tu, sebab dia yang janji sebelum aku berhenti kerja bila dah berhenti, aku tak sangka dia buat aku macam ni.....aku tahu bukan dia sahaja yang benci aku sekali dengan family dia....". Miyya tepis kasar air mata yang mula menodai pipi.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now