51

5.2K 194 0
                                    

Izrina merenung cincin di jari . Rasa macam tak percaya sekarang dia tunang orang . Tunang kepada musuh dia masa zaman belajar . Sesekali dia tersenyum mengingatkan bagaimana Wina dan Amanda terjerit dua hari lepas selepas dia baru balik dari kampung .

Flashback 

" Assalamualaikum . " Izrina melangkah masuk ke dalam . Dia terkejut apabila Amanda yang menyambut dia balik . Macam mana mak buyung ni ada dekat sini ?

" Waalaikumussalam . Aku teman Wina . Dah alang-alang Akmal outstation kan . " Amanda menjawab segala pertanyaan yang dalam otak Izrina . 

Izrina mengangguk . Dia memandang Wina di dapur . Gadis itu tengah memasak lah tu agaknya . 

" Haii Rinaa " jerit Wina dari dapur . 

" Haii . Aku masuk bilik kejap nanti aku keluar " Izrina terus berjalan masuk ke dalam bilik . Dia mengemas semua baju dia sebelum bersihkan diri . 

Amanda mempelawa Izrina sepinggan buah mangga sebaik sahaja gadis itu duduk di sebelah dia . Tiba-tiba dia ternampak sesuatu di jari manis gadis itu . Macam cincin !

" Eh waittt ! Ni apa ni ? " Amanda terus menarik lengan Izrina lalu membelek jari gadis itu . Memang ada cincin di jari gadis itu . 

Wina yang baru habis menghidangkan makanan terus mendekati kawan-kawan dia . Dah kenapa Amanda tu ?

" Kenapa ? Eh cincin ! EH KEJAPPPPP ! KAU JANGAN CAKAP KAU BALIK KAMPUNG SEBAB KAU TUNANG DENGAN DIA ?! " jerit Wina kuat tiba-tiba . Dia masih ingat lagi Izrina cakap Aiden ada lamar dia jadi jangan cakap itu cincin tunang . 

Izrina tergelak kecil . Dia membuat gaya berfikir sebentar bagi menyakitkan hati Wina . 

" Eh kejap aku tak faham nii " bingung Amanda . Terkejut dia bila tiba-tiba Wina menjerit benda yang dia tak tahu ni . 

Wina terus menceritakan apa yang jadi dua minggu lepas masa hari raya kepada Amanda . Details penuh dia cerita sampaikan Izrina mampu tahan gelak je . Siap gaya macam mak cik dah tu . 

Amanda terus menjerit kecil sebelum menggoncang lengan Izrina berkali-kali . Sekarang ni dia tengah teruja sangat ni . 

" Betul ke ? Serious lah ? Oh myyy ! Tak sangka ayat aku betul jadi hahahah ! " Amanda terus tergelak apabila ayat dia sebelum ni semua betul-betul jadi .

" So dah ... " Wina sengaja menggantungkan ayatnya . 

" Dah . Aku balik kampung tu nak tunang lah tapi buat senyap-senyap je . " Izrina tersenyum kecil .

Amanda dan Wina terus memeluk Izrina sambil terjerit . Kawan mereka dah tunang !! 

Izrina terus tergelak apabila melihat kerenah kawan-kawan dia . 

Izrina rasa macam tak percaya lagi dua bulan dia dah jadi isteri mamat selenga tu . Itupun kalau takde aral melintang . Dia pun berharap Naufal takkan ganggu hubungan dia . 

Tbc

Yyeah dah tunang ! Bila nak kahwin ? hahahah ! 

Takdir KitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang