"Kamu outstation ke Tariq?" Encik Talha buatkan Tarique Razeen terus pandang Miyya Medeena yang masih dalam dunianya. Dia pejam mata mencari jawapan, mesti wanita itu mereka cerita agar keluarganya tidak curiga.
"Abang Tariq....."
"Daddy tanya Tariq!" Terus menikus Puteri Salsabila, telan air liur jugalah.
"Hmmmm..... outstation...." Terpaksa mengaku, sedangkan dia tidak ke mana-mana pun selama seminggu ni.
"Bila? Daddy tak tahu pun?" Encik Talha cari wajah muram anaknya.
"Dua hari lepas, tadi baru balik....."
"Bukan dua hari lepas kamu datang makan dekat rumah ke?" Haa, ambil kau menipu lagi.
"Errr....lepas pergi rumah mommy lah, Tariq pergi....." Mata dia kerling Miyya Medeena yang masih sama seperti tadi, manusia itu seakan tiada semangat.
"Owh, Okey!" Encik Talha sambung kembali suapannya, kali ini mata jatuh pada si isteri sebelum sosok Miyya Medeena mencuri perhatiannya.
Dia perhati sahaja menantunya itu, mungkin wanita itu terasa dengan kehadiran Puteri Salsabila membuatkan wanita itu hanya diam sahaja, dia faham itu tetapi kali ini matanya jatuh pada jari-jemarinya yang ada beberapa tampalan plaster, dia terus angkat kepala, terhenti makannya.
"Deena!" Apabila nama dia diseru baru dia angkat wajah, kosong dan sendu sahaja tatapan nya.
"Ya, daddy...." Suara serak khas seperti sedang sakit ataupun menahan tangis.
"Tangan kenapa? Asal banyak sangat plaster?" Dah semua mata tertumpu pada tangan mungil yang mula nampak tulang. Tarique terusik.
"I..ini kena benda tajam, masa dekat tempat kerja tadi....." Miyya jawab tanpa pandang sesiapa pun, matanya masih fokus pada nasi di dalam pinggan, dia masih kekal tenang.
"Hmmmm.....tak apa lah, tu tambah lagi, sikit sangat makan, muka pun dah cengkung daddy tengok....." Puan Zahirah nampak merenung Miyya dengan renungan serba salah sedangkan Tarique Razeen juga sama, direnung wajah isterinya mencari jawapan.
Tiba-tiba hati berdenyut ngeri, baru hari ini dia dapat lihat isterinya dengan lebih dekat sebelum ini dia lihat hanya dalam gambar dan jauh, kini terpampang jelas wajah lesu dan pucat itu. Buatkan hatinya makin risau.
"Deena Okey tu Mommy, jangan risau lah, kan Deena?" Dia iyakan sahaja pertanyaan Puteri Salsabila, tak larat lagi nak panjangkan cerita.
"Jangan risau lah....." Mendadak suasana sunyi, Puteri Salsabila rasa seperti orang bodoh pula, niat hati ingin menceriakan suasana dan menghentikan perhatian pada wanita di hadapannya ini tetapi lain pula jadinya.
"Minggu depan ada family day kan, Zirah?" Puan Zahirah angguk, suasana saat itu betul-betul mati, hanya Encik Talha yang cuba menceriakan suasana setelah percubaan Puteri Salsabila gagal.
"Nanti Deena dengan Tariq kena pergi, sebab hari tu Deena tak pergi kan? Jadi kali ni Deena kena pergi sebab saudara mara yang lain nak kenal dengan Deena...." Pesanan Encik Talha buatkan Miyya angkat kepala, lalu matanya bertembung dengan mata Tarique yang menatapnya dengan lekat.
Tetapi hanya sebentar bila dia alihkan pandangan pada ayah mentuanya, direnung wajah tua itu, air liur ditelan sebanyak mungkin menghilangkan rasa serak di kerongkong.
"Minggu depan abah operation..... Maaf Deena tak boleh pergi...." Encik Talha angguk tanda mengerti, dia tak mampu memaksa lagi kalau melibatkan keluarga pihak sana.
"Tak apalah, tak ada rezeki nak jumpa keluarga belah daddy....nanti kirim salam dekat abah ya?" Miyya angguk lagi setelah itu dia bangun menuju sinki, sedang mencuci pinggan tiba-tiba dia rasa ada cecair yang keluar dari hidungnya, dia lap menggunakan jari, lantas cepat-cepat dia basuh tangan takut mereka perasan.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Roman d'amour🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...