Bab 20

1.1K 63 9
                                    

Miyya Medeena hilang arah membawa kakinya menyelusuri jalan yang makin kelam, penat lelah kerana berkerja hilang begitu sahaja, hari ini dia lakukan kerja dengan hati yang kosong.

Perjalanan tempat dia kerja dengan rumahnya memakan masa 1 jam 30 minit, lemah gemalai langkahnya, hati dan perasaannya seakan kosong, apa yang dia lihat tadi benar-benar memusnahkan benteng kesabarannya.

"Bodohnya aku..... tak sangka selama ini musuh sebenar aku adalah kawan baik aku sendiri..... hahahahhaha" dia buat-buat ketawa melepaskan rasa sakit di hati.

"Aku terhegeh-hegeh bercerita pasal masalah aku, minta pendapat dan bercerita itu ini dengan kau, tapi rupanya... hahhahah Hiks Hiks......." Ketawa dalam tangisan amat menyeksakan sekali.

Di tengah kegelapan malam, dia lepaskan semua rasa sakit di hati, seperti tahu hatinya sedang duka lara, hujan juga turut turun menangisi nasibnya. Dalam hujan dia merintih seorang diri.

"Ya Allah.....kenapa nasib ku begini? Apa salah aku terlalu besar? Ya Allah, Tariq dan Eyma....."

Miyya teringat perkenalan dia dengan Siti Fatimah sewaktu mereka berada di bangku sekolah, Siti Fatimah seorang anak kepada bekas ketua kampung, kampung mereka berbeza, Fatimah tinggal di kampung Sungai Lubuk bersama Ezylin, sepupu dia manakala dia sendiri tinggal selang beberapa kampung dengan mereka, iaitu kampung Pecha.

Perkenalan mereka bermula bila dia ke rumah Ezylin anak kepada adik Umi dia, Siti Fatimah boleh di katakan setiap petang akan lepak bersama kawan-kawan dia yang lain di sebuah kedai makan tepi jalan yang ada di kampung mereka.

Disebabkan Ezylin mengenal dia mereka bertegur sapa seraya sepupunya memperkenalkan dia kepada Siti Fatimah.

"Fatimah, ni sepupu aku, dia duk kat kampung Pecha, dia sekolah dekat Nibong, nanti tingkatan 4, dia pindah sekolah kita lah, kan sekolah Tebing tu dah nak tutup.....umur dia sama kita! Mungkin nanti kita sama kelas! Dia ni pandai tau! Tapi tulah malas!"

Miyya Medeena ketawa besar bila Ezylin kata begitu padanya, mereka berjabat tangan sebelum meminta diri untuk pergi setelah membeli apa yang mereka inginkan.

Seperti yang di katakan, tahun seterusnya, sekolah dia terpaksa di tutup atas sebab akan di baik pulih oleh kerajaan, sementara itu mereka yang terlibat di minta berpindah dahulu ke sekolah yang berdekatan.

"Hai, jumpa lagi kita ya?" Miyya Medeena menepuk bahu Siti Fatimah yang terkejut melihat gadis kecil molek di hadapannya.

"Deena! Tak sangka kita satu kelas!"

"Wah, hang pengawas ka?" Miyya Medeena tilik pakaian Siti Fatimah yang berwarna biru terang itu.

"Ya la! Dapat point! Hahahah!" Dia dan Fatimah ketawa sama-sama.

"Weyh, hangpa jangan lupa kami, kami pun satu kelas dengan hangpa!" Ezylin dan Zulaiha yang berada di belakang mereka.

"Wah, tak sangka kita semua satu kelas Noh!"

Sejak itu, walaupun dia dan Fatimah lain kumpulan, tapi setiap kali balik sekolah mereka akan menunggu bas bersama-sama. Miyya Medeena makin terkenal kerana kehebatannya dalam bidang sukan begitu juga dengan Ezylin.

Miyya Medeena yang merendah diri dan pendiam selalu dapat tarik perhatian sesiapa sahaja, malah dalam kelompok mereka juga ada seorang primadona sekolah iaitu Asyikin Zuraida yang menjadi buruan para lelaki di sekolah itu.

Semakin menarik bila mereka berada tingkatan 5, Siti Fatimah yang tiba-tiba ikut masuk ke kelompok mereka kerana selesa berkawan, mempereratkan lagi hubungan persahabatan mereka.

Walaupun pelik dengan perubahan Siti Fatimah yang sudah mula pandai memakai tudung singkat dan stoking pendek tetapi mereka tetap bersangka baik.

Siti Fatimah mula rapat dengan Miyya Medeena bila kawannya itu menjadi perhatian senior senior mereka yang berada di tingkatan 6. Tiada langsung syak wasangka.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now