70

8.8K 221 3
                                    

Dah dua minggu Aiden cuba pujuk Izrina tapi satu pun tak jalan sampaikan dia sendiri putus asa. Rasa penat. Rasa macam salah dia tu besar sangat sampaikan Izrina masih tak maafkan dia. Dia memandang Izrina dan Maira yang sedang berbual di bawah sambil membersihkan taman bunga Maira tu. Kekadang dia nak tengok Izrina tersenyum pun kena sorok-sorok macam sekarang. Bila dengan dia, wanita itu dingin sangat. Haih.

" Masih tak maafkan Aiden? Mama tengok Aiden tu berusaha nak dapatkan hati Rin balik. Mama tahu di sudut hati Rin tu masih ada rasa sayang untuk dia. Seburuk mana pun suami kita layan kita, mesti ada sedikit rasa sayang untuk dia. Mama perempuan. Mama seorang isteri. Mama tahu Rin semuanya. Nak nak lagi tu, anak kamu berdua. Dia perlukan belaian papa dia juga. Rin tak tahu betapa cemburunya Aiden bila tengok orang lain dapat sentuh baby bump tu tapi dia? Tahan diri daripada sentuh sebab takut Rin marah. Rin , dia masih syurga Rin. Dia dah usaha sehabis dia. Mama ni walaupun kecewa dengan dia tapi mama tahu anak mama tu dah menyesal. Buka hati Rin untuk maafkan dia. Jangan menyesal bila tiba-tiba dia dah tak larat nak pujuk Rin. Itu nasihat mama. " Maira menepuk bahu Izrina perlahan sambil tersenyum. Dia tahu Izrina ni dah maafkan Aiden tapi ego itu yang menghalang.

Izrina diam. Sedikit sebanyak kata-kata Maira itu meresap masuk dalam diri dia. Ye, dia dah maafkan Aiden tu. Tapi entahlah. Dia tahu Aiden masih syurga dia. Lelaki itu suami dia. Dia sendiri tengok betapa gigihnya Aiden nak pujuk dia. Lakukan itu ini walaupun dia menolak , dia kasar, dia dingin tapi Aiden masih bersabar. Dia tahu juga Aiden sendiri nak sentuh anak dia tapi dia tak mampu nak beritahu Aiden yang dia benarkan. Tiba-tiba satu perasaan menyesal itu datang dalam diri dia. Macam mana kalau Aiden dah give up? Macam mana kalau Aiden tinggalkan dia? Apa yang dia nak buat kalau tiba-tiba Aiden pergi daripada hidup dia?

Tengah hari itu, suasana meja makan senyap je. Masing-masing hanya fokus makan. Sampaikan tiba-tiba Izz beritahu satu berita yang Izrina taknak dengar.

" Aiden. Papa tahu ni susah untuk Aiden tapi papa cuma mampu harapkan Aiden. " ujar Izz sebaik sahaja habis makan.

" Kenapa papa? " Aiden pelik.

" Projek kita dekat UK. Ada masalah dan mereka perlukan Aiden dekat sana. So, papa cadangkan Aiden untuk ke sana. Selesaikan masalah tu " ujar Izz. Dia tahu Aiden tengah nak berbaik dengan Izrina tapi apa dia boleh kalau itu memang tugas Aiden.

Izrina tersentak. UK !?

Aiden terdiam.

" Berapa lama? "

" Sebulan dua. Kalau habis cepat then Aiden boleh balik cepat " jawab Izz. Maira di sisi cuma diam. Sesekali dia memandang Izrina di sebelah Aiden.

" Okay. Nanti Aiden suruh Kak Ina book tiket ke sana. Aiden dah habis makan. Naik dulu " ujar Aiden. Dia rasa itu benda yang terbaik. Lebih baik dia jauhi Izrina. Sebab wanita itu pun taknak kan dia. Untuk apa dia perjuangkan lagi .

Izrina terpana dengan jawapan Aiden. Jadi, Aiden akan tinggalkan dia lagi?

" Aiden akan bawa Rin kan " tanya Maira.

Aiden menoleh. Dia memandang sejenak Izrina yang menunduk itu.

" Tak. Lebih baik dia duduk sini. Mama ada untuk jaga dia. " sejurus kata begitu Aiden terus naik atas.

Semua di situ diam. Termasuk Izrina. Dia cuba menahan sebak di hati. Kenapa dia nak menangis? Bukan ke dia nak Aiden jauhi dia? Inikan dia nak?

¤¤¤¤

Malam itu , Izrina tidak boleh tidur. Dia memandang Aiden yang sedang terlena di sebelah. Dia tak tahu kenapa hati dia sedih sangat sebab lusa Aiden dah nak berangkat ke sana. Dia bakal ditinggalkan lagi.

" Saya dah lama maafkan awak. Dah lama Aiden. Saya tak boleh tipu saya sayangkan awak. Saya rindu awak. Saya rindu semua kenangan manis kita. Tapi saya ego. Dan ego saya itu membuatkan saya bakal kehilangan awak lagi. Kenapa awak mesti pergi saat saya perlukan awak? Kenapa Aiden? Saya harap sangat awak dengar ni. Tapi malangnya tidak. Saya harap awak tahu yang saya sayangkan awak dan takdir kita akan selalu bersama sebab semua yang jadi ada hikmah tersendiri. " bisik Izrina sambil mengalihkan rambut Aiden yang menutup dahi lelaki itu. Air mata yang mengalir dia biarkan sebab dia taknak lepaskan peluang untuk menatap Aiden.

Keadaan di situ riuh rendah dengan semua yang nak hantar Aiden ke sana. Izrina hanya menatap dari jauh. Selama dua hari itu, Aiden langsung tak cakap dengan dia. Dia sendiri hanya mampu tatap wajah itu setiap malam. Hati dia tak sanggup nak tengok dari dekat. Dia menunduk mengelap air mata yang mengalir.

" Heyy "

Suara itu.

Aiden.

Izrina menarik nafas dalam sebelum mengangkat muka.

" Ye? "

Aiden tersenyum. Dia sendiri tak rela nak pergi. Kenapa susah sangat nak dapatkan kemaafan Izrina?

" Jangan lah menangis. Hati saya sakit bila tengok awak nangis. Listen. Jaga diri sepanjang saya takde. Saya bersyukur sebab Naufal tu dalam penjara sekarang. So, jaga diri.. Jaga baby. . Makan secukupnya okay. Jangan skip check up. Jangan tak cukup rehat.  Saya jauh daripada awak. Jadi , kuatkan diri awak. Ingat okay. I will love you for the rest of my life. Saya.. Sayang awak walaupun tak tahu awak masih ada rasa tu ke tak.. Saya pergi dulu. ." Aiden terus berpusing ke belakang. Dia tak mampu nak tengok Izrina menangis lagi.

Izrina menangis mendengar setiap bait kata Aiden. Dia memandang Aiden yang semakin jauh daripada dia. Dia teringat kata-kata Badrul sebelum dia balik ke sini.

Ingat Rin. Maafkan dia. Jujur dengan dia sebelum kau hilang dia lagi. Jangan ikutkan ego sampai kau hilang orang yang kau sayang.

" Aiden! "

Aiden terhenti. Dia tahu Izrina panggil dia tapi untuk apa? Semua di situ diam.

" Saya. .maafkan awak. .tolong.. Tolong balik secepat mungkin sebab saya taknak..awak tak nampak anak awak membesar.. Tolong habiskan kerja awak secepat mungkin sebab saya akan tunggu awak.. Tolong.. Saya sayangkan awak.. Jadi, tolong balik cepat okay. .I will wait for you.. Eh..no.. We will wait for you.. " Izrina tersenyum lalu menunduk. Dia lega sebab dia dah luahkan semuanya.

Zapp!

Izrina terkedu.

" Thankyou. Jaga diri. Saya akan balik secepat mungkin. Saya dah nak pergi. Pergi dulu okay " Aiden mengucap syukur sambil memeluk Izrina erat.

Izrina mengangguk. Mungkin apa yang Aiden buat dulu sebab rasa marah tapi dia tahu Aiden sayangkan dia. Aiden masih orang yang sama macam dulu. Seseorang yang jaga dia sepenuh hati. Menyayangi dia.

Tbc

Okey lepas ni last chapter. Nak buat Aiden balik ke tidak ek. Hm hm.

Takdir KitaWhere stories live. Discover now