Tarique Razeen perhatikan Puan Zahirah dan adiknya yang sedang berjalan di hadapan dia, Siti Fatimah yang terlihat kekok juga dia kerling. Adik iparnya, Aron di sebelahnya di pandang sekilas.
Kemudian, dia tarik nafas berat, tak tahu mana silapnya, Puan Zahirah tergelincir sewaktu ingin mengambil pakaian milik Encik Talha di ruangan basuh baju membuatkan wanita tua itu terseliuh.
"Mommy tak ada apa-apa yang serius kan, Aron?" Tarique buka suara pada adik iparnya.
"Ya, angah! Doktor kata kaki Mommy terseliuh sikit dan bengkak tapi doktor dah bagi ubat, kita perlu pastikan Mommy makan ubat sahaja selepas makan....." Tarique angguk tanda faham.
"Mommy nak makan dekat kedai nasi ayam depan tu, angah kita singgah situ lah kejap lagi...." Tihani Roses pusing tubuh seraya memandang tepat ke arahnya, Puan Zahirah di sebelahnya juga tayang wajah memohon.
"Ye lah, kaki tu kuat ke nak jalan?" Perli Tarique sengaja.
"Kuat! Lagipun Mommy nak singgah kedai roti tu nak tempah kek untuk birthday Ti...a..ra...." Seketika dia terhenti berbicara. Jari yang dia angkat untuk tunjuk kedai bakeri yang ada di seberang jalan bergetar hebat melihat sosok seseorang yang sedang berbicara dengan seorang lelaki di situ.
"Mak ngah!" Tiara, anak Tihani menyedarkan mereka yang tadi terkelu.
"Dee.... Deena?" Tergagap-gagap Puan Zahirah bersuara, mata tak lepas dari pandang wajah Miyya di seberang sana.
Tarique Razeen juga begitu, ada rasa rindu dan ada rasa marah, siapa lelaki yang sedang berbicara dengan isterinya?, dia perhatikan dengan hati yang geram namun, semuanya terjawab bila ada seorang lagi pekerja datang menghampiri membawakan sesuatu, setelah itu masing-masing bawa langkah masuk ke dalam kedai bakeri.
Tarique Razeen lepaskan nafas lega.
Siti Fatimah sedikit gugup, dia diam kerana tahu kawasan ini tempat kerja kawannya itu, memang dia takut kalau-kalau terserempak dengan Miyya kerana dia tahu mesti kawannya itu sudah tahu siapa dalang semua ini. Tak sangka pula, akhirnya takdir tidak menyebelahi dia, dan paling malang, Puan Zahirah yang temui kawannya itu dulu.
"Aunty...kaki aunty masih sakit kan? Tak apalah biar Eyma dengan Tariq yang pergi tempah untuk aunty, aunty tunggu dalam kereta dulu ya?" Siti Fatimah sedaya upaya menghindarkan wanita itu dengan Miyya Medeena.
Tarique Razeen terkejut dengan cadangan wanita itu, tak sangka wanita itu mahu pergi bersamanya bertemu dengan isterinya yang bekerja di situ. Sungguh dia rasakan sesuatu dengan wanita ini.
Kerana dia tahu isterinya bekerja di kawasan ini dia pilih datang setelah adik iparnya, Aron memberikan berita ini, memang niatnya ingin memantau Miyya, tetapi meleset sedikit harapannya bila klinik yang di bawa Aron berada di seberang jalan bertentangan dengan bangunan isterinya berkerja. Namun, takdir juga tidak kejam tetap juga dia dengan isterinya bertemu.
"Eh, kau siapa nak halang Mommy aku? Mommy aku nak pergi biarlah, lagipun aku tengok ada kakak ipar aku dekat situ, mestilah Mommy aku nak tengok menantu dia..." Tihani bangkang dengan cadangan Siti Fatimah.
"Bukan macam tu, Hani, saya cuma...".
"Dah! Bawa Mommy pergi sana, Mommy nak beli roti....". Baru Puan Zahirah ingin melangkah, suara Tarique menghentikannya.
"Betul cakap Eyma, biar kami yang pergi, Mommy dengan Aron tunggu dalam kereta, Tiara ikut Pak ngah dengan Mama ya? Kita pergi beli kek...." Si kecil Tiara beralih tangan.
"Pak ngah nak suruh Mak ngah buat kek untuk Tiara ke?" Tiara bertanya dengan pelat sesuai umurnya, 4 tahun.
"Ya! Pak ngah nak suruh Mak ngah buatkan, nak?" Tiara angguk dengan laju lalu tersenyum lebar.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...