Bab 42

1.3K 83 4
                                    

Tarique Razeen memangku anak perempuannya yang terlelap di dalam dakapannya, tersenyum lebar dia bila meneliti setiap inci wajah gadis comel itu, terbesit penyesalan dalam dirinya bila dengan angkuh dia memperlakukan mama mereka dengan kejam.

'Maafkan papa sayang.....'.

Mendadak hatinya menjadi sebak apabila mengingatkan kekejaman yang dia lakukan pada Miyya Medeena, tak sangka sepanjang apa yang berlaku wanita itu sedang membawa zuriatnya. Dan, tekaan Mommy ketika itu nampak ada benarnya.

"Papa janji papa akan jaga kamu dengan sepenuh hati papa.....papa janji....." Dikucup ubun-ubun bayi kecil tadi.

Dengan umur yang baru mencecah 8 bulan itu sangat sukar untuk seorang ibu mengasuh mereka sambil berkerja untuk memenuhi keperluan seharian anaknya.

Sedangkan ayah dia seorang pengusaha besar di Kuala Lumpur, setakat susu dan pampers semua hanya benda kecil baginya tapi tidak pada Miyya Medeena yang perlu bertungkus-lumus menyiapkan semuanya tanpa ingin mendengar keluhan si kecil inginkan sesuatu.

"Maafkan abang sayang....." Untuk lepaskan kekesalan yang terbuku dia cium ubun-ubun anaknya berkali-kali, sesekali dia tepis mata yang sudah mula mengeluarkan airnya.

Bila dia tatap wajah mungil itu dia teringat sesuatu. Sebelum ini, Mak cik Zaiton ada beritahu bahawa anak Miyya Medeena kembar, jadi mesti ada lagi seorang, dan dia teringat perbualan antara gadis di kenduri itu dengan Mak cik Zaiton tetapi memang dia tahu anaknya kembar cuma dia tidak pasti wanita yang mendukung budak kecil di kenduri tempoh hari anaknya atau tidak.

'Maliq....'

Baru sahaja dia ingin capai telefon yang ada di atas meja katil hospital, pintu wad terkuak tanda ada orang masuk, muncul wajah Puan Zahirah yang nampak kebimbangan.

"Mommy...." Seru Tarique Razeen bila Puan Zahirah menapak masuk dengan laju.

"Tar....." Begitu juga Puan Zahirah yang menyeru nama Tarique bila mata menyapa wajah mungil Maura.

"Comelnya cucu tok Mommy ni....." Maura yang tertidur di dalam dukungan Tarique diusik-usik pipinya.

"Mommy.....Deena mana?" Seketika Puan Zahirah menghentikan tindakannya. Dia tarik nafas sebelum menghembus keluar.

"Deena tengah ada dekat bilik sebelah, tadi masa buat operation kamu dia pengsan, doktor kata dia lemah sebab tak makan dan juga letih, sekarang doktor tengah pantau keadaan dia......" Perlahan suara Puan Zahirah.

Tarique Razeen tiba-tiba bangun, Maura dalam dakapannya diserahkan pada Puan Zahirah, terkebil-kebil wanita itu menyambut bayi kecil itu.

"Mommy.....Tar nak pergi tengok Deena kejap..." Wajahnya nampak sedikit gusar, anaknya itu sudah turun dari katil membawa tiang fius untuk keluar.

"Eh, Tar dah Okey ke?" Takut pula biarkan anaknya yang baru selesai melakukan pembedahan ke sana.

"Sebelah je kan Mommy?" Tarique terus meninggalkan Puan Zahirah yang hanya diam, dia harap rumah tangga anaknya masih mampu diselamatkan.

"Mommy harap semua akan berakhir dengan segera.....".

Tarique Razeen menolak dedaun pintu wad yang ada di sebelahnya, tubuh lemah Miyya Medeena menyapa matanya, berat langkah dia bawa ke sana. Wajah yang tenang dan putih bersih itu dia tatap sedalam mungkin.

"Sayang....." Lantas tangan di bawa menyelak helaian rambut yang terurai di dahi, sebuah kucupan hangat di labuh kan di situ.

Lama.

Sehingga akhirnya, Miyya Medeena bergerak tanda terusik dengan sentuhan yang diberikan oleh Tarique tadi.

"Sayang....." Perlahan mata Miyya terbuka, wajah suci Tarique yang pertama menyapa matanya, terus dia kalih wajah ke arah lain.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now