31

5.6K 221 3
                                    

" Sorry sayang. Tadi saya kena tolong mama kejap. " Akmal tersenyum kecil apabila melihat Amanda menganggukkan kepala.

" Its okay. Saya pun baru je sampai. Kenapa nak jumpa ni? " Amanda memandang Akmal di hadapan dia. Rasa macam tak sangka je lelaki depan dia ni lah yang dia cari selama ni dan sekarang mereka mempunyai tali pertunangan.

" Amboi ! Nak jumpa tunang sendiri pun tak boleh ke ? " usik Akmal. Dia saja je nak jumpa sebab selalunya mereka berdua sibuk dengan kerja masing-masing.

Amanda tergelak kecil apabila dengar usikan Akmal. Dia bukan apa, pelik juga bila lama tak jumpa.. Ni tiba-tiba si Akmal ni ajak keluar.

" Hahaha bolehh lah.. "

Seketika suasana sepi sambil menunggu makanan sampai.

" Macam mana dengan Rina ? Okay kerja dengan Aiden ? Saya dah lama tak jumpa Aiden tu " tiba-tiba Akmal bertanya.

" Dia kata okay je. Takde masalah pun. Dah dekat sebulan dia kerja dengan mamat tu. Kira setakat ni takde lah perang dunia lagi " Amanda tergelak kecil bila mengingat Izrina yang masih okay kerja dengan Aiden tu. Pelik juga dia bila Izrina cakap takde apa pun berlaku.

Akmal mengangguk. Betullah tu sangkaan dia. Aiden memang sukakan Izrina tapi ego. Menyampah betul dia !

Topik terus bertukar ke arah majlis perkahwinan mereka tak lama lagi. Rasa sekejap je masa berlalu. Tup tup dah nak kahwin. Hahah!

¤¤¤¤

Izrina memeriksa senarai barang yang hendak dibelinya. Hampir 50% barang yang hendak dibeli sudah diambil. Harini dia cuti, dah alang-alang Wina pun cuti.. Dia tarik sekali gadis itu pergi beli barang dapur. Tapi Wina pergi tingkat dua. Nak beli apa entah, dia lupa.

Semasa dia hendak keluar selepas membayar, satu suara yang dia rasa dia taknak dengar kedengaran. Dia kaku seketika dan berfikir panjang dia terus berjalan laju. Matlamat dia sekarang cari Wina !

" Rin tunggu ! " jerit Naufal. Dia rasa bahagia bila nampak gadis itu tadi. Tanpa menunggu lama, terus dia seru nama gadis itu namun gadis itu terus berlari. Tak mungkin dia akan sia-siakan peluang ni. Takkan!

Izrina terus melilau cari Wina sebab lelaki itu masih mengejar dia. Dia dah rasa nak nangis dah sekarang. Namun, tiba-tiba dia terlanggar orang.

Buk !

" Auchhh "

Siku yang terhentak dengan lantai itu dia belek. Merah. Barang-barang semua dah jatuh.

" Rin ! " Naufal terus meluru ke arah Izrina yang jatuh itu. Lelaki yang dilanggar Izrina itu dia pandang tajam.

" Rina ? "

Izrina mengangkat kepala.

Aiden !

Yes ! Dia kena minta tolong lelaki itu.

" Tolong aku weh.. Aku minta sekali ni je. .Jangan sampai lelaki tu sentuh aku.. Tolong " Izrina merayu bersungguh-sungguh pada Aiden.

Aiden menjongket keningnya pelik. Lelaki ? Dia memandang ke depan bila rasa nama Izrina dipanggil.

Lelaki ni ke ? Tapi siapa dia ? Kenapa minah ni macam takut sangat ? Arghh better aku tolong minah ni. Dia pun macam tengah sakit tu.

" Jom. Okay tak ? " Aiden memegang lengan Izrina berlapik.

Izrina meringis sakit apabila dia berdiri. Kaki dia terpelecok ke?

" Kaki kau terseliuh ni. Aku.. " belum habis Aiden bercakap, satu suara mencelah.

" Kau siapa nak pegang dia ni ? " tegas Naufal yang datang tiba-tiba. Baru ingin dia menarik Izrina , gadis itu mendekatkan diri dengan Aiden.

Dia pelik melihat Izrina yang menjauh dengan dia. Sakit hati melihat keakraban mereka berdua. Izrina milik dia !

Aiden menoleh apabila Izrina mendekatkan diri dengan dia. Apa masalah ni ? Sampaikan gadis itu tidak memandang pun lelaki depan mereka ni.

" Kau kenal ? " tanya Aiden.

Izrina diam. Dia taknak jawab satu pun soalan Aiden.

Daripada gelagat Izrina, dia tahu gadis itu mengenali lelaki ini tapi ada sesuatu yang jadi antara mereka.

" Rin, jom ikut Naufal. Rin tak kenal dia ni kan. Jom " Naufal cuba mendekat namun Aiden terus berdiri di hadapan Izrina. Dia tahu dia perlu jaga gadis itu.

" Kau siapa nak sentuh dia ni? Tak nampak dia cuba mengelak daripada kau? " sinis Aiden . Mohon jangan cari pasal dengan dia. Baik-baik dia nak berjalan cari baju tiba-tiba kena hadap benda macam ni.

" Aku tunang dia ! Kau tu siapa ? " jawab Naufal keras. Mungkin dia lupa mereka dah jadi bekas.

" Bekas tunang " bisik Izrina perlahan tapi masih Aiden dengar.

Bekas ea ? Kira minah ni single hahaha!

" Oh really  ? Aku tunang dia. So macam mana dia boleh tunang dengan kau pula ? " Aiden tersenyum sinis apabila melihat muka merah Naufal itu.

Izrina di belakang sudah terkedu.

Tunang ?! Memandai je lelaki ni lah !

Tapi dia bersyukur sebab at least Aiden tolong dia. Dia sehabis boleh taknak hadap muka jantan tak guna tu. Macam mana dia boleh ada dekat KL ni ?! Balik nanti dia kena tanya Badrul. Kena !

Tbc

Takdir KitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang