68

8.1K 217 2
                                    

Badrul merenung muka lelaki di hadapan dia ni. Nak je dia belasah lelaki ni cukup-cukup kalau tak mengingatkan Izrina. Dia tak boleh terima apa yang Aiden dah buat dekat Izrina. Banyak kali dia nasihat jaga Izrina tapi sekarang apa? Ditinggalkan wanita tu saat tengah mengandung. Suami jenis apa ni?

" Kau nak apa datang sini? Kalau setakat nak cari Rin, bukan dekat sini.. " sindir Badrul. Dia sedikit pun tak senyum sebab rasa marah.

" Aku datang nak minta tolong kau. Tolong cerita semua kisah silam Rin yang aku tak tahu weh. Ni gambar ni. Apa maksud ni? " Aiden meletakkan gambar yang Naufal bagi itu di atas meja.

Badrul terkejut melihat gambar ini. Gambar ni setahu dia takde masa malam tu. Tak guna Naufal! Lelaki tu memang tak serik kena belasah dengan dia. Dia memandang Aiden. Serba salah dia hendak cerita sebab ini boleh jadi aib Izrina tapi dia nampak betapa kusutnya Aiden sekarang. Dia yakin Aiden masih sayang Izrina. Dia perlu perbetulkan semua ni. Ye.

Badrul mengeluh.

" Kau tahu kan Naufal , Rin dengan aku tu kawan baik sejak kecil. Kitaorang selalu bermain sama-sama. Sampai satu tahap Naufal jatuh hati dekat Rin masa kitaorang sekolah menengah. Dan aku tak sangka Rin pun ada hati dekat Naufal. Jadinya, mereka bercinta sejak Form 2 . Aku sokong je asalkan mereka bahagia. Lagipun Naufal tu full package. Tapi setiap orang ada kelemahan dia " cerita Badrul. Dia masih ingat bagaimana Naufal beria ajak Izrina bercinta sampaikan dia sendiri naik muak.

Aiden dengar dengan khusyuk. Sebab dia taknak terlepas satu pun point penting dalam cerita ni.

" Naufal janji akan jaga Rin. Dia janji akan sayang cintakan Rin tu. Naufal cakap mereka memang sepadan sebab ditakdirkan bersama. Jadi, lepas je habis SPM.. Naufal ajak Izrina bertunang sebab taknak nanti ada yang masuk line. .Then okay.. Mereka bertunang..Tapi satu hari semuanya tersingkap.. Kesempurnaan Naufal tu tak sempurna sebab dia tak mampu nak setia.. Rin cadang nak lawat Naufal dekat tempat belajar dia.. Tapi apa yang kami nampak masa tu, kecurangan Naufal. Dia berpelukan dengan perempuan lain. Siap sayang bie apa lah.. Aku time tu dah rasa nak mengamuk.. Terus Rin ajak balik sebab dia kecewa " Badrul mengeluh. Masih terbayang lagi macam mana tangisan Izrina tu. Bertahun bercinta tapi lepas tunang itu yang jadi pula.  Hati mana tak retak.

Aiden diam. Jadi itu sebab kenapa Izrina tak percaya takdir? Sebab Naufal? Jadi itu sebab kenapa mereka berpisah ke?

" Jadi Rin minta putus tunang. Naufal memang tak boleh terima. Then malam tu terjadi. Hampir ye. Malam tu Naufal ajak Rin keluar. Tapi Rin memang tak sedap hati jadi dia bagitahu aku je dulu. Aku pun ikut je lah mereka senyap-senyap. Lepas je makan, Naufal bawa Rin pergi satu tempat. Aku pelik kenapa tempat sunyi macam ni. Dengan tak sedap hati, aku berjalan ke arah kereta Naufal. Dan apa yang aku nampak tu buat aku nak marah. " Badrul terdiam sekejap. Dia cuba menahan marah bila teringat kejadian hitam itu.

Aiden pelik. Buat apa?

" Kenapa? Apa dia buat? " desak Aiden.

Badrul memandang Aiden.

" Naufal cuba buat something tak elok dekat Rin "

Aiden terkejut dengan satu ayat tu.

" Tapi tak sempat sebab aku dah belasah dia dulu. Rin aku suruh dia masuk ke dalam kereta aku dulu. Kau tak nampak betapa strugglenya Rin masatu nak lepaskan diri. Dengan takde pertahanan diri langsung. Disebabkan itu aku cakap dengan kau, jaga Rin baik-baik sebab Rin tu takut sangat dengan Naufal. Mamat tu tak betul langsung. Apa yang tengok dekat gambar ni. Mungkin edit. Aku rasa sekarang kau dah tahu apa yang patut kau tahu. Fikir baik-baik Aiden. Anak yang Rin kandung tu memang anak kau. Bukan anak Naufal. Aku kenal Rin lebih daripada kau. Dia tu macam adik aku. Hati dia sekarang memang dah retak habis. Jadi, kau pujuk baik-baik. Dalam perkahwinan ni, kepercayaan tu penting. Sabar pun penting. " nasihat Badrul. Dia dah jalankan tugas dia. Sekarang masa untuk Aiden pulihkan keadaan. Bukan masa untuk retakkan lagi keadaan.

Aiden meraup mukanya. Ya Allah apa yang dia dah buat ni? Dia dah lukakan hati Izrina tanpa soal selidik. Dia dah tuduh anak dia sendiri dengan perkataan tu. Mampu ke Izrina maafkan dia? Ya Allah. Sungguh sekarang ni dia kesal. Dia nak cari Izrina. Dan dia tahu mana wanita itu pergi. Pasti di rumah ayahnya.

Tiba-tiba jeritan seseorang mengganggu mereka.

" Hah nak apa ni jerit depan rumah orang ni? Kau ni kan Mad. Abang banyak kali cakap bagi salam dulu " bebel Badrul sebaik sahaja budak kecil tu masuk ke perkarangan rumah.

" Sorry bang. Ni hah Mad nak bagitahu. Tadi Mad nampak abang Naufal dekat depan halaman rumah Kak Rin. Jom lah pergi sana. Mad takut apa-apa jadi dekat Kak Rin ni! " ujar Mad dengan sekali nafas. Dia terus pecut ke sini tadi bila nampak kereta Naufal masuk ke halaman rumah Izrina. Dia tak sedap hati.

Badrul dan Aiden terkejut. Mereka saling berpandangan sebab laju turun ke bawah. Naufal memang nak kena dengan mereka! Kalau apa-apa jadi dekat Izrina, memang mereka belasah jantan tu sampai lunyai.

¤¤¤¤

Izrina memandang Naufal pelik. Tiba-tiba je datang ni dah kenapa? Hati dia mula tak sedap. Dia teringat kembali kejadian hitam yang dulu tu . Entah kenapa tiba-tiba hati dia menjerit nama Aiden. Dia perlukan lelaki itu sekarang ni.

" Kau nak lari mana? Well lelaki kau pun takde. Rul pun takde kan. Kira boleh lah kita .. " ujar Naufal sambil masuk ke dalam.

Izrina menggigil ketakutan. Dia menyesal sebab buka pintu tanpa melihat dulu tadi. Dia tak suka tengok muka Naufal yang sekarang ni.

Naufal yang melihat Izrina termenung itu terus merentap tangan Izrina. Sehabis boleh wanita itu meronta melepaskan diri.

" Lepaslah! Apa masalah kau ni?! " Izrina terus meronta. Dia taknak anak dia kena apa-apa.

" Aku nak kau! Kau ingat senang macam tu je aku lepaskan kau!? " Naufal cuba menarik Izrina ke dalam bilik.

Izrina menggeleng tidak mahu. Dia taknak! Dan satu jeritan tak disangka daripada dia itu kedengaran.

" Aiden!!! "

" Tak guna kau!! "

Aiden terus masuk lalu menumbuk Naufal bertubi-tubi.

Izrina memandang Aiden yang datang tiba-tiba. Dia sendiri terkejut bila tiba-tiba lelaki itu datang lepas dia jerit panggil nama Aiden. Dia nampak Naufal yang makin lemah itu. Nasib baik Badrul ada halang Aiden.

Aiden menarik nafas kasar.

" Dia tu isteri aku! Kau faham tak!? Dia tengah kandungkan anak aku!! Itu pun kau nak ke jahanam!? " jerkah Aiden. Sungguh lah dia marah bila masuk tadi nampak Naufal cuba tarik Izrina masuk ke bilik.

Izrina terkedu dengan ayat Aiden. Entah kenapa hati dia sebak dengar ayat itu tapi otak dia menghalang untuk terpujuk.

Aiden menyepak Naufal sebelum berjalan ke arah Izrina. Dia capai je kain apa yang ada dekat situ untuk tutup kepala Izrina. Dia terus menarik Izrina ke dalam pelukan dia. Dia tak tahu apa akan jadi kalau dia tak sampai tadi.

Untuk seketika Izrina tak mampu menolak pelukan Aiden. Sesungguhnya dia rindukan lelaki itu. Dia perlukan Aiden tapi hati dia masih sakit. Tapi sekarang biarlah dia rasa tenang sekejap. Dia masih ketakutan.

Tbc

Okay nah.

Takdir KitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang