Bab 1

64.1K 1.6K 21
                                    

"Mr. Teddy perkenalkan, ini Dolly. Mulai sekarang ini kawan baru kita."

"Mia....," panggil Wardina.

"Mama!!!," jerit Mia apabila mendengar namanya dipanggil. Lantas dia berlari turun ke ruang tamu bagi mendapatkan kedua-dua orang tuanya yang baru pulang dari urusan kerja.

Darus tersenyum melihat anaknya yang baru berusia 4 tahun itu menghampiri mereka. Betapa dia rindukan satu-satunya cahaya mata mereka itu. Rangkulan di pinggang isterinya dilepaskan. Dia tahu isterinya itu turut sarat menanggung rindu pada anak tunggal mereka itu lantaran mereka berjauhan selama seminggu gara-gara menyelesaikan urusan mereka di London.

"Mama!!! Papa!!!," jerit Mia lagi lalu melompat ke dalam rangkulan mamanya.

"I miss you, darling," luah Wardina lalu dicium ubun-ubun Mia.

"I miss you too mama," jawab Mia. Pipi mamanya dicium. Semenjak ketiadaan kedua-dua orang tuanya, dia dijaga rapi oleh orang gaji yang telah lama berkhidmat dengan mereka.

"Papa??," tanya Darus.

Mia senyum. Lantas tangannya dihulurkan pada papanya meminta papanya mendukungnya.

"Rindu papa," ucap Mia lalu kedua-dua pipi papanya dicium penuh kasih.

"Sayang buat apa bila mama dan papa tiada dekat sini?," tanya Darus sambil mendukung anaknya menuju ke sofa diikuti isterinya.

"Makan, main dan tidur," jawab Mia jujur. Tergelak mereka mendengar jawapan Mia. Pipi Mia dicubit Wardina perlahan, geram.

"Mia nakal tak sewaktu mama tiada?," tanya Wardina pula. Anaknya ini boleh tahan lasaknya. Ada suatu ketika itu Mia terpecahkan pasu bunga kesayangannya gara-gara bola yang disepaknya. Nasib baik Mia tiada apa-apa. Pasu bunga boleh dibelinya semula, tetapi nyawa anaknya tiada galang-ganti.

"Tak. Mia tak nakal pun. Mia buat baik je macam mama suruh."

"Betul ke anak papa ni tak nakal?," tanya Darus dalam niat bergurau. Masakan anak sekecil ini mampu menipu.

"Papa tak percaya tanya nanny Mona," pantas sahaja Mia menjawab soalan papanya. Nanny Mona ialah pengasuh Mia yang dibayar khas untuk menjaga Mia semenjak Mia masih bayi lagi.

"Boleh percaya ke?," tanya Wardina kepada Darus.

"Mama.. Papa..," rengek Mia apabila kedua-dua orang tuanya tidak mempercayai kata-katanya.

Mendengar rengekan Mia, Darus dan Wardina tersenyum. Kalau diusik Mia lagi ni mahu merajuk anaknya itu.

"Mama dan papa percaya lah sayang. Mia kan anak yang baik," ujar Wardina lantas mereka berdua mencium pipi Mia.

"Jadi disebabkan Mia budak baik, mama ada hadiah untuk Mia."

Mendengar sahaja perkataan hadiah bersinar terus mata Mia. Setiap kali mama dan papanya ke luar negeri atau negara pasti akan ada buah tangan untuknya.

"Nak!!!! Nak!!," jerit Mia kegembiraan.

"Cium mama dulu," arah Wardina. Lantas dituruti arahan mamanya itu.

"Papa juga," arah Wardina lagi. Setelah itu barulah diserahkan hadiah yang berupa sebuah buku fairytale kepada Mia.

"Yeaaa!!," jerit Mia gembira. Buku fairytale yang berada di pangkuannya diselak-selak.

"Cantiknya!! Mia suka!! Mia suka!!"

"Terima kasih mama, papa," ucap Mia lantas sekali lagi pipi mama dan papanya dicium.

Setelah itu Mia melompat turun dari sofa dan berlari mendapatkan pengasuhnya untuk menunjukan hadiah yang diterimanya. "Nanny Mona!! Nanny Mona!! Tengok ni.....," Dari ruang tamu terdengar suara Mia yang becok bercerita akan hadiah pemberiannya kepada pengasuh dan orang gaji mereka. Dengan kelahiran Mia kehidupan rumah tangga mereka lebih berseri-seri. Lagi-lagi dengan keletah Mia yang mengembirakan sesiapa yang mengenalinya.

"Thank you sayang for the greatest gift," ucap Darus merujuk kepada Mia. Bahu isterinya dirangkul dan dahi isterinya dicium penuh kasih.

"Anything for you, abang."

'Prannnnggg.' Bunyi kaca pecah menggamit perhatian mereka. Disisi kaca yang pecah berdiri Mia dengan sengihan memandang mereka. Tumpas jua koleksi pinggan yang dibelinya di Langkawi pada tangan Mia.

"Just like you. Nakal," gurau Wardina. Lantas mereka menghampiri Mia.

Belum sempat mereka berkata apa-apa, Mia terlebih dahulu bersuara.

"Sorry.. Mia tak sengaja. Mia cuma nak ambil kotak tu. Mia tak sampai. Jadi Mia lompat. Mia langgar pinggan mama. Pinggan mama pecah. Mama marah? Mama takkan ambil balik hadiah Mia kan?," adu Mia. Risau dia sekiranya Wardina mengambil balik hadiahnya kerana dia nakal.

"And now she just like you," balas Darus kepada Wardina. Mia didukungnya.

"That mean she is our beloved daughter," jawab Wardina.

Darus tersenyum mendengar jawapan Wardina. Yes, our beloved daughter.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now