11

5.9K 247 2
                                    

Tiga hari kemudian ,

Aiden dan rakannya duduk melepak di bawah pokok yang rendang di uni tu. Mereka baru habis kelas yang agak stres juga sebab prof yang baru ni leceh sikit.

Baru ingin Afriq bercakap, satu suara menegur. Mereka mengangkat kepala melihat siapa yang menganggu mereka.

" Eh korang. Nak apa? " tegur Akmal. Pelik juga dia tengok anak dara dua orang ni.

" Ni hah si Wina. Nak cakap dengan Afriq. Cepatlah Win. Kang Rina marah tunggu lama-lama " geram Amanda. Dari tadi dia suruh tegur mamat tu, taknak. Kan dah kena paksa.

Aiden yang mendengar nama itu melilaukan mata mencari gerangan itu namun hampa tiada.

Dia elak jumpa aku ke? Huh macam-macam hal lah perempuan ni.

Afriq pelik. Kenapa nak jumpa dia?

" Hm ingat tak kejadian dekat library haritu? Yang buku tu " Wina menahan getar di dada. Dahlah budak lain pun tengok semacam je. Macam nak makan dia je.

Afriq cuba mengingat balik. Lalu dia tersenyum bila teringat kejadian itu. Ni kira kes nak tanya pasal treat tu ke apa ni. Hahaha!

" Oh ingat. Weekend. Times Square. Aku jemput kau. Nanti whatsapp aku alamat rumah " laju Afriq menjawab segala pertanyaan yang bermain di fikiran Wina meskipun gadis itu belum tanya lagi.

Wina terkebil-kebil. Dia belum tanya lagi dah jawab ? Huish dahsyat.

" Apahal ni? Ohhh date ea? " usik Akmal. Dia terkejut juga bila Afriq cakap benda ni.

Aiden tersenyum kecil.

" Hah?! Eh tak tak. Saya cuma bayar hutang balik je " kalut Wina menyangkal. Makin dia gugup bila tengok budak perempuan lain pandang dia tajam. Aduh masalah!

Afriq tergelak kecil.

" Boleh lah kira date tu. Hahahaha! " Afriq mengenyitkan matanya apabila Wina ternganga mendengar jawapan dia.

Wina merengus geram lalu menarik Amanda pergi. Menyampah dengan si mamat toya tu ! Benci !

" Hahahahahah "

Bergabung tawa Akmal dan Afriq manakala Aiden menggeleng sahaja melihat perangai mereka itu. Suka sangat membuli.

" Korang ni dah lah. Kesian weh budak tu " nasihat Aiden.

" Hahaha lawak weh. Aduh tak boleh tahan betul " Afriq terus menerus tergelak. Dia rasa comel betul tengok muka Wina tadi. Haih.

Aiden menggeleng sahaja. Malas betul nak layan.

¤¤¤¤

" Eyyyy benci betul lah! Menyampah tahu tak! " Wina menjerit kecil di kafe itu.

Izrina menepuk dahi dia. Dia menyorokkan mukanya di sebalik buku. Aduh malu betul.

Amanda pula menggeleng kepala.

" Tak payahlah emosi sangat. Bukannya dia cakap kau tu girlfriend dia pun. Dia cakap date je pun. Aduh payah betul. Tak payah acah acah macam marah sangat lah. Padahal hati tu dah lonjak happy " lzrina menjulingkan matanya tanda menyampah. Dari tadi si Wina ni dok membebel marahkan Afriq tu. Acah je ! Cakap jelah happy crush sendiri ajak date. Erghh!

Wina terdiam. Sebenarnya betul juga apa yang disampaikan oleh Izrina tu. Tapi takkan lah dia nak terkinja happy pula. Malu lah kan.

Amanda menahan gelak.

Terdiam terus kau Win kena sebijik dengan Rina. Hahah!  Jangan haraplah Rina ni nak acah acah support weh hahah!

" Alahhh tapi tak payah lah nak cakap macam tu kan. Malu kot. Fans mamat tu pun pandang aku macam nak telan je weh " Wina memuncungkan mulutnya . Ingat dia ni kuat sangat? Mati kalau geng diva tu tahu weh. Arghh!

" Relax je lah. Tak mati pun. Takat dorang tu, chill je. " Izrina mengeluh. Dia pun rimas ni memasing mata tu tak geti nak tengok tempat lain ke!?

Afriq tu pun sengal pergi cakap benda merepek macam tu dah kenapa !  Kalau jadi apa-apa dekat dorang sekarang ni , memang lunyai mamat sekor tu ! Hish ! Menyusahkan orang je.

Tbc

#seharisatuchapter

Takdir KitaWhere stories live. Discover now