"I tak izinkan you keluar rumah!" Amaran tegas Tarique Razeen membuatkan Miyya Medeena berlari dapatkan lelaki itu, dia melutut sambil menangis pilu, lelaki itu seperti menghalang dirinya.
"Abang, tolonglah! Izinkan saya pergi kerja hari ini, saya kena kerja, saya perlukan duit untuk tanggung rawatan abah, mana lagi saya nak dapat duit? Bulan depan abah kena buat rawatan permulaan sebelum buat pembedahan keseluruhan, mana saya nak dapatkan duit tu kalau saya tak kerja? Saya mohon sangat....tolong lah abang.... Deena merayu...." Teresak-esak dia di kaki lelaki yang hanya tayang wajah santai, alat kawalan jauh itu ditekan-tekan bagi menukar siaran televisyen.
"Abang....tolonglah Deena.....Deena sayang abang.... sayang abah.... abah dan Mai satu-satunya keluarga yang Deena ada, Deena anak sulung, Deena tulang belakang mereka, Deena dah tak boleh harapkan abang.... Deena dah buat abang marah, Deena faham kenapa abang tak nak tolong abah lagi, tapi selagi abah ada berilah Deena kesempatan untuk berbakti pada dia.... Deena mohon sangat abang...." Tak tahu berapa kali sudah dia rendahkan martabatnya demi ayah tercinta.
Nampak Tarique Razeen seperti kehilangan kata-kata, hati yang keras tiba-tiba luluh, perlahan alat kawalan jauh tadi di letakkan di atas meja.
"Sebelum pukul tujuh I nak you ada dalam rumah! Kalau tak I akan pastikan you tak akan mampu berkerja lagi untuk family you yang menyusahkan tu! Faham?" Tegas.
Miyya Medeena mengangguk laju, dia tepis air matanya lalu mencapai tangan Tarique dan dicium penuh hormat, lantas dia bangun dan meluru keluar.
Hilang kelibat Miyya, Tarique terlihat meraup wajahnya bagi menghilangkan rasa sesal yang kian menghimpit jiwa, entah berat rasa ingin berjauhan dengan Miyya tapi tetap dihalang oleh ego dan bila wanita itu sudah merayu padanya dia kembali jatuh kasihan.
"Tak apa sayang, abang nak sayang tahu betapa susahnya nak dapatkan apa yang abang ada sekarang, biar sayang berkerja keras dulu, kemudian hari abah dengan Leena dapat rasa hasil titik peluh awak..." Dia cuba tenangkan hati yang kian bergelora.
Kring.....
Laju dia capai smartphone miliknya lantas terus digesel butang hijau.
"Hello, mommy...."
"Ya, jadi tapi Deena tak ikut...."
"Dia kerja mommy"
"Biarlah dia mommy, Tar nak dia rasa apa yang kita rasa, sekarang ni kita main-main dulu dengan dia, memang dia mengaku salah tapi tak mudah Tar nak lupa apa yang dia buat dekat Tar, sementara ni biar dia bersusah dulu, sampai masa Tar akan betulkan semua ni....."
"Puteri? Mommy bawa dia ke?"
"Entahlah mommy, Tar tak sukalah dengan Puteri tu, dia selalu sangat nak bersaing dengan Deena...." Seketika dia mengeluh kemudian dia kembali berfikir, cadangan Mommy membuatkan dia mengangguk.
"Boleh juga mommy, mana tahu dengan cara ni dia akan mengaku salah di hadapan kita semua....Tar bersiap sekarang ya mommy, mommy tunggu je kat sana..."
Setelah tamat panggilan dia terus bangun bersiap-siap, hari ini hari minggu tetapi Miyya Medeena harus berkerja pada hari minggu, hanya cuti pada hari Ahad, cadangan Mommy, Puan Zahirah membuatkan otaknya berputar mencari jalan untuk mempermainkan si isteri.
************
Miyya Medeena termenung melihat beberapa orang yang sedang asyik menikmati makanan dan minuman mereka tanpa perlu risau poket akan kian menipis.
Sedangkan dia, hanya mampu lihat dari jauh, roti yang ada di tangan di pandang, sebak tiba-tiba datang, mata mula berkaca-kaca, kejadian Tarique Razeen yang menghalang dia pagi tadi dan Encik Muaz yang bertanya khabar dia, makin sebak dibuatnya.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...