Miyya Medeena tercengang dengan penjelasan doktor David ketika ini, seakan luruh jantungnya dan darah yang terasa mengering, terkaku sebentar, terketar-ketar bibirnya.
"Melalui pemeriksaan semalam, jantung ayah awak dah semakin tenat, seeloknya kita lakukan pembedahan secepat mungkin, kemungkinan itu boleh jadi 50/50 tapi sekarang ni, yang menjadi masalah, pihak kami belum menerima bayaran deposit mahupun bayaran full dari pihak awak, jadi kami tak boleh nak proceed pembedahan..."
"Bukan Encik Tarique Razeen dah buat surat hitam putih ke hari tu?" Miyya seakan tidak percaya.
"Ya, betul tapi dalam bulan lepas kalau tak silap saya, ada pihak dia yang datang tarik balik surat tu! Katanya tak jadi, so kami pun Okey sahaja lah...." Doktor lelaki itu juga seakan simpati dengan riak kosong Miyya Medeena ketika ini.
"Dan semalam kami dapat arahan dari atasan untuk masukkan ayah awak ke wad, lepas tu pasal pembedahan tu sampai sekarang masih tak ada apa-apa berita..."
Miyya Medeena tiba-tiba bangun mengejutkan doktor David.
"Doktor, boleh tunggu tak? Saya cuba pastikan balik dengan Encik Tarique Razeen." Bersungguh-sungguh dia yakin doktor itu.
"Baik! Kami tunggu....".
Miyya Medeena terus keluar berlari keluar tanpa berjumpa atau berpesan pada Maisara yang masih menemani Encik Muaz.
"Tariq! Kenapa awak mungkir janji? Marah sangat awak pada saya?" Pelbagai soalan yang bermain di mata, kaki laju dapatkan teksi mahupun bas yang ada.
45 minit dia bertarung nasib mendapatkan teksi atau bas namun, semuanya sia-sia, akhirnya dia ambil keputusan untuk meminta bantuan orang untuk order kan grab untuknya memandangkan telefonnya tidak dapat mengakses aplikasi canggih lain kerana terlalu old school.
"Ya Allah.....jangan takutkan aku......".
Sepanjang perjalanan ke syarikat suaminya, dia berdoa agar ini hanya akal lelaki itu untuk mendapatkan apa yang dia inginkan, dia tahu suaminya tidak puas menyeksa dirinya atas alasan permintaan perpisahan yang dia minta.
Sampai sahaja dia terus keluar menuju kaunter pertanyaan, melihat isteri bos mereka menghampiri semua seakan tayang wajah serba salah.
Syakirah sebagai ketua penyambut tetamu mengambil langkah mendekati Miyya Medeena yang kelihatan gusar. Dia koyak senyuman paksa.
"Puan ...." Miyya tak hiraukan panggilan itu, yang dia tahu Tarique Razeen, melilau matanya mencari kelibat suaminya sebelum jatuh pada Syakirah yang masih tersenyum.
"Akira, Tariq ada tak sekarang?" Tak sabar dia bertanya.
"Errr, Puan......saya minta maaf tapi jujur saya beritahu.....Encik Tariq sedang bersiap-siap untuk ke luar negara, outstation selama empat hari.... baru tadi dia gerak balik mungkin tengah kemas barang dia.... Dan tak tahu dia akan ke sini balik atau tak...." Dalam nada Syakirah ada getaran, seperti bersimpati.
"Encik Tariq nak outstation ke mana? Kira tahu tak?". Makin lemah lututnya, jangan di tanya wajahnya yang berkerut seribu.
"Errr...."
"Kira please ......" Tangan wanita itu dia pegang bersama tatapan sayu. Mengharap agar wanita itu mengasihi dirinya.
"Errrr....Encik Tariq nak ke Indonesia....." Setelah itu Miyya Medeena terlihat melepaskan tangannya dengan perlahan, nampak macam putus asa pun ada.
"Berapa lama dia ke sana?".
"Empat lima hari macam tu...".
"Tak apalah Akira, kalau macam tu saya balik dulu....." Miyya Medeena hadiahkan senyuman hambar pada mereka, hancur sudah harapannya kini, dia pusing tubuh untuk keluar seketika langkahnya terhenti bila wajah dingin Tarique Razeen sedang melangkah masuk.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...