Dua bulan kemudian,
Perlahan-lahan Izrina menuruni tangga itu. Bila baby bump dah nampak ni, peh kawalan ketat memang dia kena hadap hahaha. .
" Rinnnnn. Kan mama cakap nak turun tu panggil mama " geram Maira dengan menantu dia ni. Banyak kali disuruh buat itu tapi yang dibuatnya ini.
Izrina tergelak kecil. Kan dah cakap dah. Mama ni memang risaukan dia betul. Baby sihatlah nak aktif. Bosan duduk atas je. Dua bulan ni dia rasa sunyi mula-mula sebab Aiden langsung tak call dia. Mungkin sibuk sangat. Tapi dia tak kisah sebab mama ni selalu ada untuk happykan hari dia.
" Mama, takpelah. Rin kan kuat. Baby pun. Mama risau sangat ni hahaha.. Nak Rin tolong? Mana tahu ada yang nak kena buat untuk malam ni. " Izrina memandang sekitar. Malam ni mereka niat nak buat kenduri doa selamat untuk arwah Ain.
" Hm takde kot. Sebab mama pakai katering kan. Rin duduk rehat je. Hah tu Umi dengan Nisha baru sampai tadi. Pergi lah tegur mereka " Maira menunjuk ke arah Umi Jannah dan Nisha yang sedang menyusun kuih itu.
Izrina menoleh. Dia cepat-cepat pergi ke arah mereka berdua sampaikan Maira tergeleng melihat menantunya itu. Orang jauh ni pula entah bila nak balik entah.
" Umi "
Izrina terus memeluk Umi Jannah sebaik sahaja sampai.
" Eh Rin. Ya Allah bertuah budak seorang ni. Sihat? Baby pun sihat ni Umi rasa " Umi Jannah mengusap perut Izrina. Alahai comel je dia tengok ibu mengandung yang seorang ni.
" Alhamdulillah sihat. Baby pun sihat juga. Nisha , tahniah. Rin dengar dah nak kahwin eaaaa dengan cik abang tu hahaha " usik Izrina. Dia tergelak apabila Nisha tersipu malu. Tak sangka dulu bukan main cakap kawan, ni tup tup nak kahwin. Hahahh!
¤¤¤¤
Izrina meletakkan baju jubah itu di atas katil. Dia menarik nafas dalam sebaik sahaja duduk di birai katil. Sekarang ni dia kekadang susah betul nak duduk sebab baby ni aktif sangat.
" Anak mama rindu papa ke? Mama pun rindu dia juga. Tapi macam dia tak rindu kita jee " borak Izrina sambil mengusap baby bump dia tu.
" Siapa kata haih kita tak rindu dia "
Izrina terdiam. Kejap!
Suara tu?
Dia tak salah dengarkan?
Perlahan-lahan dia berpusing ke arah pintu bilik. Terbuntang mata dia bila tengok Aiden tengah menyandar di tepi pintu. Dia menggosok matanya tanda dia tak salah nampak.
" Abang? "
" You said what? Abang? Hm nampak sweet. Boleh lah tu " usik Aiden. Dia melangkah ke arah Izrina yang masih terkejut tu. Mata dia terarah ke perut Izrina lalu tersenyum sebab nampak baby bump tu. Alahaiii comel isteri dia ni.
" Bila balik? Kenapa tak beritahu? Kenapa tak call langsung? Memang tak sayang orang ke? Menyampah! Eyyy bencinyaa! " setiap ayat terkeluar, serentak tu juga tangan Izrina naik memukul Aiden. Dia geram dengan Aiden. Sampai hati buat dia macam ni.
Aiden tergelak kecil. Aduhai cengeng lah isteri dia ni. Terus dia tarik Izrina ke dalam pelukan dia. Namun dia tersenyum bila rasa ada halangan antara mereka. Hahaha!
" Baru je. Mama cakap nak buat kenduri malam ni so balik lah. Kerja dah settlekan so balik. Lagipun ada orang tu cakap rindu kita. Kenapa tak call? Sengaja nak buat sayang rindu hahaha " bisik Aiden di tepi kepala Izrina.
Izrina membalas pelukan Aiden. Dia rindu suami dia ni. Sekarang dah depan mata jadi dia tak perlu nak risau lagi. Sejujurnya dia rindu nak peluk Aiden, rindu nak tatap wajah lelaki itu. Dan sekarang dah tercapai.
" Memandai je cakap. Baby yang rindu. Bukan sayang " Izrina menjeling Aiden. Akibat Aiden tu lagi tinggi, terpaksa lah Izrina mendongak.
Aiden menjulingkan mata. Ego lagi tu. Ingat dia tak dengar tadi? Cehh dengar lah. Dia melutut sebelum merapatkan diri dengan perut Izrina.
" Assalamualaikum baby. Papa dah balik. So lepas ni jangan buli mama. Mama penat lah sayang kalau awak aktif sangat. Nenek selalu cakap mama awak ni lesu sebab awak taw. So, jangan nakal-nakal okay. I'm not going anywhere dahhh . I love you guys. So much. " Aiden mengusap perut Izrina dengan satu perasaan sebak. Akhirnya dia dapat sentuh anak dia. Anak yang sebelum ni dia hina. Ya Allah sungguh dia rasa sebak.
Izrina cuba menahan air matanya bergenang. Dia tak mahu ikut menangis juga. Biarlah Aiden je menangis sebab dia cukup gembira tengok Aiden dah balik. Dia dah bahagia tengok semuanya sekarang dah okay.
Semua sahabat dia pun dah bahagia. Wina tengah pregnant dua minggu. Amanda? Jaga anak! Hahaha.. Hanis dan Tini pula dia baru jumpa, katanya belum ada calon. Alahaii.
Badrul? Tengah bahagia sebab Sakinah mengandung lagi. Tahniah lah dekat mereka berdua.
Naufal? Dia dalam penjara sekarang. Lantaklah lelaki tu. Mak Naufal pula dah minta maaf dengan dia. Dia pun maafkan sebab takde guna simpan marah lama-lama.
Aiden? Di hadapan dia. Berdiri menatap dia. Sebagai seorang suami yang berjanji akan jaga dia. Sebagai bakal seorang ayah yang akan memimpin anak dia nanti. Sebagai lelaki yang dia cinta.
Dia? Cukup bahagia dengan apa yang dia ada sekarang. Dia bersyukur hadirnya mereka, buat dia percaya yang setiap apa yang berlaku itu ada hikmah. Takdir kita semua Allah dah tentukan. Sebab dia selalu ingat ayat ni ;
Manusia paling terkaya adalah orang yang menerima pembagian takdir dengan senang hati.
-Ali bin Husein-
Bahagia itu datang bila dia redha dengan takdir yang Allah beri untuk dia. Sebab dia tahu kebahagiaan itu tidak percuma tanpa keperitan.
The End
Habis ! Oh yeahhh ! Happy ending lol hahahaha! Nak epilog ke? Hmm macam malas 😭😭
How the ending for you guys? Macam hambar ek 😭💔 Payah lah nak fikir happy ending hukhuk..
YOU ARE READING
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...