Naufal tersenyum sinis melihat susuk tubuh itu menaiki bas. Seseorang yang dia dah lama rindu nak sentuh mungkin? Dia teringat kembali pertemuan dia dengan Badrul dua hari lepas.
Flashback
Naufal meletakkan kereta di sebelah motosikal Badrul. Air terjun itu tiada siapa selain mereka. Entah kenapa mamat sekor ni nak jumpa dia entah.
" Apahal nak jumpa aku? " dengan kasar dia bertanya. Malas nak lama-lama jadi straight to the point je.
" Apasal kau balik? Bukan dah tiga tahun kau berambus ke? " sinis. Ye Badrul tak rasa dia kena berlembut dengan bekas rakan baik dia ni. Pengkhianat serta jantan tak guna.
Naufal gelak sinis. Benda tu je nak tanya? Tak obvious sangat ke?
" Kau tak tahu ke buat tak tahu? Sah aku balik sebab nakkan dia balik. Aku rasa kau tahu siapa " Naufal tersenyum sinis melihat muka tegang Badrul.
Badrul mengepal tangannya. Dia sabar je sebelum naik tangan ni ke muka Naufal macam tiga tahun lepas.
" Jangan kau berani nak dekat dengan dia ! Jangan sentuh dia ! Kalau kau nak rasa macam mana kau pernah rasa dulu , do it Fal ! Tapi jangan cabar aku ! " Badrul terus pergi setelah menengking Naufal . Dia cukup tahu siapa Naufal jadi dia harus perhatikan Izrina mulai sekarang.
Naufal hanya memandang pemergian bekas rakannya itu.
" Ingat kau siapa? Kau belum kenal aku sepenuhnya Rul " bisik Naufal perlahan sebelum dia berlalu.
¤¤¤¤
" Kau makin cantik Rin. How come I let you go hm. " sinis Naufal. Dia akan pastikan Izrina jadi milik dia. Bukan sesiapa ! Termasuk Badrul .
Dia berlalu pergi dari situ apabila bas Izrina mula gerak. Baik dia beredar sebelum Badrul nampak dia.
¤¤¤¤
Hanis mengangkat muka apabila pintu utama dibuka. Dia tersenyum apabila Izrina masuk.
" Eh Nis. Kau dah balik ke? Tak nampak pun kereta? " Izrina melabuhkan duduk di sebelah Hanis.
" Baru je. Kereta masuk bengkel hahahaha aku lupa service. Esok aku ambil lah " Hanis menghulurkan air yang dia ambil dari dapur kepada Izrina.
Izrina mengucapkan terima kasih sebelum menghirup air itu. Sedap!
" Best cuti? "
Izrina memandang Hanis.
" Best. Aku dapat jumpa ayah aku. Kesihatan dia pun okay lah. Tu pun dia kata aku berleter " Izrina tergelak kecil.
Hanis menggeleng kepala. Dia tahu sangat Izrina ni macam mana. Berleter tu memang tabiat.
Kenal Izrina sejak dua tahun lepas itu cukup buat dia kenal siapa gadis ini. Cuma dia tahu Izrina banyak rahsia dengan dia dan Tini. Housemate sejak mula-mula masuk uni.
" Dah lah. Kau rehat dulu. Nanti aku masak. Tini pun esok baru balik " Hanis menepuk peha Izrina sebelum bangun melangkah ke dapur.
Izrina bangun lalu naik ke atas. Dia nak kemas bilik lepastu mandi. Penat sebab duduk je dalam bas tadi.
¤¤¤¤
Aiden meletakkan begnya di tepi almari.
" Arghh penatnya. Nasib baik stamina ada lagi nak hiking. Jadah betul lah Khalish dengan Dafi ni. " Aiden melepaskan lelah.
Dia baru nak habiskan cuti dengan berehat sekali melaun dua tu ajak pergi hiking pula. Bukan sehari tapi seminggu melepak dekat atas tu. Mabuk betul. Hiking dua tiga bukit.
Tiba-tiba dia teringatkan arwah kakaknya. Ain, jenis gadis yang lasak. Kalau dia masih ada , pasti gadis itu paling happy sebab ni aktiviti favourite dia.
Aiden mengelap air mata yang mengalir sedikit. Tak sedar dia menangis tadi.
Ya Allah kak. Aku rindu kau. Banyak kenangan kita kak. Esok aku lawat kau ye. In Sha Allah.
Aiden bangun untuk membersihkan diri. Lepastu nak tengok mama dia buat apa dekat bawah tu. Tadi balik rasanya mama dia sedang kemas taman bunga dekat bawah tu hah. Mama ni favourite bunga betul.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita
Roman d'amour[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...