8

6.5K 252 8
                                    

Aiden menyiram pusara itu. Rasa dah lama dia tak jejak kaki ke sini.

Kak , I found someone who has the same name like you. Kenapa bila dengan dia , aku tak boleh nak cakap baik-baik? Aku tak boleh nak layan dia macam mana aku layan budak lain. Tapi satu hal yang aku pasti, tiap kali aku dekat dengan dia, tiap kali aku cuba buli dia , tiap kali aku nampak mata dia yang sarat kesedihan tu.. Hati aku sakit kak. Please help me. Aku buntu weh.

Aiden mengeluh. Dia tak tahu nak cerita dengan siapa. Selama ni dia banyak cerita dengan arwah tapi sekarang? Hm Ya Allah.

" Macam nak hujan. Baik aku balik sekarang. Ok lah Kak. Nanti aku datang lawat lagi " Aiden bangun tapi kakinya terhenti apabila terpandang raut wajah itu.

Aku baru fikir tentang dia! Ni dah depan mata ?

Tetiba angin menerpa kuat. Aiden tersentak. Dia memandang sekeliling lalu memandang pusara Ain.

" Kak, ni tanda kau ke? " Aiden bertanya sendirian.

Aiden melihat Izrina yang bergerak keluar itu.

¤¤¤¤

Izrina bangun. Dia menahan sebak apabila setiap kali melihat pusara ini. Pusara orang yang berjasa dengan dia.

Baru selangkah dia melepasi pagar, dia terdengar suara orang memanggil dia.

Degg!

Apa mamat tu buat dekat sini? Hish!

" Kau buat apa dekat sini? Memang takdir tho jumpa kau " Aiden tersenyum sinis serta merta melihat muka merah gadis itu. Tahu kejap lagi minah ni mengamuk.

Izrina menahan marah. Dia malas nak layan jadi dia berlalu pergi tanpa menghiraukan manusia tu. Biar lantak lah dia!

Aiden termangu. Pula dah? Blah macam tu je?

" Kau tetap ditakdirkan dengan aku Izrina. Walau jauh manapun kau, aku ada dekat situ. " Aiden tersenyum sebelum melangkah pergi.

Di bawah pokok, bayangan Ain memandang dua susuk tubuh itu berlalu pergi. Dia tersenyum melihat adiknya.

She's yours, Aiden. Akak harap kau dapat jaga dia. Percaya dia bila semua kisah silam dia terbongkar.

Bayangan itu terus hilang apabila angin menyapa. Membawa semua doa arwah Ain buat Aiden.

¤¤¤¤

" Weh sorry lambat. Mama aku suruh hantar barang tadi. Dah mula ke? " Afriq melepaskan lelah setelah duduk. Penat dia berlari ke sini tadi.

Aiden mengangkat kepala apabila terdengar suara Afriq.

" Datang dengan takde salam lepastu termengah macam ni..tiba-tiba tanya dah start ke belum..sah lah belum sebab tunggu kau.. " Aiden membuat face palm apabila Afriq tersengih.

Afriq tersengih kecil apabila ditegur Aiden. Halahh dia nak cepat sangat tadi sampai lupa nak bagi salam.

" Assalamualaikum. Sorry lah "

Akmal menggeleng kepala selepas menjawab salam. Dia menyerahkan bahagian yang Afriq perlu buat kerna tadi dia sudah agihkan semua tugas.

" Nah part kau. Aku dah agihkan dah masing-masing punya tugas. So cari maklumat tu then email aku point yang korang jumpa. Nanti aku masukkan dalam satu file. Kang aku bagitahu lah bila dah siap " Akmal menerangkan semuanya dari awal hingga akhir kerna tugas ni tugas berkumpulan jadi kena ada kerjasama.

Aiden dan Afriq mengangguk. Senang sikit kerja mereka. Payah kalau geng dengan orang yang tak faham bahasa. Nasib baik mereka ni rapat dah.

" Oh ye. Tadi aku nampak geng si Manda tu. Dekat Starbucks tu hah. " Afriq menghirup airnya selepas menyampaikan apa yang dia nampak.

Aiden terkaku.

Kalau Manda ada, sah minah tu ada. Erghhhhh again!! Pahal dekat mana aku ada, dia pun ada. Hish!

" Lepak lah tu kot. Girls kan. Kalau hujung minggu apa lagi kalau bukan shopping " Akmal memberikan pendapatnya tanpa memandang Afriq.

Afriq mengangguk kerna ada betulnya juga tu. Dia memandang Aiden yang khusyuk mencari point tu.

Acah je mamat sorang ni. Bukan aku tak nampak dia tersentak tadi. Janganlah dia dengan Rina tu jumpa, mahu runtuh mall ni nanti.

Afriq tersentak apabila ditegur Akmal. Dia menggaru kepalanya serba salah lalu menyambung kerjanya.

Tbc

Takdir KitaWhere stories live. Discover now