Bab 21

1K 67 16
                                    

"Berani you cakap kasar dengan I, Deena!".

"You sedar tak sekarang ni siapa depan you? Suami you! Suami you Deena! Dengan suami you pun you cakap kasar macam ni, you sebenarnya memang dah melampau kan? Haa!!" Keadaan makin menegang.

"Yes! Aku dah penat Tarique Razeen! Aku dah penat! Aku mengalah! Pergilah mana kau nak pergi! Pergi! Jangan seksa aku lagi, aku tahu aku salah! Aku tahu aku ada niat tak elok dekat kau! Aku tahu! Aku berdosa! Tapi jangan hukum aku macam ni! Tolonglah! Aku perlukan sokongan! Aku perlukan kekuatan, tak! Tak aku tak perlukan sokongan kau, aku cuma perlukan simpati kau untuk aku! Tolong lah aku!" Miyya ramas rambut panjangnya, dia pusing tubuh ke arah lain kerana runsing.

"Tolonglah aku! Tolonglah.....pergilah, pergi! Pergi je dekat perempuan yang nak kan kau! Pergi! Aku tak nak ganggu kau! Pergi Tariq!" Miyya Medeena sudah tidak keruan, tubuh mula ke kiri ke kanan, nampak sangat serabut.

"You ingat you seorang sahaja yang penat? I tak? Macam tu? I lagi penatlah Deena! I penat cintakan perempuan yang gilakan harta I! I malu ada isteri yang kaki kikis! I rasa I ni macam orang bodoh sebab kena tipu hidup-hidup sejak awal perkenalan kita!! You expect apa? I suka? Macam tu?"

"You tipu I! You ingkar amaran I! You buat I tak wujud! You ikut suka you sahaja! You keluar pagi tak sediakan keperluan I then you balik tengah malam buta macam ni! You ingat I nak percayakan you lagi?" Tarique makin menggila, dia tercabar sebenarnya dengan permintaan Miyya untuk pergi ke orang lain.

Tapi salahkah apa yang Miyya katakan?.

"You tak tahu bersyukur Deena! I kutip you dari kampung, I buang bau busuk kampung you, tapi you balas I macam ni? I memang tak sangka dengan perangai you!..."

Miyya Medeena raup wajahnya, tak sangka akhirnya dia yang dipersalahkan, niat ingin meluahkan segalanya tetapi tak sangka terbalik pula.

"I dah kira-kira dengan you mulai sekarang! I nak sebelum you nak guna barang dalam rumah ni, you kena minta izin dari I dulu! I nak you tahu, nak dapatkan semua yang ada ni tak semudah panjat katil lelaki kaya sahaja, macam you buat dekat I!!"

Dia tekad untuk sekat semuanya, sebenarnya dia tidak maksudkan cuma dia nak wanita yang menatapnya tajam itu mengamuk dan memukul dirinya, kerana dia terlampau rindu sentuhan lembut dari si isteri.

"Ingat! Miyya Medeena! Everything! Apa sahaja you perlu minta izin dekat I! Semua!" Jari lelaki itu tepat di wajahnya yang sudah berubah sendu.

"Baik! Tariq! Baik! Kalau itu yang puaskan hati kau! Aku akan ikut! Terima kasih sebab ingatkan!" Dia turunkan pandang lalu, mengundur beberapa tapak, dia capai beg lalu pusing kembali mengadap suaminya yang masih diam.

"Sekarang, saya nak mandi! Saya minta izin nak mandi....." Bila tiada jawapan dari lelaki itu, dia angguk lalu terus masuk ke dalam bilik air.

Bila tubuh Miyya Medeena sudah hilang di sebalik pintu, tubuh yang tadi terlihat kuat terus longgar menanti rebah. Hujung katil dia capai, sesak nafasnya kini. Tak sangka dia sanggup memperlakukan Miyya Medeena sebegitu kerana hasutan orang luar.

Sekarang rumah tangganya sudah benar-benar hancur kerana nafsu amarahnya. Pintu bilik air dia pandang sekilas, debaran di dada kian menyesakkan.

****************

Miyya Medeena sedang ralit mengisi air panas dalam cup Maggi yang dia bawa balik dari tempat kerjanya, hari ini hari cuti dia setelah seminggu lebih berkerja di restoran cepat saji KFC. Jadi, dia akan ke tempat kerja seterusnya pada pukul sembilan lebih.

Tanpa dia sedar seseorang yang sedang berdiri di belakangnya, lelaki itu hanya renung tindakan Miyya dari belakang, bila air yang di isi sudah penuh barulah dia bersuara mematikan kegiatan wanita itu.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now