Maira menyusun semua kuih bangkit yang dia buat tadi di dalam balang. Sesekali dia mengelap peluh yang mengalir. Bulan Ramadhan ni buat dia cepat penat kekadang dengan usia yang dah meningkat.
" Ma " panggil Aiden yang baru masuk dapur.
Maira mengangkat kepala memandang anaknya yang seorang ini. Wajah inilah yang akan selalu bermain di mata dia sekarang. Anak perempuan yang pergi dia merelakan dengan ikhlas.
" Yes? Nak apa ni tiba-tiba je " pelik Maira. Aiden ni kalau takde benda penting, takdenya nak serius macam ni.
" Erm kan kita raya rumah Tok Pa kan? Erm boleh tak nanti kawan Aiden datang sana? " perlahan sahaja suara Aiden sehingga Maira mengerutkan dahinya. Namun terlintas sesuatu di benaknya.
" Kawan ke calon menantu mama ni? " usik Maira. Dia mengangkat keningnya apabila melihat anaknya itu tertunduk tunduk.
Aiden tersentak. Aduhhh mama ni! Belum declare lagi lee. Macam mana ni?
" Apasal ni? Aiden? Sayang? " ujar Izz yang baru pulang dari surau taman. Pelik juga dia tengok dua pengarang jantung dia ni duduk di dapur tapi senyap je.
" Ni hah anak bujang abang lah. Katanya nak bawa kawan datang rumah papa nanti masa raya. Tapi gaya dia malu malu macam ni kannnn.. Macam nak bawa calon menantu kita jee " sengih Maira. Saja dia mengusik si Aiden ni. Jenis yang serius tapi bila masuk part ni malu malu pula. Haih anak!
Izz tersenyum kecil. Dia memeluk sisi pinggang isterinya lalu memandang Aiden di hadapan.
" Bawa jelah.. Boleh satu family kenal.. Kalau betul calon menantu pun ok jugak hahahah! Papa tak sabar nak tengok cucu sendiri ni " ujar Izz. Namun dia tergelak apabila melihat muka anaknya itu merah. Malu lah tu.
" Kawan lah papa. Apanya nak menantu bagai ni. Aiden baru je ok dengan syarikat tu. Tak stabil lagi ekonomi " sangkal Aiden. Nak mengelak malu punya pasal, dia bawa sekali tajuk kerja.
" Cehhh! Konon je. Mama tengok kamu tu okey je kerja. Siap boleh beli kereta sendiri. Latest pula tu. Lagipun dah tiga tahun kan kamu ganti papa. Hah apa lagi nak sangkal? " geram Maira. Apa pula nak bawa perihal kerja budak ni. Haih.
Aiden tersengih sahaja apabila mendengar mamanya membebel. Bukan nak marah tapi rasa nak gelak.
¤¤¤¤¤¤¤
Izz memandang Maira yang menggosok baju itu. Esok dah raya. Haih cepatnya masa berlalu. Kalau dulu dia ingat lagi betapa payahnya nak jaga wanita yang sekarang di depan dia ni. Wanita yang lahirkan anak dia. Yang sentiasa di sisi dia. Yang keras kepala tu lagi. Hahaha! Namun sekarang wanita inilah yang menjadi sebab dia kuat sampai sekarang. I do love her so much. And I wish I'm the reason why she keep smile until now even I know she hurts inside.
Maira memandang suaminya yang merenung dirinya dari tadi. Panggil pun tak dengar ni. Memang termenung habis! Tiba-tiba satu idea menjelma. Dia tersenyum penuh makna.
Pukkk!!
" Aduiiii! " Izz menggosok kepalanya yang sakit itu.
Maira tergelak kecil. Dia melambung-lambung bantal yang dia gunakan untuk pukul Izz tadi. Hahaha! Pukul perlahan tapi effect bukan main.
" Sayang! Apa ni? Sakit lahh " Izz merengus geram. Apa patut isteri dia pukul kepala dia ni. Hish!
" Hahahaha abang lah. Maira panggil, tak menyahut pun. Sekali tengok dok tenung kita macam nak tembus je. Dah kenapa? " sengih Maira lalu mendekati Izz di birai katil. Dia mula menggosok kepala suaminya itu. Kesian hahaha!
Izz tersengih kecil. Kantoi pula tenung bini sendiri. Dia memandang wajah Maira yang menggosok kepalanya itu dengan senyuman.
" I wish I'm the reason " ujar Izz.
YOU ARE READING
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...