Bab 29

2K 89 6
                                    

Maisara Maleena membereskan semua kerja kerja dapur yang digunakan tadi, makan malam juga sudah turut terhidang, dia perlu pulang dengan cepat, jam juga sudah menunjukkan pukul lapan malam, dia perlu bergegas pulang kerana hari ini, Ezylin ada kerja di luar kawasan.

"Banyak ke yang you perlukan?" Mendadak tubuhnya menegang, dia tahu siapa bertanya tetapi tidak tahu siapa dia sebenarnya.

Perlahan dia pusing kepala, wajah lelaki dingin tadi menyapa matanya. Dia buang pandangan pada ambang pintu dapur, budak kecil bernama Zahier tadi sedang mengintai di situ. Basuh tangan, dia tidak hiraukan soalan lelaki itu lalu dia menapak ke arah budak lelaki tadi.

"Zahier....come!" Dia hulurkan tangan untuk memberi ruang budak itu datang padanya tetapi nampak gayanya budak itu seperti ketakutan.

Maisara Maleena tayang senyuman paling manis.

"Jangan takut....mari dekat akak...." Masih sama, budak itu kian menyorok di balik dinding.

Kerana itu, Maisara meluru dapatkan dia yang terkejut, ingin menangis tetapi usapan di belakang badannya membuatkan dia terbuai seketika.

"Jangan takut sayang....kakak ada ni dengan awak, kakak janji tak akan biarkan orang buat awak lagi, Okey?" Zahier kerjap mata tidak percaya, bila lihat senyuman Maisara yang kian mengembang, dia beranikan diri.

"Kakak boleh pujuk Sara tak?" Zahier bertanya perlahan bila dia sudah berada di hadapan Maisara.

"Sara?" Maisara Maleena kerut dahi tanda pelik.

"Hier! Daddy cakap apa?" Dingin dan tegang sahaja suaranya.

"Hier....." Zahier seakan takut, dia sorokkan wajahnya di balik tengkuk milik Maisara. Pantas Maisara pusingkan tubuhnya, dia renung tajam lelaki di depannya, langsung tiada ketakutan.

"Jangan takutkan budak dengan wajah cenggei awak tu!".

Dum!

Terus berubah wajah lelaki tadi, dari garang jadi terkejut, tangan yang disilang pada dada tadi kini beralih ke pinggang. Melihat gadis itu berlalu tanpa pedulikan dia lagilah jantung itu makin berdegup kencang.

"Eh, what's wrong with you, heart?" Dada kiri dia sentuh, dapat dia rasakan detak jantungnya sudah lari dari jalannya.

Maisara Maleena maju ke ruang tamu, Zahier dia letakkan atas sofa dan dia bersimpuh di hadapan lelaki kecil itu, renungannya seakan ada menyimpan seribu satu persoalan.

"Kenapa tu sayang?....siapa Sara?" Maisara cuba untuk buatkan budak lelaki itu membuka cerita agar dia tahu tentang siapa itu Sara.

"Sara...." Zahier terdiam seketika, nampak seperti sedang berfikir.

"Sara, his twin!" Maisara pusing kepala pada suara garau yang kedengaran berat dan dingin, terkejut dia dengan gerangan empunya badan.

"Daddy...." Zahier senyum pada lelaki dingin ini.

"Twin? Hier ada twin? Perempuan?" Zahier angguk.

"Wah, bestnya....nama dia apa?" Maisara sedikit teruja sebenarnya.

"Maisara Delinna!" Maisara bergeming seketika.

"Maisara? Wah, kebetulan....nama kakak Maisara juga...."

"Iye? Maisara apa?"  Budak kecil itu juga turut teruja.

"Maisara Maleena!"

"Sedapnya nama kakak, kan daddy?" Maisara jeling wajah lelaki dingin tadi, dia tak bersahabat langsung.

"Kenapa Hier suruh akak tolong Sara tadi?" Maisara kembali bertanya setelah banyak soalan yang lain menganggu mereka.

"Sara....".

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now