Izrina meletakkan secawan kopi di atas meja Aiden. Hari ini first day dia bekerja. Naik pitam juga dia tadi bila Kak Ina kenalkan dia dekat semua orang. Ramai sangat nak diingat. Mamat selenga tu pula belum sampai. Apa benda entahlah.
" Ehem "
Izrina terus drastik bangun lalu membongkok sedikit tanda hormat.
" Assalamualaikum Encik Aiden. Selamat pagi " ujar Izrina.
" Waalaikumussalam. Oh yeah Morning. Kopi dah ada atas meja ? " tanya Aiden. Dia memerhati pemakaian gadis itu. Baju kurung, heels dan yeah tudung bawal plain. Boleh lah diterima akal.
" Dah. Saya dah letak tadi. Erm ada apa-apa kerja lagi ? " Izrina sebenarnya bosan juga ni bila duduk je. Satu apa pun dia tak tahu nak buat.
" Oh ada. Nanti minta Kak Ina . I already told her everything. Get it ? " Aiden terus berlalu apabila melihat anggukan Izrina. Bagus gak minah ni. Dengar cakap kalau tak melenting je tak sudah.
¤¤¤¤
" Huish banyaknya typo. Apa benda yang minah sebelum ni buat ni ? Haih buat je lah Rin " Izrina terus baiki segala ejaan dan kesalahan itu.
Dalam dia tengah fokus bekerja itu, tiba-tiba meja dia diketuk. Dia mengangkat kepala melihat siapa namun hampir terbuntang mata dia tengok perempuan baju seksa depan mata dia ni.
" Excuse me. Boss you ada dekat dalam tak ? " tanya minah blonde ni.
" Ada. Tapi Cik ni siapa ? Hm kalau takde appointment, tunggu sekejap saya inform Encik Aiden. " Hati-hati Izrina bertanya. Karang silap-silap melayang kasut 5inci tu dekat muka dia.
" Fea. Cakap je dengan dia macam tu " angkuh Fea. Dia memerhati PA baru Aiden itu. Kolotnya bertutup semua atas bawah.
Izrina mengangguk lalu menekan interkom.Belum sempat dia bercakap, Aiden dah mencelah.
" Hah nak apa ? " tegas Aiden.
" Hm Encik Aiden, ni ada Cik Fea datang nak jumpa " Izrina masih belum habis cakap, Aiden sudah putuskan. Tak memasal Izrina terpinga-pinga dekat situ. Erghh!
Tup!
Bunyi pintu ditutup.
" Kau nak apa datang sini ? " suara dingin Aiden bertanya.
Izrina di antara mereka cuma diam sebab dia taknak masuk campur. Tapi dia rasa aura ketegangan Aiden sekarang ni masalahnya. Dia tahulah yang Aiden mesti tak suka dengan minah apa ni namanya tadi, Pia? Playar? Oh yeah Fea ! Sedap dia je tukar nama orang.
" Breakfast jom ? Selalu sangat you tolak bila I ajak makan. Jomlah okay "
Izrina menahan diri daripada muntah bila dengar suara cengkerik minah depan dia ni. Siap lenggok sana, lenggok sini. Dia tak perasan ke lelaki yang belakang dia tu semua tengok semacam. Eyyy!
" No " satu kata muktamad daripada Aiden membuatkan Fea masam. Bencilah! Selalu sangat Aiden ni tolak kalau dia ajak keluar. Susah sangat ke?!
" Kau boleh balik sekarang. Tepi sana tu ada lif , boleh lah guna. Kalau rasa tak malu , tercegat je kau dekat situ. Aku banyak kerja lagi " Aiden terus melangkah masuk ke dalam. Malas dia nak layan perempuan tak cukup kain tu. Buat semak kepala dia je.
Fea merengus geram. Dia terus berlalu pergi sebab cukup malu dengan PA Aiden tu. Takpe takpe! Tengok je nanti macam mana. Aiden tu tetap akan jadi milik dia.Izrina hanya mengerling sahaja langkah Fea itu . Tu kalau jatuh tu , macam nangka busuk dah hahahah! Gila 5inci. Dia pun pakai 3inci je, tu pun dah payah.
" Haih baik aku buat kerja. Banyak benda nak ubah ni " Izrina terus menyambung apa yang tergendala tadi.
¤¤¤¤
" Okay harini Encik Aiden ada meeting dengan Datuk Khairi dekat luar masa lunch nanti. Lepastu pukul 3 , Encik Aiden kena lawat site yang dekat Bangi tu sebab dah banyak kali tangguh. After that , Encik free. Esok pula pagi dalam pukul 9 , Encik kena meeting dengan Tan Sri Arman untuk projek dekat Bangi tu. Thats all " Izrina menutup buku yang dia gunakan sebagai nota. Seminggu bekerja dengan Aiden membuatkan dia faham yang Aiden memang buat kerja perfect habis.
Aiden mengangguk. Dia mengeluh lalu memejamkan mata. Dia penat sangat lately. Kejar itu kejar ini sampai tak cukup tidur.
" So, macam biasa kau kena ikut aku. You may go now " Aiden terus menyuruh Izrina keluar. Dia rasa lega juga ada Izrina sebab kerja dia mudah. Teratur dan perfect. Tak macam dulu, kelam kabut dia dibuatnya.
Waktu lunch ,
Suasana dalam kereta itu hanya sepi sahaja. Aiden mahupun Izrina, masing-masing melayan perasaan sendiri.
" Ehem. Kita makan sekali lunch dengan Akmal. Dia bawa Amanda sekali. Kau okay ? " Aidene mengerling gadis di sebelah dia.
" Okay je. Tak kisah pun " Izrina mengangguk.
Aiden diam kembali. Dulu masa belajar bukan main lagi dorang ni bertekak, sekarang ni senyap je dah kenapa. Aduhaii.
Tbc
Done. Next update after a few days.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita
Roman d'amour[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...